'Kisah Ghulam' Berulang Di Mesir?


Sejak berlaku rampasan kuasa di Mesir, sering teringat kisah Ghulam yang pernah ibu baca lebih sepuluh tahun lalu... Lintasan kisah itu ingin ibu kaitkan dengan jumlah syuhada yang terkorban pada 1 Ramadhan lalu..
Pada zaman Saidina Umar r.a. telah ditemui mayat Ghulam dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka. ALLAHU  AKBAR!  Ghulam yang kukuh akidahnya ini mati syahid dipanah oleh raja.
Kisahnya terhimpun dalam sebuah hadis panjang, boleh baca dalam http://dakwah.info/quran-hadis/hadis-ghulam-dakwah/
اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شئْت
Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.

Inilah doa yang menjadi darah daging  Ghulam yang  tidak mahu sama sekali berkompromi dengan kebatilan. bahkan dia amat dimurkai oleh rajanya ketika itu kerana menyebut  "Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.”  Bila raja itu tahu Ghulam ini  bertuhankan Allah, dicari Rahib yang menjadi 'master mind'   mendidiknya beriman hanya kepada Allah,  bukan memperhambakan diri kepada raja. Rahib itu dibunuh dan badannya dibelah dua semata-mata hendak menakutkan Ghulam itu agar kembali bertuhankan raja.  

Pelbagai ancaman  dan  cubaan  membunuhnya di gunung dan di laut tetapi sia-sia. Ghulam tetap selamat dan hidup sihat  seperti biasa. Raja menjadi pelik dan bertanya, bagaimana budak ini boleh selamat?. Jawab ghulam: "Allah telah menolongku menghadapi mereka"
Raja itu 'mati akal' untuk membunuhnya. Perhatikan dialog mereka seperti berikut;
Ghulam : Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. 
Raja      : Bagaimana caranya?
Ghulam : Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma.             Kemudian engkau ambil satu dan panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian               engkau baca: " Dengan nama Allah, tuhan budak ini". Kemudian engkau panahlah aku. Kalau                engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu rajapun ikut semua arahan Ghulam.Ghulam itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: "Dengan nama Allah, tuhan budak ini" dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus syahid.
Tiba-tiba semua rakyat yang berhimpun di padang itu berkata: “Kami percaya kepada tuhan budak ini”.

Beginilah  harapan saya semoga umat manusia seluruh dunia berfikir dan mengkaji keajaiban tarbiyah madrasah Rasulullah SAW mengajak manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Hari ini dunia  menyaksikan apa yang berlaku di Mesir. Dalam edisi terbarunya, majalah Times menyebutkan bahawa apa yang terjadi di Mesir adalah sebuah rampasan kuasa, semua syarat kezaliman terdapat dalam tindakan tentera tersebut.

Menurut  editornya, ketika ini Mesir sedang mengalami demokrasi yang paling buruk di dunia. Bahkan rampasan kuasa di Mesir dijadikan sebagai gambar kulit  majalah  tersebut.
Di hadapan kulit majalah itu , gambar dibahagi dua. Sebelah  kanan berwarna latar merah yang melambangkan darah dan bertuliskan “WORLD'S WORST DEMOCRATS" (demokrasi terburuk di dunia). Maksudnya  adalah tindakan tentera  yang mengkhianati  presiden yang  sah  dipilih oleh rakyat iaitu Muhammad Mursi. Dalam konspirasi itu, lebih seratus  yang syahid dan ramai yang cedera parah. Mereka inilah yang ibu maksudkan sebagai ghulam era siber... Mungkin juga Presiden Mursi  (bersedia untuk mati , demi  menegakkan kebenaran)..

Perhatikan gambar sebelah kirinya, berlatar belakang putih bersih  dan bertuliskan “WORLD'S BEST PROTESTERS" (demonstrasi terbaik di dunia). Maksudnya demonstrasi yang dilakukan oleh para penyokong Presiden Mursi. Mereka memprotes kuasa tentera yang  telah  menggulingkan Mursi, dan mematikan kehidupan berdemokrasi dengan membekukan konstitusi, membubarkan majlis permusyawaratan, menangkap  para pemimpin FJP, dan menangkap para pemimpin  Ikhwan dan melantik mereka yang sama sekali tidak dipilih oleh rakyat.

Alhamdulillah, hasil tarbiyah  madrasah Rasulullah saw ke atas anggota ikhwanul Muslimin oleh Imam As Syahid  Hasan al-Bana selepas 80 tahun prosesnya  telah menampakkan keindahan akhlak anggota Ikhwan yang menghayati Islam secara syamil dan kamil di mata dunia.. Mungkinkah telah tiba masanya Khilafah Islamiyah ditegakkan kembali? Sama-sama kita doakan sepanjang Ramadhan ini agar impian suci kita menjadi kenyataan. Amin.


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil