Posts

Showing posts from December, 2013

Warisi Istighfar Para Anbia

Image
Renungilah  sedalam-dalamnya kisah burung  Hud-Hud di dalam Al-Qur'an. S esungguhnya  haiwan  juga mengerti bahawa  kebatilan dan  kesesatan adalah berpunca daripada syaitan. Seekor burung Hud-Hud, sumbangannya amat kecil namun kisahnya  telah direkodkan di dalam Al Quran kerana kejujurannya... Sewajarnya, sebagai manusia kita perlu merasa malu dengan Hud-Hud, spesis burung yang kecil tetapi amat bermanfaat untuk misi besar iaitu mengajak manusia mentauhidkan Allah.. Apakah pengajaran  di sebalik kisah burung Hud-Hud yang diancam untuk disembelih oleh nabi Sulaiman?...Kisah   menarik ini amat wajar diceritakan kepada anak-anak  terakam indah di dalam al-Qur'an, surah An-Naml : 21-25. Fokus di sini kepada ayat 24; "Aku  (burung hud-hud) dapati dia (puteri Balqis) dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah;  dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah,maka mereka t