MARHABAN YA RAMADHAN, Rasailah Kemanisan Berpuasa...

Marhaban  ya Ramadhan..5 hari lagi VVIP  akan memeriahkan pesta ibadah di bulan terkandungnya lailatul Qadr.. Bulan Rahmat, bulan Maghfirah dan bulan 'merdeka'kan diri dari azab api neraka, sekiranya  kita bersyukur,  menghargai , menghayati dan memanfaatkan setiap detik masa sepanjang kehadiran tetamu  agung ini sepenuh hati..

Alhamdulillah, segala  puji-pujian  hanya  milik Allah  yang telah mengatur  dan menyusun aktiviti  yang amat  bermanfaat dengan team  yang memahami dan sentiasa  bersangka  baik menyuburkan projek ummah  bersama. Paling  ibu tidak  duga Allah atur dapat ikuti program 'SEFT'   selama dua hari. Allah hadiahkan, hasil memerah idea di perpustakaan selama dua minggu  berturut-turut. Ketika itu juga  ibu mohon kepada Allah, tunjukkan modul terbaik yang boleh mendekatkan para pendidik kepada Allah. Jazakumullahu khairan kathira kepada  insan mulia  yang menaja, Insha Allah semoga  segala amal soleh yang lahir  dari program ini akan memberikan ganjaran berlipat kali ganda  buatnya..Amin.

Dalam program ini terselit kajian 8 tahun Dr Richard Wiseman diperkayakan lagi dengan  'Inspirational Work'  of Dr Wyne Dyer.. menggunakan konsep 'kejadian kebetulan' (mengikut fahaman masing-masing)

Sejak 30 tahun lalu, Allah izin ibu jalani proses  tarbiyyah dengan niat  hendak mendapat keuntungan di sisi Allah samada di dunia dan Akhirat. Dalam Tarbiyah Islam semua yang berlaku bukan kebetulan tetapi  Allah yang atur, Allah  izin.. Tiada  istilah 'kebetulan'. Sebenarnya jika kita pasrah ikut sunatullah, semuanya kejadian samada  ujian mahupun musibah, apabila ikhlas, redha dan pasrah semuanya akan  menjadi cantik dan indah belaka. 'Syurga  dunia' (ketenangan, ketenteraman dan kemanisan iman)  tetap bertakhta di hati. Allah yang bagi dan beri, Allah susun  dan tetapkan, Allah baik dan sayang. Kita wajib bersyukur  dan berterima kasih kepada Allah.

Ibu dinasihatkan oleh  beberapa insan mulia  agar  fokus & mantapkan  dahulu Taska di Tangkak. Semua aktiviti awal buat di Tangkak menggunakan modul ini (untuk pendidik) sebelum kongsi modul Asuh Anak Cinta Solat. Alhamdulillah, jazakumullahu khairan kathira para penasihat  yang Allah utuskan. Rasa hati lebih tenang jika duduk setempat..Apabila team 'anak-anak muda' sudah mantap baru boleh buat  di tempat lain  termasuk di Langkawi.

Nasihat  dan saranan ini juga  adalah hadiah dari Allah  yang akan 'tenangkan lagi hati dan fikiran'  tidak perlu 'sibuk-sibuk' . Teruskan rutin santai,  relax, tenang  dan pasrah  ikut 'flow' yang  Allah aturkan.
Anggaplah 'Idea gila-gila' dalam  'post'  yang lalu  hanya  menjadi  impian  yang tertanam di dalam  'sub concius mind'.. Insha Allah jika panjang  umur , sampai masanya  nanti  sempatlah lancarkan di sana  dengan izin Allah SWT jua.

Allah  anugerahkan kepuasan kerana  semua  kejadian ini  terjadi  secara konsisten untuk mendukung visi dan misi dakwah dan tarbiyah. Allah atur ibu berada di dalam bidang  yang paling diminati, di tempat  yang tepat dan pada waktu yang tepat. Alhamdulillah tanpa dicari Allah pertemukan dengan orang-orang yang dapat menolong di kala kita amat memerlukannya. Allah aturkan seluruh makhluknya menolong  untuk membuat keputusan-keputusan yang tepat dan  meraih hidayah, taufiq dan  keredhaan-NYA.

Dalam keadaan ribut atau puting beliung  macam mana sekalipun terus kukuhkan keimanan..terus kekalkan 'sakinah, mawwadah wa rahmah' dalam diri dan kongsi bersama  insan yang lain yang sedang menderita melayan 'sampah-sampah emosi' yang berkeladak dalam diri. Dalam masa yang sama  'install' persiapan  terbaik menjelang Ramadhan.."Ya Allah aku bersyukur kepada-MU, aku memohon bimbingan dan keredhaan-MU untuk  merasai  kelazatan  ibadah puasa kerana-MU...

Hari pertama program, ketika melihat buku program SEFT, baru ibu teringat  ibu pernah belajar (daripada  Puan AnizAnwar) serta amalkan 'tapping' sekitar awal tahun 2011 ketika masih di fasa  awal mendapat ujian yang  kebanyakan wanita memang tidak suka. Ibu sudah ucapkan "selamat tinggal kepada  semua keladak emosi negatif khususnya  rasa 'benci' dan telah semburkan segalanya 4 tahun lalu. Mungkin ini merupakan salah satu faktor Allah izin ibu boleh survive  dalam keadaan yang lebih baik dan  tidak terasa kehilangan bahkan rasa 'merdeka' dari segala keracunan dan pencemaran kebatilan yang menyusup masuk ke dalam baitul dakwah ..Semuanya  nikmat  ini  adalah anugerah  dari Allah  SWT.
Sumber  Inspirasi..

Ibu pernah dilabel oleh beberapa kenalan dan saudara  mara  sebagai 'bodoh' kerana redha diuji begitu. Redha serahkan segalanya tanpa berebut apa-apa. Redha  tidak  ambil apa-apa tindakan mahkamah. Nak maintain 'sakinah, mawwaddah warahmah' tidak perlu rebut apa-apa urusan dunia, Serahkan semua kepada yang berhajat..semuanya Allah yang punya, bukan kita punya.

Dalam program ini baru dapat jawapan sebenarnya apa yang ibu lalui  merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk generasi akan datang. Menjadi sumber inspirasi dalam zaman anak-anak muda tidak lagi memerlukan motivasi. Mereka hanya perlukan sumber inspirasi.

Dalam keadaan  hati "Peaceful, No fear, Beautiful Surrender, Continuos Calmness", Jiwa  yang semarak "Fulfilled Inside, Always Grateful, Never Complain, Full of Love & Joy". Mind  state  sentiasa berpusat  kepada Allah dan akan bertambah  rajin jika semakin  dekat  dengan-NYA... Benarlah  hidup di dunia  ini adalah sebuah MISI..  Terima Kasih  Ya  Allah..

Sesungguhnya  ujian itu adalah Rahmat dari Allah dapat  menambah pengalaman dan pengajaran untuk fikirkan apa yang boleh ibu sumbangkan  untuk  generasi  puteri-puteri akan datang agar mereka juga tidak mudah tumbang dan boleh  survive tanpa insan  bernama  'suami' (samada  kematian atau  bercerai). 

Alhamdulillah  memang besar manfaat amalan  'tapping' (dalam SEFT dipanggil SEFTing~ menggabungkan 15 teori pakar psikologi dan perubatan Timur dan Barat). Allah izin kaedah ini ibarat penyapu atau vacuum membersihkan 'sampah-sampah emosi' yang mengganggu perjalanan kita ke destinasi 'syurga'  di dunia dan   di  akhirat ..
Dalam program  dua hari ini, para trainer SEFT sentiasa  mengingatkan "Saya sama sekali tidak mampu menyembuhkan..Segala kesembuhan itu hanya dari Allah". Sebenarnya  amalan SEFTing hanya  alat, 10% sahaja dari segala ilmu dalam 2 hari.. 90% lagi banyak faktor lain terutama sekali bagaimana  nak rasa BERSYUKUR..BERKONGSI  dan  DO THE BEST.. Yang menyembuhkan  segala penyakit  adalah  semurni mana  hubungan kita dengan Allah SWT.
Subhanallah , memang  syukur sangat ibu dapat lanjutkan ilmu dan amalan SEFTing' tersebut  bukan saja untuk diri, tetapi juga untuk semua ahli keluarga, warga SmarTop, sahabat-sahibah  dan  semua  yang  Allah izinkan  untuk dapatkan khidmat bakti  dengan  harapan  agar  mereka bertambah  sihat, ceria  dan bahagia serta mendapat rezeki yang berlimpah-limpah..Insha Allah.

Alhamdulillah, apabila terapi ini diamalkan kepada pesakit, penderita yang stress dan kanak-kanak..ini memudahkan  kerja-kerja  dakwah merapatkan hubungan hati  mereka  kepada Allah SWT. Sesiapa sahaja yang ingin belajar , segera  daftarkan nama  di http://www.seftmalaysia.com.my/go/index.php
Hubungi Puan Hjh Noorbaity di talian 016-2370437/ 011-23391948. Hati-hati memilih kerana tuan punya SEFT hanya iktiraf  beliau sebagai wakilnya  di Malaysia.
Kenalan  saya, Aniz Anwar Klinik Sukses akan adakan seminar pada 5 Julai 2014  di No 57, Jalan Plumbum 7/103, Belakang I-City dengan yuran RM148 sahaja  sempena  Ramadhan.

Zaman Siber serba canggih merupakan  zaman meng'install' macam-macam persiapan supaya dapat hasil yang terbaik dalam setiap aktiviti yang kita lakukan. Menanti kehadiran tetamu agung, sudah selesaikah install semua persiapan Ramadhan? 
Sama-samalah  kita  cuba buat 'check list'  berikut:
1. Persiapan kecintaan kepada Allah mengukuhkan  
a. kesyukuran di hati, 
b. kesyukuran dalam fikiran dan 
c. kesyukuran dalam tindakan (perhambaan).
2. Perkongsian;
a. wang ringgit melalui sedekah (infaq) dan zakat
b. idea dan tenaga untuk memajukan ummah
c. doa untuk semua makhluk sebagai rahmat sekelian alam
3. Do the BEST dlm
a. Kerjaya
b. Perbaharui niat
c. Peningkatan diri
Install doa ini setiap  hari...

"Ya Allah mudah-mudahan  mulai ketika ini, apapun yang aku lakukan, apapun kerjayaku, KAU  tolong  aku  untuk lebih dekat kepada-MU, lebih mencintai-MU, lebih KAU redhai dan KAU cintai. Semoga apa sahaja  yang aku lakukan  akan membawa manfaat sebesar-besarnya  untuk sebanyak mungkin segala makhluk-MU, menjadi rahmatan lil 'alamin. Dan semoga pertolongan-MU setiap  hari  aku bertambah baik dan bertambah baik hingga aku kembali kepada-MU dalam keadaan terbaik, Khusnul Khotimah  dalam dakapan cinta-MU"

Selamat bersiap sedia..semoga Allah permudahkan segala urusan mulia ini. amin..

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil