Posts

Showing posts from July, 2013

AL MUMTAHANAH ~ WANITA YANG DIUJI

Image
Surah 60   –   AL MUMTAHANAH WANITA  YANG DIUJI : 13 AYAT : MADANIYYAH بسم الله الرحمن الرحيم 1 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-KU dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang. Padahal sesungguhnya mereka telah engkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-KU dan mencari keredhaan-KU (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.   2 Jika mereka menangkap kamu, niscaya mereka bertindak sebagai musuh bagimu dan melepaskan

'Kisah Ghulam' Berulang Di Mesir?

Image
Sejak berlaku rampasan kuasa di Mesir, sering teringat kisah Ghulam yang pernah ibu baca lebih sepuluh tahun lalu... Lintasan kisah itu ingin ibu kaitkan dengan jumlah syuhada yang terkorban pada 1 Ramadhan lalu.. Pada zaman Saidina Umar r.a. telah ditemui mayat Ghulam dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka. ALLAHU  AKBAR!  Ghulam yang kukuh akidahnya ini mati syahid dipanah oleh raja. Kisahnya terhimpun dalam sebuah hadis panjang, boleh baca dalam  http://dakwah.info/quran-hadis/hadis-ghulam-dakwah/ اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شئْت Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki. Inilah doa yang menjadi darah daging  Ghulam yang  tidak mahu sama sekali berkompromi dengan kebatilan. bahkan dia amat dimurkai oleh rajanya ketika itu kerana menyebut   "Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.”  Bila raja itu tahu Ghulam ini  bertuhankan Allah, dicari Rahib yang menjadi 'master

Awas, Istidraj

Image
Syukur , Alhamdulillah, 1 Julai 'SmarTop Kids' masih dapat bernafas dengan selesa walaupun terdapat suara yang menakutkan bahawa "ibu bapa akan keluarkan anak-anak jika yuran dinaikkan"  bagi menampung gaji guru-guru. Syukur... ibu bapa terpelajar amat memahami masalah kami.. yang tarik diri kerana ikut ibu bapa berpindah, bukan kerana  yuran dinaikkan.. Anak-anak di Taska semakin bertambah  dan akan bertambah lagi bulan hadapan..In Sha Allah. Datin  dan Datuk tidak runsingpun walaupun murabiyah bertukar ganti. Rupa-rupanya Allah hantar yang lebih jelas fikrah Islam. Ibu rasa amat selesa kerana  Allah swt permudahkan dengan kehadiran dua  ansor yang  berjiwa lembut dan menyayangi  anak-anak. Persediaan ini memudahkan kami untuk berkongsi ilmu  dan kemahiran  yang ada untuk mendidik ahli syurga.. Semoga jiwanya  lembut  selembut  wajahnya Allah izin ibu amat  tertarik  dengan anak kecil yang menangis hiba pada hari pertama ketika ibunya pergi kerja. Suraya..