Hijrah 1436~ Pasrahkan Segalanya Kepada Allah





Ulama' Salaf  tidak  berkenan dengan budaya masyarakat Melayu meraikan  tahun
 baru hijrah , tidak digalakkan kita saling mengucapkan tahun baru seperti ucapan 
Hari Raya.  Namun jika sesiapa mengucapkan "Selamat tahun baru”
 Maka jawablah :
“هنأك الله بخير وجعله عام خير وبركة.”
“Semoga Allah membahagiakanmu dengan kebaikan, menjadikan tahun" 

"yang penuh kebaikan dan barakah

Kebahagiaan seorang insan  amat bergantung  kepada jiwa yang ikhlas dan  pasrah
menyerahkan hati  dan  diri sepenuhnya  hanya  kepada Allah SWT menentukan yang terbaik
 untuk kita semua  kerana hanya DIA sahaja  yang Maha Tahu apa yang terbaik  untuk
.setiap  hamba-NYA. Deritanya hati manusia apabila masih ada 'reserve' di sudut-sudut hati  yang tersembunyi
Redha  menerima segala kekurangan itulah  yang membahagiakan
rasa  tidak yakin Allah akan kurniakan kejutan demi kejutan untuk
membahagiakannya, iaitu natijah  yang terbaik di sisi-NYA, 
Rasa tidak  yakin ini berputik kerana masih   ada  lagi saki baki  jahiliyah
atau  'ego' dan menyangka   usahanya lebih hebat dari apa yang Allah
 aturkan buatnya
Justeru itu amat digalakkan  setiap umat Islam tanam azam ikut proses yang
 dilalui  oleh Rasulullah saw, kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, salafus
soleh, ulamak-ulamak muktabar serta  jiwa-jiwa yang ikhlas menyerah  
memperhambakan diri hanya kepada Allah SWT.' 
Segalanya bermula dari niat..Niat yang betul lahir dari hati yang bersih diproses
dengan manhaj Rabbani, bukan  dari sistem yang bercampur aduk 
Jika betul niat hidup  kerana Allah~ Jiwa rasa enjoy! rasa serba cukup..
Segala urusan jadi mudah
Sebaliknya jika ada sedikit sahaja terselit niat nak rebut dunia, nama dan takhta,
 habis..segalanya bagai  debu-debu yang berterbangan, semua  urusan  menjadi payah,
 ibarat memikul batu besar yang terlalu berat dan  terasa  serba  meletihkan 
Berhadapan  dengan mentaliti staff yang  'degil'  dan  suka  bawa virus dalam
team work memang agak payah untuk kita mengorak langkah dengan lancar
 Ibarat ditaburkan duri, kaca , batu penghalang di tengah jalan kita menuju ke
destinasi.Ibu  perhati mereka rajin tapi bila masuk bab  nak didik anak dan bab
... belajar, jadi degil" Ini tak boleh, itu tak boleh.. Bila  kanak-kanak hendak bermain
...asyik  menyebut serba jangan"menyekat  kreativiti  dan membantutkan perkembangan
. 'otak kanak-kanak. Ini  boleh  dikategorikan dalam kelompok penderaan  emosi
 kanak-kanak 
. Penyakit yang menghantui fikiran  mereka  kerana takut  terbeban  atau bertambah tugas  
dan kerja. 
Mentaliti semuanya  nak serba kemas dan sudah terbiasa menghabiskan masa  
menonton TV sepanjang masa. .
Itulah syaitan yang perlu dihalau dari diri masing-masing. 
Nak pujuk  staff ikuti kursus asuhan awal kanak-kanak  Permata pun payah.

Terpaksa share  pengalaman ibu belajar di Universiti Malaya menyusu anak pada
 tahun 1986-87, bawa anak ke kampus setiap hari. Bila ada kuliah , sahibah-sahibah UM
 yang tidak ada kelas tolong jaga. Kadang-kadang tumpang rumah pensyarah...
Alhamdulillah 3 staff bersetuju nak ikuti kursus, 2 orang akan bawa baby sepanjang
kursus sebab baby mereka menyusu badan sepenuh masa.
Rakan pengusaha Taska di JB ceritakan pengalamannya berhentikan semua staff
yang jadi virus..
Bersyukur semua ALP masih boleh bersabar hadapi kerenah mereka. Dalam 
 meeting, Ibu  mohon semua staff semakin kuat mujahadah mendidik nafsu
 dan melawan syaitan dalam diri masing-masing jika nak rasa enjoy bertugas.  
Semalam  ibu agak marah bila dapat berita semua buku log kanak-kanak dari ..
awal tahun  sudah dibuang. Astaghfirullah al 'azim..ibu rasa nak menangis
"Cari sampai dapat! itulah rekod yang JKM nak chek dulu! Ibu bapa juga nak
lihat perkembangan anak-anaknya  nak rujuk buku log juga!. kalau tak jumpa,
buang orangnya .  Syukur ada staff  selamatkan buku log yang hendak 
dibuang itu dan bawa balik ke rumahnya di Melaka.!
Alhamdulillah..lega rasa  hati
 Sudah menjadi sunnahtullah, perlu hadapi semua
 masalah dengan syukur dan
sabar.Kesabaran  kurniaan Allah..Kesyukuran  
juga kurniaan Allah.Pasrahkanlah  dan serahkan
 seikhlas  hati  segala-galanya hanya kepada-NYA,
ikut  saja  apa yang  Allah  atur yang terbaik
untuk kita semua..

Insya Allah REZEKI  bertambah berkat, fikiran semakin
lapang, tidak berserabut  dan hati semakin terawat
menjadi lembut dan
  semakin tenteram hanya mengharapkan redha-NYA. 
   Ya Allah ampunkan segala dosa-dosaku 
 dan kedua ibu bapaku, ampunkan dosa-dosa semua
ahli  keluargaku,  ampunkan   segala dosa-dosa warga
Smartop Subur fitrah.
Ampunkan segala dosa-dosa para sahabatku sedunia...
Permudahkan segala urusan kami hanya 
mengharapkan redho MU.
Semoga  Tahun ini lebih baik dan lebih barakah  
dari tahun lalu.
Ibu mohon cuti dua minggu  menanti 
kelahiran cucu kedua tidak  lama lagi
Didoakan ibu dan anak selamat, baby dilahirkan  secara normal. Ammiin


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil