Posts

Showing posts from February, 2015

Semoga Semuanya Dalam Redha Allah

Image
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah yang mengatur urus kehidupan kita seperti yang dikehendakki-NYA bukan seperti yang kita kehendaki. Sebagai seorang hamba  perlu akur ikut skrip yang telah ditetapkan oleh tuannya. Hamba Allah tidak boleh lari dari skrip yang Allah sudah tetapkan terbaik untuknya..maka berbahagialah  dengan  segala  anugerah Allah... Setelah hujan..timbul pelangi... Rupa-rupanya  Allah nak beri pelangi...Indahnya kehidupan ini... Syukur Alhamdulillah  berita terkini sangat mengembirakan anak menantu, kakak-kakak, abang-abang , adik-adik, ipar duai, besan juga beberapa sahabat handai. Bahkan sebahagian besar staff juga menumpang gembira dengan berita terkini. Berkat doa kalian, Allah kurniakan yang lebih baik..Alhamdulillah.   Paling sebak  abang ibu mendoakan "Allah merahmatimu...."  Paling kelakar adik bungsu, walaupun agak lewat mendapat  berita ini sungguh membahagiakannya. Alhamdulillah "Sujud syukur..Inilah berita terbaik yang saya p

Short Cut To Jannah..

Image
Ahad, sekembali  dari  Kelantan, ada jemputan kahwin di Johor Bahru..Dengan keluarga ini memang ibu tidak terasa janggal..kami sudah biasa bermesra lebih 28 tahun...bagai keluarga sendiri apa lagi  dapat bertemu bonda..Alhamdulillah Rasa terharu sangat  Allah izin ibu berpeluang melayani dua 'ahli syurga' yang  comel bermaxi dan bertudung. Sebelum  ini ramai sahibah mendoakan dan mereka amat yakin..kedua-duanya  akan menyayangi ibu apabila sampai  masanya nanti..Apa lagi dua minggu lepas  ibu peluk ciumnya di dalam mimpi manakala  'daddy' nya  menangis teresak-esak..Wallahu alam..apa petandanya  hanya Allah yang Maha mengetahuinya..   Jiwa mereka  bersih dan perlu dibiasakan  bersama-sama  orang-orang  soleh dan solehah. Melihat kesolehan kedua-duanya terdetik di hati kecil ini rasa bersyukur kerana selama ini ibu  banyak berkorban memikirkan masa depan anak-anak ini.. tidak sampai  hati hendak  berebut  bahkan  membiarkan sahaja  kedua-dua anak ini mendapat

Konvensyen UDMZ~ Kenali Murabbiku

Image
Pada tahun 1983, hari pertama mengenali manhaj @ Sistem Dakwah dan  Tarbiyyah yang dibawa oleh almarhum UDMZ, Allah izin jiwa ibu rasa tenang dan puas.. Terdetik di hati..."inilah yang kucari selama ini.." Pencarian sejak ibu baligh..ingin memahami  apakah tujuan kehidupan ini sebenarnya? dan ke manakah akhirnya  kehidupan ini? belum terjawab  hinggalah umur ibu berusia  21 tahun... Sebelum itu , ibu cuba ikut ikut kawan masuk  jemaah  tabligh .. Belum sampai sebulan arwah abah  menunjukkan reaksi tidak berkenan dengan pembawa sistem itu.. Ibu akur..apa yang arwah abah tak suka, kena jauhi dahulu. Cuba ikut program Arqam seronok beberapa bulan kerana  ghairah hendak berubah tetapi gagal mengetuk pintu hati untuk diproses..ditegur lagi oleh arwah abah "apa gunanya berpurdah kalau hati tak bersih" Ibu akur, betul juga nasihat arwah abah.. Cuba istiqomah ikut program Abim..bertahanlah lama sedikit  sehinggalah  Allah temukan ibu dengan anak didik UD

Agar Bintang Mereka Sentiasa Bersinar

Image
12 Febuari adalah sejarah dunia Islam  kehilangan 'bintang utama'  yang  mengerakkan dengan izin Allah  Ikhwan Muslimin di Mesir dan kini telah dapat menawan hati  jutaan  pejuang Islam  sedunia hingga mengerunkan golongan 'thaghut' yang sentiasa  ingin memadamkan sinaran bintang tersebut. Bintang utama itu  adalah As Syahid Hasan al-Bana ra. Kini genap 66 tahun  Almarhum Imam  As Syahid  Hassan al Bana   beristirehat di alam barzakh namun akaun pahalanya terus berganda mengali r untuknya hingga hari kiamat...Sinaran  bintangnya  masih hidup menyatukan  akidah, fikrah  dan ukhuwwah Ikhwanul Muslimin sedunia. Melahirkan bintang-bintang mewarisi keunggulan ulamak terbilang..InsyaAllah Waktu paling mulia, selepas Isya', hari Khamis malam Jumaat,  umat  Islam satu Malaysia bahkan satu Nusantara dikejutkan dengan berita sedih. kembalinya ke Rahmatullah seorang tokoh ulamak terbilang, ayahnda tercinta  tuan guru  Nik Aziz, matan Menteri  Besar Kelantan. Semoga

Bagaimana Nak Redha?

Image
Semasa sesi sharing Halaqah Ledang/ Muar, seorang ibu bertanya dengan penuh sebak...Bagaimana nak redha terima ujian? Pentingnya tajribah atau pengalaman menerima takdir Allah dalam keadaan jiwa yang pasrah, tenang dan harmoni. Ujian adalah hadiah dari Allah tanda DIA sayang kita dan  beri kita peluang perbaiki diri menjadi hamba-NYA yang diredhai.. Redha maknanya tidak marah..terima dengan penuh syukur dan berterima kasih sepenuhnya tanpa syarat. Tidak demand atau meletakkan syarat-syarat tertentu kerana ini akan meyakiti atau menzalimi diri sendiri.  Sukarnya nak redha kerana halangan 'hawa nafsu' yang dituruti. Seolah-olah masih meragui bahawa  soal rezeki, jodoh dan ajal maut memang sudah Allah tentukan.. Sentiasa  bersyukur mengharapkan redha Allah Yakinkan diri sepenuhnya sesungguhnya takdir Allah tidak pernah silap dan tidak pernah salah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-NYA.. Jika kita redha terima segalanya dengan penuh syukur..aka