Posts

Showing posts from 2014

Sekali Air Bah, Jika Bersyukur, Pantainya Bertambah Indah

Image
Peribahasa orang-orang tua dahulu memang terkandung keindahan  makna yang tersirat. Sekali  air bah, sekali pantai berubah. Maksudnya lebih kepada pertukaran kepimpinan yang  ikut kepala, utamakan nafsu  dan pemikiran yang berbeza, sebaliknya  meletakkan  acuan Allah sebagai pilihan terakhir. Hidup sentiasa  dirundung  malang Dalam sejarah kepimpinan ummat Islam, jika ada kesatuan akidah, kesatuan pemikiran dan kesatuan amal, air bah  atau banjir bagaimana besar  sekalipun, akhirnya pantai akan tetap cantik, bahkan bertambah bersih dan indah. Kalau inginkan sebarang perubahan yang lebih baik dan berkesan  pasti kita semua diuji dengan ujian bertubi-tubi dengan 'bah', banjir atau masalah.. Allah akan 'test' keikhlasan kita, dalam masa yang sama Allah uji kesabaran kita... Benar sekali, bukan senang  hendak masuk syurga! Banjir  di luar jangkaan~ Betapa  Hebatnya  kuasa Allah.. Kali pertama  dalam sejarah hidup , nampak banjir hingga  ke paras  bumbung U

Pengorbanan Yang Lumayan

Image
Jumaat, 19 Disember 2014, genap  dua  tahun umur  cucu sulung ibu, Musthofa Mishary. Semoga Allah rahmati cucu tok ibu selamanya.. Amin.. Pejam celik, pejam celik terasa begitu pantas masa berlalu.  Pada tarikh yang sama Allah hibur hati ibu  dapat  bersama team kedua SmarTop  Subur Fitrah ikuti kursus LAP  di pejabat Haluan Bangi. Alhamdulillah mudah-mudahan menjadi pengorbanan yang lumayan  (memberikan kepuasan jiwa) sepanjang hayat merupakan titik bertolak  pelaburan jangka panjang bagi semua pelabur yang terlibat. InsyaAllah ibu yakin akan lahir lebih ramai lagi murabiyyah yang dedikasi seperti penceramah dan fasilitator yang komited  dalam medan dakwah dan tarbiyyah  pra sekolah. Jazakumullahu khairan kathira kedua  kakak  ibu mewakili  ALP turut hadir bagi memudahkan perjalanan modul sepanjang tahun 2015 dengan jelas sejelas jiwa yang bersih ("Crystal clear!!"~ bahasa founder) kerana  hanya harapkan keredhaan Allah semata-mata.  Tugas kita hanya beribadah

Segala Yang Payah Terasa Indah

Image
Menitis  air mata seorang ustazah meluahkan tekanan perasaannya lantaran memikirkan masa hadapan anak-anaknya membesar dalam persekitaran dan didikan yang agak  kasar, kurang islamik dan mengecewakannya.. Setiap hari  anak-anaknya dimarah, diugut dan beberapa orang daripada anak-anaknya  sudah menampakkan tanda-tanda  kemurungan. "Maafkanlah dia, redha terima dia. kasihanilah dia.tentu banyak lagi kebaikannya yang boleh memadam sedikit kelemahan yang ada. Pesan pada anak setiap  hari agar memaafkan  dan mendoakan Allah  beri hidayah kepada ayahnya.. Fahamkan  anak-anak, ayahnya dahulu dibesarkan dalam persekitaran  yang 'kasar'..hanya keikhlasannya  dengan  hidayah Allah sahaja  yang boleh merubahnya.." Sesiapapun termasuk haiwan, jika dilayan dengan baik akan menjad baik, lintaskan niat yang baik, fikiran yang baik, Insya Allah keadaan semua  akan bertambah baik.  Kita  yang faham Islam ini dahulu perlu bertindak  dan menjadi  contoh, walaupun kepada ibu bapa

SUJUD SYUKUR

Image
Sewajarnya kita perlu selalu bersujud syukur menerima anugerah Allah yang amat bernilai... iaitu  n ikmat Iman,  Islam dan ukhuwwah (silaturahim).. Ustaz menjelaskan dalam kuliah Subuh "Cukuplah dengan nikmat Iman dan Islam, tak ada duit tak apa, tak jadi masalah..Yakin 100%  dengan pertolongan Allah."  Dengan kefahaman Islam yang jelas, menanam keimanan, akidah menjadi mantap..apa pun ujian yang menggoncang kita tidak akan tumbang. Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yang besar. Elok diamalkan setiap hari selepas selesai solat.  Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya . Boleh dilakukan secara duduk iftirasy atau berdiri.  Manfaat Sujud Syukur; Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya  “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan a

MERAWAT KERACUNAN HATI

Image
Subhanallah, sesungguhnya  Allah yang Maha BAIK,  Maha Mengatur  dan Maha Menyusun yang TERBAIK untuk seluruh hamba-NYA. Kita hanyalah hamba-hamba-NYA di dunia  yang memang tidak memiliki apapun melainkan rahmat, redha dan kasih ALLAH selama-lamanya. Perangkap syaitan menanti  kita di mana-mana... Justeru itu amat perlu semua ahli keluarga  kita dibekalkan cara  menjauhi dan mengalahkan  syaitan yang pelbagai rupa dan ragamnya. Fitnah-fitnah bertaburan  di mana-mana, tanpa pertolongan dari Allah, amat mudah syaitan menipu agar kita terperangkap  dalam fitnah tersebut. Nauzubillah Dalam tempoh  setahun berhadapan  dengan kerenah anak-anak, staff dan ibu bapa, sebahagian besar amat menggembirakan dan ibu amat bersyukur dapat  belajar dari pengalaman baru ini..Hanya segelintir sahaja  yang mendukacitakan namun  jangan biarkan  'masalah kecil' itu  sampai meracuni hati.. Pesanan-pesanan supaya mengasihi anak-anak kecil,  ibu dituduh  menjaga tepi kain dan menjaja kelemahann