Posts

Showing posts from August, 2014

Kerdilkan Syaitan hingga Menjadi Debu...Allahu Akbar

Image
Umat Islam jangan sekali-kali takut dengan kuasa 'kerdil'  kebatilan  Israel yang  dayus dan pengecut.. Pembunuh orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak tetapi  mereka amat takut apabila berhadapan dengan Sayap Hamas, Brigade  Izzudin al-Qassam. Amat benarlah firman Allah bahawa syaitan @ iblis serta kuncu-kuncunya tidak akan dapat mengalahkan para Mukhlisin (pejuang-pejuang yang ikhlas). Syaitan juga turut mengakui di hadapan Allah bahawa dia dapat sesatkan semua anak Adam kecuali mereka yang Ikhlas..Terkandung dalam al-Qur'an surah Al Hijr:39-40 Syaitan berkata " Sungguh  aku akan sesatkan manusia  semuanya, kecuali orang yang ikhlas" Sekutu-sekutu syaitan walau di mana, setiap masa dan ketika, sama saja fesyen, tabiat , tipu daya dan tembelangnya. Hakikatnya  memang mereka  amat takut berhadapan dengan orang-orang yang  ikhlas. Sentiasa mencari alasan, tipu helah nak lari dan mengelak.. Bacalah  seerah Saidina Umar, syaitan akan lari ketakutan dan kuc

Menjana Kekuatan Ummah ( 3 )

Image
Kekuatan ummah perlu setara di kalangan umat Islam sedunia samada di negara yang sedang berperang atau tidak, semuanya bagaikan satu tubuh, dicubit peha kanan, peha kiri bahkan satu badan turut merasa sakit. Namun bagi mereka  yang benar-benar  ikhlas  berjuang di jalan Allah, semua kesakitan yang dialami  tidak terasa kerana  janji-janji  Allah  sentiasa menjadikan diri mereka kebal lantaran merindui destinasi  yang abadi menanti mereka di  Syurga. Firman Allah SWT yang bermaksud: 20."Orang yang  beriman yang berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah  orang yang memperolehi kemenangan. 21.Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberi rahmat, keredhaan dan syurga, mereka memperolehi  kesenangan yang  kekal di dalamnya 22.Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar" ( Surah At Taubah: 20- 22) Rasulullah saw bersabda

Menjana Kekuatan Ummah (2)

Image
Berakhirnya Ramadhan, umat Islam digalakkan hidupkan malam hari raya dengan Takbir, zikir, solat, baca Qur'an dan berdoa kerana  waktu ini  merupakan salah satu waktu mustajabnya doa. Allah izin selepas aktiviti rutin menghidupkan malam ibu tertidur dan bermimpi indah hadiah dari Allah..Alhamdulillah,semoga menjadi kenyataan. Insha Allah. Puasa 6 juga merupakan peluang untuk kita semua terus menghidupkan syuur Ramadhan seolah-olah kita berpuasa sepanjang tahun.. (kedua-dua fakta ini ada hadis sohehnya Insha Allah) Berdoalah dan terus berdoa. Siapkan skrip doa paling syahdu, bila-bila masa kita boleh berdoa.. "Ya Allah, satukan hati-hati seluruh umat Islam sedunia  khususnya pemimpin-pemimpin negara Islam..satukan mereka dengan penuh sedar atas  dasar satu akidah  ikhlas  ingin memperhambakan diri hanya sanya kepada-MU.. Ya Allah suburkan silaturahim pemimpin-pemimpin Islam atas dasar berukhuwwah kerana-MU.. Walaupun terdapat  banhyak perbezaan antara mereka namun  merek