Posts

Showing posts from September, 2014

Zulhijjah~ Kembali Kepada ALLAH secara SUKARELA....

Image
Kini telah  masuk tanggal 2 Zulhijjah 1435. Semua  umat Islam amat disarankan agar perbanyakkan bertahlil, bertakbir, berzikir mengingati Allah. Hadis  daripada Ibn Abbas telah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda  yang bermaksud;  "Tiada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah daripada hari  sepuluh ini (1-10 Zulhijjah), maka perbanyakkanlah  daripadanya tahlil dan takbir, maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, takbir dan zikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya  digandakan 700 kali ganda"   ( HR Al Baihaqi) Post  kali ini ditujukan khusus kepada para sahabat, sahibah dan saudara mara, rakan taulan serta kenalan yang sudah berada di tanah suci menunaikan Haji.  Mabruq buat kalian semua  kerana Allah izin kalian dapat  hadiah istimewa menjadi tetamu Allah pada  musim 'HAJI AKBAR!" (Wukuf di Arafah jatuh pada  hari Jumaat).  Umat Islam yang tidak menunaikan haji di sunatkan berpuasa pada  h

MENDIDIK DENGAN HATI ( 3 )

Image
Firman Allah SWT  yang  bermaksud; “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” ( QS 13:11 ) Perlu  kita  susuli ayat suci  ini  dengan cetusan mendalam  di hati  untuk melahirkan  gagasan, perancangan atau buah fikiran. Tanamlah gagasan, petiklah tindakan. Tanamlah tindakan, petiklah kebiasaan. Tanamlah kebiasaan, petiklah watak.  Tanamlah watak, petiklah nasib.   Tan amlah tindakan hingga menjadi suatu kebiasaan. Kebiasaan yang dilakukan berkali-kali akan menjelma menjadi watak, dan dengan watak inilah yang  akhirnya kita semua  beroleh  nasib yang Allah redha. Jika mengharapkan keredhaan Allah,  kita sendirilah yang  pilih dan menentukan tarbiyyahnya. Perlu ilmu yang berterusan dari sumber yang jelas iaitu al-Qur'an dan Sunnah.. 'Tarbiyyah  fi ai dikum, fi aidikum faqqad' (Pendidikan  di tangan kamu, di tangan kamulah pendidikan itu!) .   Perlukan persiapan jiwa dan bila

Mendidik Dengan Hati (2)

Image
Sejak minggu lepas cuaca agak mendung hingga  hari ini hujan rahmat mengiringi suasana yang zahirnya serba tidak ceria..Ramai yang demam, tak sihat serba serbi mengundang rasa seakan-akan ingin mengalah. Walau bagaimanapun kita perlu lawan perasaan itu secara kreatif dan inovatif menceriakan suasana sedaya upaya dengan memohon kepada Allah SWT. Ingat mati, baca Qur'an , tahajjud  dan berdoa... Segala kebahagiaan adalah dari-NYA. Segala penderitaan berpunca apabila  kita mulai menjauhi-NYA kerana tergoda dan terperangkap  dalam jerat-jerat syaitan yang menipu daya dan menyesatkan manusia. Setiap detik kita perlu akur dengan kelemahan diri, rendahkan hati beristighfar menjernihkan kembali suasana yang keruh yang merencatkan kesuburan iman..Istiqomah di dalam ketaqwaan kerana  o rang bertaqwa itu akan terlepas dari tipu daya syaitan.  Renungilah Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat ke

Mendidik Dengan Hati

Image
Apabila terlalu fokus dengan perkembangan di Taska, ibu terlepas pandang hendak buat lesson plan khas untuk 2 murid tadika yang masih belum boleh mengenal huruf. Ada hikmahnya jika ibunya  kelihatan agak marah atau stress kerana  risau anaknya tak kenal huruf walaupun baru berumur 5 tahun.. Kasihan melihat  guru kelasnya, sudah berusaha sedaya upaya, namun kanak-kanak itu masih tidak kenal huruf. Yang penting semua guru mesti hadapi dengan tenang dan mohon pertolongan Allah di dalam tahajjud masing-masing. Kakak ibu pesan agar ibu itu bersabar, jangan paksa kanak-kanak itu kalau memang belum masanya dapat kenal huruf.. Keadaan ibu itu bertambah stress kerana  terlalu risau.. "Apa puan rasa kalau itu anak puan?" Keadaan kelihatan agak tegang ketika sesi perbincangan.. Berbisa juga  rasa  kepala memikirkan harapan ibu hanya pentingkan akademik..tak nampak kelebihan anaknya... "Terima kasih kerana puan sudi datang berjumpa kami, puan adalah ibu yang amat perihatin