Posts

Showing posts from May, 2014

Isra' Mi'raj dan Proses Memperkasa Sahsiah Kanak-Kanak melalui Solat

Image
Cabaran 3F(Food, Fashion & Fun) dan 5S (Screen, Sex, Song, Smoke & Sport) mula menawan hati anak-anak hingga mereka  tidak kenal Islam dan tidak rasa berdosa   meninggalkan solat. Selalu terdengar keluhan ibu bapa 'susahnya' atau  'degilnya'...merujuk masalah mereka  gagal dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Hingga  besar  anak-anak dimarah, diherdik, diugut dan ditakutkan 'tak dapat duit' seolah-olah duit menjadi Ilah (tuhan) pertama dalam kehidupan.. Inilah kesilapan utama menjadi mungkar al-Akbar dalam keluarga. Ibu bapa gagal memperkenalkan Allah sebagai Rabb, satu-satunya Tuhan yang wajib disembah hingga akhir hayat. Cara mereka perkenalkan juga silap menyebabkan anak-anak semakin jauh dari Allah, bahkan dari ibu bapa sendiri hanyut  dalam perangkap 3F dan 5S Jarang sekali terdengar keluhan dan rintihan para guru yang kurang pengalaman mendidik beri alasan; "kasihan anak ini, kurang dapat kasih sayang dari ibu dan

We Play, Learn And Grow Together

Image
"Guru Tersayang, guru tercinta,  Tanpamu apa akan jadinya  aku Tak bisa  baca  tulis mengerti banyak hal.. guruku terima kasihku… Nakalnya diriku kadang buatmu marah… namun segala maaf kau berikan.. ryvymmk Seronok ikut serta berlatih dan menyanyi bersama  anak-anak Taska meraikan  hari guru yang kami awalkan majlisnya  pada  15 Mei kerana 16 Mei, hari Jumaat.. cuti.  Setelah hampir setengah tahun berkampung dalam pendidikan anak-anak Tadika dan Taska , kini sudah jatuh cinta  dengan budaya  memerhati  perkembangan  kanak-kanak. Paling kelakar Muaz  dan Rayyan  sentiasa  berebut nak bermanja, bila ibu mengunjungi Taska.. Mengenalpasti  ada dua orang  kanak-kanak Taska yang  tidak boleh senyum apa lagi ketawa, ibu rasa bertanggungjawab membuat modul dan  lesson plan untuk meransang emosinya agar ceria.  "Seriusnya   muka  budak ni!"  Para pengasuh memaklumkan "memang muka dia macam tu, tak pernah senyum".  Mak ayahnya kerja apa?  

Rahsia Kekuatan Meruntuhkan Berhala Dalam Diri

Image
Hari Khamis baru-baru ini  Taska  kami dikunjungi  oleh  orang  penting  dari JKM Johor Bahru.. Mudah-mudahan kehadiran mereka  akan membantu kami  meningkatkan kualiti perkhidmatan  mendidik kanak-kanak lebih baik daripada  apa yang kami dapat dari kursus Didikan Awal  Kanak-Kanak Permata. Allah izin  sebelum itu  tergerak hendak  bawa  baby di Taska  dalam  aktiviti 'Nature Walk', latih pengasuh  baby berkomunikasi  dengan  makhluk ciptaan Allah..  "Pokok ini Allah jadikan, ini bunganya  warna putih, daunnya hijau..semuanya  bertasbeh memuji Allah..Aniq pegang daunnya.." Baby  Aniq tersenyum puas seronok berkomunikasi dengan pokok sambil tangannya dibiarkan  mencapai dan memegang daun.. Berpesan kepada pengasuh agar selalu membawa  bayi keluar melihat alam, lihat matahari. langit, rasa kenyamanan tiupan angin, rasa dan pegang pokok, daun, rumput dan kehidupan yang ada di sekitarnya serta kaitkan  dengan kewujudan Allah  yang  Maha Mencipta. "Tahukah kalia