Warisi Istighfar Para Anbia


Renungilah  sedalam-dalamnya kisah burung  Hud-Hud di dalam Al-Qur'an.
Sesungguhnya  haiwan  juga mengerti bahawa  kebatilan dan kesesatan adalah berpunca daripada syaitan.

Seekor burung Hud-Hud, sumbangannya amat kecil namun kisahnya telah direkodkan di dalam Al Quran kerana kejujurannya...
Sewajarnya, sebagai manusia kita perlu merasa malu dengan Hud-Hud, spesis burung yang kecil tetapi amat bermanfaat untuk misi besar iaitu mengajak manusia mentauhidkan Allah..

Apakah pengajaran  di sebalik kisah burung Hud-Hud yang diancam untuk disembelih oleh nabi Sulaiman?...Kisah   menarik ini amat wajar diceritakan kepada anak-anak  terakam indah di dalam al-Qur'an, surah An-Naml : 21-25. Fokus di sini kepada ayat 24;

"Aku  (burung hud-hud) dapati dia (puteri Balqis) dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah; dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah,maka mereka tidak mendapat petunjuk. (24) 

Subhanallah...betapa indahnya  kisah burung ini hingga  Nabi Sulaiman bertaubat...Warisilah akhlak mulia para nabi yang sentiasa beristighfar : 
 

Sabda Rasulullah SAW,
مَا أَصْبَحْتُ غَدَاةً قَطٌّ إِلاَّ اِسْتَغْفَرْتُ اللهَ مِائَةَ مَرَّةٍ
“Tidaklah aku berada di pagi hari (antara terbit fajar hingga terbenam matahari) kecuali aku beristighfar pada Allah sebanyak 100 kali.” (HR. An Nasa’i. Dishohihkan oleh Syaikh Al Albani di Silsilah Ash Shohihah no. 1600)
Dari Ibnu Umar, beliau mengatakan bahawa jika kami menghitung zikir Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam satu majlis, beliau mengucapkan,
رَبِّ اغْفِرْ لِى وَتُبْ عَلَىَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang"~ sebanyak 100 kali. (HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash Shohihah no. 556)
Dan bacaan istighfar yang paling sempurna adalah penghulu istighfar (sayyidul istighfar) sebagaimana yang terdapat dalam soheh Al Bukhari dari Syaddad bin Aus ra, dari Nabi saw bersabda, “Penghulu istighfar adalah apabila engkau mengucapkan,
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
"Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada Rabb yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” 
(HR. Bukhari no. 6306)
Faedah dari bacaan ini adalah sebagaimana yang Nabi saw sabdakan dari lanjutan hadits di atas,
وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهْوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ »
“Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.”
Hadits sayyidul istighfar ini meliputi makna taubat dan terdapat pula hak-hak keimanan. Di dalam hadits ini juga terkandung kemurnian ibadah dan kesempurnaan ketundukan serta perasaan sangat perlu dan bergantung harap kepada Allah. Sehingga bacaan zikir ini melebihi bacaan istighfar lainnya kerana keutamaan yang dimilikinya.
Semoga kita merutinkannya  pada setiap pagi dan petang
Bacaan istighfar lainnya adalah sebagaimana terdapat dalam shohih Bukhari dari isteri Nabi saw, Aisyah ra. Aisyah berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah saw (ketika menjelang kematiannya) sedang bersandar kepadanya. Lalu beliau mengucapkan,
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى وَارْحَمْنِى وَأَلْحِقْنِى بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى
“Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku dan kumpulkanlah aku bersama orang-orang soleh.” (HR. Bukhari no. 5674. Lihat Al Muntaqho Syar Al Muwatho’)
Jadi lihatlah kehidupan Nabi saw yang setiap waktunya selalu diisi dengan istighfar bahkan sampai akhir hayat hidupnya pun beliau tidak lepas dari amalan tersebut. Sebagaimana beliau saw selalu mengakhiri amalan-amalan solehnya seperti solat, haji,puasa dan qiyamulail , beliau juga mengakhiri hidupnya dengan istighfar.
 Jika Nabi SAW  walaupun  sudah dijamin dosanya yang telah lalu dan akan datang akan diampuni, apa lagi dengan kita yang belum dijamin seperti itu?
 Sungguh, kita sebenarnya yang lebih patut untuk bertaubat dan beristighfar setiap masa  kerana dosa kita yang begitu banyak dan di antara kita ada yang  tidak pernah bosan menjadi pendosa.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala berfirman,
يَا عِبَادِى إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِى أَغْفِرْ لَكُمْ
“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kalian berbuat dosa di waktu siang dan malam, dan Aku mengampuni dosa-dosa itu semuanya, maka mintalah ampun kepada-Ku, pasti Aku mengampuni kalian.” (HR. Muslim no. 6737)..
Allah SWT  tawarkan  dengan penuh kasih sayang..."mintalah ampun kepada-Ku, pasti Aku mengampuni kalian"....Sambutlah  cinta dan kasih sayang Allah ini penuh kesyukuran  dengan bertaubat

 
Taubat Nabi Adam dan Hawa dirakamkan dalam Al-Qur'an agar menjadi tauladan hingga 
hari kiamat.Kesilapan Nabi Adam dijadikan sempadan agar mereka yang beriman sentiasa AWAS  dan tidak mudah menjadi mangsa  tipu daya  syaitan  yang menyesatkan.


Asalnya Allah SWT menempatkan mereka berdua dalam syurga dan melarang mereka memakan buah Khuldi. Namun, iblis telah berjaya menggoda mereka memakannya dan  kemudian mereka ditimpa musibah.Akibat dari pelanggaran ini, mereka menerima hukuman dikeluarkan dari syurga dan Nabi Adam  dipisahkan dari isterinya Siti Hawa hingga ratusan tahun lamanya.



Allah swt berfirman kepada mereka:
 “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?”   







Nabi Adam dan Hawa rasa amat   bersalah lalu bertaubat dan merafakkan doa berikut sepenuh hati mengharapkan ihsan  dari Allah  agar  tidak termasuk di kalangan orang yang rugi..

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Artinya:
“Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.”

Dalam tempoh terpisah  itu  Nabi Adam sentiasa bertaubat mengakui dosanya melanggar larangan Allah kerana terlalu turutkan hawa nafsu. Apabila nafsu diturutkan, syaitan memainkan peranan liciknya hingga hilang seketika kejujuran dan tergelincirnya  keikhlasan. Tanpa sedar mengajak manusia ke jalan kesesatan, kebatilan dan kezaliman, sebagaimana hal ini dikisahkan dalam Al-Qur'an Surah Al-Baqarah ayat 36 dan Surah Al-A'raf ayat 22.

Taubat yang sesungguhnya telah mempertemukan  kembali  Nabi Adam dengan isterinya. Akhirnya Percintaan mereka yang jujur, penuh ikhlas dipelihara oleh Allah kerana kedua-duanya hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

Ini kisah keajaiban cinta seorang  nabi..mana mungkin sama  dengan kita manusia  biasa. Sedangkan  Nabi yang maksum sentiasa  beristighfar, apa lagi kita manusia  biasa berulang-ulang kali melakukan dosa, memang sudah sepatutnya  sentiasa  bertaubat.

Tidak hina  jika kita bertaubat, bahkan taubat dapat melembutkan hati dan dikurniakan  syuur perikemanusiaan. Tanpa taubat akan hilang sifat perikemanusiaan sebaliknya berbangga dengan sifat kehaiwanan dan kesyaitanan..Suburkan syuur kemalaikatan  dengan banyak bertaubat. Hati budi sebagai manusia  beriman  tidak sewajarnya dirosakkan hingga  merendahkan martabat kita lebih teruk  atau lebih hina dari haiwan. 

 
Taubat NABI SULAIMAN AS
"ia (Sulaiman) berdo'a: “Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan berikanlah kepadaku kekuasaan yang tidak patut dimiliki oleh siapapun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.” (QS. Shaad:35). 

Taubat  NABI NUH AS. 
"Wahai Tuhanku, ampunilah diriku, ibu bapakku, siapa saja yang masuk ke rumahku sebagai mukmin, dan semua mukmin  dan mukminah dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan." (QS. Nuh: 28). 

Nabi Nuh meminta ampun untuk dirinya sendiri, ibu- bapanya semua  pengikutnya yang beriman
Taubat  NABI IBRAHIM AS. 


"(Ibrahim berkata:) 'Wahai Tuhan kami, ampunilah diri ku, ibu bapaku, dan orang-orang mukmin pada hari berlangsung perhitungan amal" (QS. Ibrahim: 41). 

Nabi Ibrahim meminta ampun atau beristighfar kepada Allah bukan saja untuk dirinya sendiri bahkan untuk  ibu bapanya, dan seluruh orang mukmin, baik yang hidup sebelum masanya, pada masa beliau hidup dan  setelah beliau wafat. Subhanallah, kita semua termasuk di dalam doa Nabi Ibrahim...

Taubat NABI MUSA AS


"ia (Musa) berdo'a: “Wahai Tuhanku, sungguh aku telah menzalimi diriku. Oleh kerana itu ampunilah dosaku” Allah pun mengampuni dosanya. Sungguh Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih." (QS. Al-Qashshash:16).
Nabi Musa meminta ampun kepada Allah (beristighfar) kerana telah melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah. Beliau membunuh seorang bangsa Mesir kerana membela seorang Yahudi yang  sebangsa dengannya. lalu. Allah pun mengabulkan permohonannya. 


Taubat  NABI MUHAMMAD SAW. 

 


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil