SUJUD SYUKUR

Sewajarnya kita perlu selalu bersujud syukur menerima anugerah Allah yang amat bernilai... iaitu  nikmat Iman,  Islam dan ukhuwwah (silaturahim)..
Ustaz menjelaskan dalam kuliah Subuh "Cukuplah dengan nikmat Iman dan Islam, tak ada duit tak apa, tak jadi masalah..Yakin 100%  dengan pertolongan Allah." 

Dengan kefahaman Islam yang jelas, menanam keimanan, akidah menjadi mantap..apa pun ujian yang menggoncang kita tidak akan tumbang.

Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yang besar. Elok diamalkan setiap hari selepas selesai solat. 
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya . Boleh dilakukan secara duduk iftirasy atau berdiri. 

Manfaat Sujud Syukur;

  1. Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka”(Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
  2. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
  3. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah. Semulia hamba adalah ketika merendah martabat dengan bersujud kepada-Nya.
Team SmarTop Subur Fitrah bersama penceramah dan tuan rumah
Dengan banyak sujud syukur, mudah-mudahan Tarbiyah  dan manhaj Tauhidullah dan keimanan yang bakal kita tanamkan dalam jiwa anak cucu kita membuahkan jiwa-jiwa lebih kuat dan cerdik menghadapi cabaran-cabaran dan tipu daya  dunia.

Kadang kala kita diserang  rasa 'inferiority compleks' yang  tidak  diundang  atau rasa yang tidak 'enak'  atau 'tak ngam' dengan team, Mungkin kerana ilmu yang ada sudah memadai.  Beginilah syaitan menipu daya kehidupan kita..Berbanyaklah sujud syukur mohon perlindungan dan keselamatan dari Allah SWT.

Ibu kagum  dengan peserta-peserta LAP  zon selatan yang  bukan sahaja  menjadi pengusaha tapi ikut serta duduk bersila menjadi peserta..
Dari mana datangnya  rasa tawadhuk itu jika  bukan dengan tarbiyah keimanan yang mereka lalui sejak 30 tahun yang lalu. Mungkin mereka  banyak sujud  syukur, melahirkan kesyukuran yang amat sangat kepada Allah SWT. Amat penting  hubungan hati yang berterusan  dengan Allah SWT.

Bahkan ada peserta  yang  bertugas menjadi  pensyarah kanan di Institut Perguruan di Johor Bahru, rasa bangga dapat hadir dalam  kursus  selama 4 hari. 4 hari bukan waktu yang mudah untuk kaum ibu korbankan masa. Beberapa peserta membawa anak-anak kecil yang masih menyusu, tapi Alhamdulillah akhirnya mereka  berjaya selesaikan dengan penuh ceria dan puas dengan izin Allah.
30 Tahun dahulu kami masih anak dara, kini dah jadi nenek

Peserta kursus Perguruan 'Litle Abd Programme' Zon Selatan
Sewajarnya  kita semua bersama-sama sujud  syukur di atas nikmat iman, Islam dan ukhuwwah yang Allah pelihara untuk  kita selamanya..

Tidak cukup sekadar ucapan 'Alhamdulillah'.Zahirkan kesyukuran yang terbaik dengan melakukan sujud syukur setiap hari. Ini kerana nikmat Allah SWT tidak terbilang banyaknya. 

InsyaAllah, Allah SWT akan tambah nikmat jika kita selalu bersyukur. Yakinlah dengan melakukan sujud syukur ini kita akan dapati dan rasai kepuasan kerana nikmat kurniaan Allah melimpah ruah dan segala urusan kita Allah permudahkan walaupun sebelumnya terasa amat berat kesulitan yang kita alami. 
Selepas kesukaran pasti ada kelapangan..Janji Allah dalam surah al Insyirah 

Dalil Sujud Syukur

Daripada Saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmidzi r.a. 


Rukun Sujud Syukur
1 Niat ' Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala' dilintaskan semasa menyebut 'Allahu Akbar'.


2 Takbiratulihram ..' Allahu Akbar' sambil mengangkat tangan.


3 Sujud ..sekali sahaja
4 Memberi salam , selepas sujud duduk tawaruk (tahiyat akhir) dan beri salam.
Syarat-syaratnya 
a. Suci dari hadath besar dan kecil 
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat 
c. Menghadap ke kiblat 
d. Menutup aurat 

Cara-cara melakukannya
Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA 
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR ) 

Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat 


Bacaan dalam sujud 
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali 
2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa ibunda (bukan lafaz)


A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU 

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN 

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA 
E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU 


Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil