Posts

Showing posts from 2013

Warisi Istighfar Para Anbia

Image
Renungilah  sedalam-dalamnya kisah burung  Hud-Hud di dalam Al-Qur'an. S esungguhnya  haiwan  juga mengerti bahawa  kebatilan dan  kesesatan adalah berpunca daripada syaitan. Seekor burung Hud-Hud, sumbangannya amat kecil namun kisahnya  telah direkodkan di dalam Al Quran kerana kejujurannya... Sewajarnya, sebagai manusia kita perlu merasa malu dengan Hud-Hud, spesis burung yang kecil tetapi amat bermanfaat untuk misi besar iaitu mengajak manusia mentauhidkan Allah.. Apakah pengajaran  di sebalik kisah burung Hud-Hud yang diancam untuk disembelih oleh nabi Sulaiman?...Kisah   menarik ini amat wajar diceritakan kepada anak-anak  terakam indah di dalam al-Qur'an, surah An-Naml : 21-25. Fokus di sini kepada ayat 24; "Aku  (burung hud-hud) dapati dia (puteri Balqis) dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah;  dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah,maka mereka t

Secantik Azam Bonda Hajar

Image
Hari ini 9 Zulhijjah 1434 HIJRAH ..hari Arafah..perbanyakkan doa mulai lepas Zohor hingga  Maghrib. Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ .“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”. [HR. Tirmizi no. 3585. “Hasan”]. Sama-samalah  kita semua turut  berdoa semoga  semua  jemaah  haji selamat, doa dimakbulkan dan mendapat haji yang  mabrur..amin.  Berikut  adalah  Perkongsian  dalam buletin Haluanita... Bonda   Siti  Hajar ra. ~ Antara Cinta dan Pengorbanan Oleh Puan Hjh Norlida Bte Md.Top Kisah keunggulan wanita bernama Siti Hajar, dikaitkan dalam falsafah   ibadah umrah dan haji yang dibuktikan secara praktik. Ketika mengerjakan umrah at

Waktu Itu Terbatas

Image
Kisah pasangan yang baru berkahwin, setiap kali bangun pagi, siisteri akan mengadu kepada suaminya "kenapa sidaian pakaian rumah jiran kita kotor.." Setiap hari itulah sungutan yang diadukan kepada suaminya. Suami yang KO akan jawab " o ye ke..apa le orang tu bodohnya guna sabun murah..mana le nak bersih baju tu". Bertahun-tahun asyik ulang  cerita  yang sama..tengok baju jiran tak bersih di ampaian tanpa melihat dan mengenalpasti ada sesuatu yang tidak kena pada pihak mereka. Ada keladak dan karat bertambah tebal, tak pernah dibersihkan.. Suami yang OK, tak sampai seminggu  akan  perasan ada 'something wrong' bila  siisteri mengadu yang sama setiap hari..Hari minggu sisuami membersihkan cermin sliding door dan tingkap rumah mereka. Pagi berikutnya dengan ceria siisteri  tidak mengadu lagi sebaliknya memuji "ha baru nampak bersih..mesti jenama sabunnya bagus".Suami yang bijaksana menjawab "bukan begitu..cermin rumah kita yang kotor dan perl

Berbelas Kasihlah kepada Anak-Anakmu...

Image
Syeikh Dr 'Aidh Al Qarni menulis:  "Ketika aku sedang menangis  meratapi apa yang menimpa umat di seluruh dunia Islam, terutama di Mesir dan Suriah, ada seorang kawanku datang bertanya, “Kenapa kau bersedih?” Aku menjawab, “Aku bersedih kerana agamaku sedang dalam kesulitan.” Diapun menjawab, “Islam adalah agama Allah Subhanahu wa Ta’ala DIA   sendiri yang akan menolongnya.  Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman  yang bermaksud,    “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang.    Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa."    [Al-Mujadilah: 21]. Aku berkata, “Kalau begitu, aku menangis kerana orang-orang yang dibunuh secara zalim.” Dia pun menjawab, “Mereka telah berbahagia, Ins sha’ Allah, hidup dan mendapatkan rezeki di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.” Benar kata sahabat Dr Aidh, mereka telah berbahagia melancong  mengelilingi syurga menanti hari Kiamat..masuk syurga tanpa hisab...  Bahagia bukanlah kerana kekayaan zahir..tetapi bahagia ker