Posts

Showing posts from January, 2015

Semoga Allah Luruskan Niat Di Hati

Image
Ikhlas? Benarkah ikhlas? Tubikan persoalan ini berkali-kali di hati.. Kalau ikhlas, mengapa bersungut? Kalau ikhlas, mengapa mengugut? Sejak bila berubah ni? Apa yang kamu mahu sebenarnya? Dipuji manusia? Dikenang jasa? Mengapa risau jika tidak dikenang dan dipuji..Risau itu petanda tidak ikhlas! Risau petanda Syaitan menang mengawal budak nakal (hawa nafsu) agar menyimpang dari jalan yang lurus. Ikhlaskan hatiku ya Allah..bersihkan niat di hatiku hanya mengharapkan keredhaanMU semata-mata..mengharapkan pertemuan denganMu di syurga nanti..Aamiin.. Amru Khalid mengingatkan..mohon kepada Allah setiap hari agar DIA perbaguskan niat kita.. Kita hamba..nak kawal diripun tak mampu jika Allah tidak izinkan.. Hati akan sentiasa tenang jika kita ikhlas. Tidak ada kerisauan walau sedetik jika hubungan hati dengan Allah sentiasa di subur dan diperkukuhkan.. Nak kukuhkan hubungan hati dengan Allahpun kena minra pada NYA.. "Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMU dan bersy

Mendidik Hati Agar Mengenal Rabbnya

Image
Sesi persekolahan dilewatkan seminggu kerana masih ada sekolah digunakan sebagai pusat penginapan mangsa banjir di pantai timur. Sekelip mata sahaja Allah takdirkan ribuan mangsa  kehilangan rumah dan harta benda..Syukur Alhamdulillah mereka redha menerima  takdir Allah..yang penting bagi mereka  bukan rumah atau harta benda, tetapi cukuplah ada tempat untuk solat dan beribadah..Subhanallah insiden yang menyayat hati mengajak kita  semua bertafakur, mensyukuri nikmat yang ada serta muhasabah dosa-dosa untuk perbaiki diri dan ummah masa depan. Dari sini kita boleh mengenal kehebatan Rabb, akur sahaja menerima takdir-NYA  tanpa soal. Mendengar pahit manis  pengalaman anak ibu ikuti team sukarelawan Haluan ke pantai timur selama 4 hari,  rasa teringin juga nak ikut serta membantu  mangsa 'trauma'. Pesanannya   buat masa ini  "yang patut ke sana adalah golongan muda yang masih kuat tenaganya untuk membantu cuci rumah dan penginapan" Ibu faham, memang ibu tak mampu..El

Liku-Liku Kehidupan

Image
Merenung pesanan AsSyahid Imam Hasan al Bana barulah mengerti untuk apa Allah aturkan posisi yang tepat keberadaan kita di sesuatu tempat. Subhanallah, Maha suci Allah begitu mendalamnya maksud hikmah mujadid dan mujahid ummah yang mengatakan; "Jika pada hari ini kita hidup untuk diri sendiri, nescaya jalan yang kita lalui amat sempit dan singkat sekali. Namun jika hari ini kita hidup untuk orang lain demi sebuah akidah dan perjuangan (Islam), maka jalan yang bakal kita lalui luas terbentang dan jauh untuk kita lalui.." Berkongsi pengalaman seorang mualaf mendapat hidayah selepas berkahwin dengan seorang lelaki Melayu yang ditemuinya di kedai arak di pantai timur Malaysia. Kedua-dua anaknya kini berada di Taska kami kerana ayahnya ghaib dan menyukarkan'status' ibunya bagai  tergantung tak bertali. Syukur siibu masih berusaha perbaiki status Muslimahnya tetapi sering diugut oleh neneknya yang non- Muslim, tidak jauh dari rumahnya.. " Apa salahnya kala

Warisi Akhlak Rasulullah S.A.W Berkorban Asalkan Umatnya Selamat....

Image
'Caring and sharing' sebenarnya adalah akhlak Rasulullah yang Allah utuskan sebagai 'Rahmatan lil alamin' ~ Pembawa Rahmat ke seluruh alam'.. Semasa Kursus LAP di Bangi, seorang  Murabbi kemukakan betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada umatnya merujuk   Firman Allah SWT: لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ Translation Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu , yang sangat inginkan kebaikan bagimu , (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman .  (Surah  At-Taubah :128) Dalam kesibukan  berlumba-lumbanya  insan mulia membuat kebajikan (fastabiqul khairat), membantu mangsa banjir di Kelantan khususnya.. ada ramai non Muslim turut berbakti ingin menyaksikan sendiri musibah yang menimpa mangsa banjir. Samada  hendak menolong atau melancong, hanya All

2015~ Tahun Harmoni Insya Allah

Image
Kajian  dan unjuran pakar ekonomi  telah memberi petunjuk yang  mengerikan kita mengatakan tahun 2015 adalah tahun tidak stabil dan sukar khususnya  merujuk nilai mata wang Malaysia  yang semakin merudum jatuh menjunam berbanding nilai matawang negara jiran. Di mana silapnya?  Dua hal yang perlu diganti atau diperbaiki iaitu ketidak telusan pemimpin dan budaya berbelanja tidak ikut IMAN. Cara paling selamat kembali merujuk sistem Allah. Al-Quran dan Hadis telah lama mendidik kita supaya hidup bersederhana, bersyukur  dengan apa yang ada. Kita perlu kuatkan serta kukuhkan keyakinan bahawa  semua sumber rezeki dari Allah dan bukannya dari makhluk..Soal rezeki, jodoh dan ajal maut  sudah Allah aturkan yang terbaik untuk  kita semua, tak ada  apa yang perlu kita  runsingkan..Fokus kepada kerja  mendidik dan berbakti mengajak masyarakat mencintai Allah dan Rasul  sepanjang hayat.. Pagi 1 Januari kami bergotong royong menceriakan pejabat SmarTop. Petangnya  ibu berpeluang mendengar baca