Posts

Showing posts from November, 2014

KULTUM 2 ~ Lintasan Negatif itu dari Syaitan!!!

Image
Pagi semalam tiba-tiba rasa sebak, menangis sedih. Petangnya mendapat berita gembira,  empat pengasuh taska secara sukarela nak ikuti kursus asuhan awal kanak-kanak Permata di Melaka..Alhamdulillah, lega rasa hati zaman kebangkitan Taska sudah bermula dengan izin Allah SWT.. Bolehlah tahun 2015 ibu fokus ke Tadika  pula, Insya Allah. Sungguh ajaib orang mukmin itu dengan sayap  sabar dan syukurnya.. Sepanjang  bulan Oktober dan  November ini ibu mendapat banyak peluang bertafakur setelah dikemukakan dengan beberapa persoalan  yang hampir sama dari tiga ibu dalam situasi berbeza. "Bagaimana nak betulkan  perangai anak yang sukar ditegur dan lambat  matang kerana tidak jemu-jemu  mengulangi kesalahan atau kesilapan yang sama ?".  Sebenarnya  masih banyak lagi  ibu bapa berhadapan masalah seperti ini. Bukan hanya berhadapan dengan anak-anak kecil lagi bahkan dengan anak-anak yang sudah jadi 'mak dan bapak budak'...  Ternampak wajah  kecewa   dan perit

Antara Maher & Huzaifi

Image
Doa  oleh  Sheikh  Maher Muaeqly Alhamdulillah, Allah izin ibu sempat tiba Kangar untuk membawa pulang cucu dari hospital Tunku Bahiyah Alor Star kerana ada sedikit masalah pernafasan. Masuk hari ketujuh masih belum confirm nama baby. Dalam perjalanan pulang ke Kangar anak ibu bertanya "ibu, OK tak nama Musthofa Hudzaifi..sempena nama Sheikh Huzaifi, imam besar masjid Nabawi. Ibu minta anak ibu dengarkan bacaan Sheikh Huzaifi..entah bagaimana teringat  orang yang dah berumur susah  nak ingat nama Huzaifi.."ada pilihan nama lain tak..yang senang nak ingat?" Bincang dengan menantu sekali dalam kereta, akhirnya terpilihlah nama Maher.. sempena nama qari  Sheikh Maher Muaeqly..silap-silap ramai yang sangka kami dapat inspirasi dari  nama Maher Zain. Semoga membesar menjadi  pencinta Al-Qur'an dan Hadis Sheikh Maher Muaeqly sebenarnya adalah pakar matematik  yang hafal Qur'an. Pernah mengajar matematik di Madinah. Al-Qur'an sudah menjadi darah daging

Biar Lambat Asal Selamat..

Image
Menanti berita kelahiran cucu kedua, memang kami  semua harapkan  biarlah ikut fitrah tak perlu ikut cadangan doktor untuk 'induce' atau melalui pembedahan. Syukur menantu ibu cadangkan ibu ke utara selepas selesai ikuti  seminar Koperasi di Melaka pada 30 Oktober  kerana ikut jangkaan pakar tarikh  bersalin  pada 1 November Insha Allah termasuk dalam tarikh awal hijrah. Biar lambat asal selamat...  Alhamdulillah Allah izin  pada  tanggal 3 November 2014  bersamaan dengan 10 Muharam  1436 Hijrah, cucunda  kami  selamat dilahirkan. Cerah, kemerah-merahan kulitnya seberat 3.8 kg. Semoga Allah permudahkan  segala proses pemulihan  dan pemilihan  nama yang baik dengan niat hanya  mengharapkan  yang  terbaik  dalam dakapan redha Allah. Hanya DIA yang Maha Tahu kesesuaian yang terbaik di sisi-NYA untuk kita semua. Manis kelihatan cucu kedua ini. Alhamdulillah semoga  membesar sebagai ansor kepada abangnya Mishary menjadi Little 'Abd & Little caliphs yang diredhai Allah.

Koperasi & Hari Kecemerlangan Kanak- Kanak

Image
Sebelum Subuh tadi 8 Muharam 1436 Hijrah dapat berita dari besan, Cikgu Basimah (berumur 60-an) yang mengajar  bahasa Inggeris di Matri meninggal dunia. Allah izin berpeluang menziarahinya. Dapat khabar dari student  Matri, beliau sempat meluangkan masa di saat akhirnya mengadakan kelas tambahan untuk student calon SPM petang semalam  berakhir jam 7 petang. Dari cerita  anaknya, sebelum jam 2 pagi emaknya keluar dari bilik air  terus mengetuk pintu biliknya menyatakan dia 'rasa penat', sejurus itu terus terjatuh dan meninggal dunia di pangkuan anaknya. Subhanallah begitu mudah Allah kurniakan kepadanya Husnul khotimah. Guru yang  pasti dirindui oleh anak-anak Matri. Melihat jenazahnya  seperti orang tidur nyenyak, tenang, dapat istirehat selama-lamanya. Semoga  Allah ampunkan segala dosa-dosa almarhumah dan himpunkan rohnya bersama  para solehin, dan syuhada. Al Fatehah... 3 tadika bergabung di bawah pengurusan Koperasi Ar Rahmah Selepas melawat,  Allah atur ibu dap