Posts

Showing posts from August, 2013

Berbelas Kasihlah kepada Anak-Anakmu...

Image
Syeikh Dr 'Aidh Al Qarni menulis:  "Ketika aku sedang menangis  meratapi apa yang menimpa umat di seluruh dunia Islam, terutama di Mesir dan Suriah, ada seorang kawanku datang bertanya, “Kenapa kau bersedih?” Aku menjawab, “Aku bersedih kerana agamaku sedang dalam kesulitan.” Diapun menjawab, “Islam adalah agama Allah Subhanahu wa Ta’ala DIA   sendiri yang akan menolongnya.  Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman  yang bermaksud,    “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang.    Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa."    [Al-Mujadilah: 21]. Aku berkata, “Kalau begitu, aku menangis kerana orang-orang yang dibunuh secara zalim.” Dia pun menjawab, “Mereka telah berbahagia, Ins sha’ Allah, hidup dan mendapatkan rezeki di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.” Benar kata sahabat Dr Aidh, mereka telah berbahagia melancong  mengelilingi syurga menanti hari Kiamat..masuk syurga tanpa hisab...  Bahagia bukanlah kerana kekayaan zahir..tetapi bahagia ker

Surat Cinta Dari Allah

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Sesungguhnya Kami telah menurunkan al Quran pada malam  qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin  Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar ( Surah al Qadr:1-5) Amalkan berulang kali doa yang nabi saw ajar kepada isteri dan para sahabat khususnya  setiap malam akhir Ramadhan; "Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sangat suka memaafkan, maka maafkanlah kami" Surat cinta dari Allah ini ditujukan kepada mereka yang sentiasa  ingin meningkatkan keimanan dan ketaqwaannya merebut bonus 10 akhir Ramadhan. Semoga setiap mereka yang berusaha menghidupkan qiamulail sepanjang malam akan di angkat darjat dengan izin Allah swt layak dianugerahkan  syahadah sebagai 'Graduan Taqwa'. Mencintai dan dicintai..Meredhai dan diredhai.. Ada 7 darj