Bagaimana Nak Redha?

Semasa sesi sharing Halaqah Ledang/ Muar, seorang ibu bertanya dengan penuh sebak...Bagaimana nak redha terima ujian?
Pentingnya tajribah atau pengalaman menerima takdir Allah dalam keadaan jiwa yang pasrah, tenang dan harmoni. Ujian adalah hadiah dari Allah tanda DIA sayang kita dan  beri kita peluang perbaiki diri menjadi hamba-NYA yang diredhai..
Redha maknanya tidak marah..terima dengan penuh syukur dan berterima kasih sepenuhnya tanpa syarat. Tidak demand atau meletakkan syarat-syarat tertentu kerana ini akan meyakiti atau menzalimi diri sendiri.  Sukarnya nak redha kerana halangan 'hawa nafsu' yang dituruti. Seolah-olah masih meragui bahawa  soal rezeki, jodoh dan ajal maut memang sudah Allah tentukan..

Sentiasa  bersyukur mengharapkan redha Allah

Yakinkan diri sepenuhnya sesungguhnya takdir Allah tidak pernah silap dan tidak pernah salah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-NYA.. Jika kita redha terima segalanya dengan penuh syukur..akan terasa sejuk,Subhanallah betapa  nyamannya kemanisan iman dalam jiwa.
Team SmarTop Subur Fitrah bersama Founder 'Easy Read@Bacalah Anakku


Semuanya adalah kurniaan Allah SWT yang wajib kita mohon kepada-NYA, bukan datang  melayang atau bergolek tanpa sebarang  doa, ikhtiar dan pengorbanan.
Sentiasa Tafakkur mensyukuri terlalu banyaknya nikmat Allah dan bertafakkur muhasabah  dosa-dosa kita kerana selalu tidak bersyukur dan banyak merungut tidak ikhlas dalam beramal.

Banyak bertaubat, istighfar dan semampu mungkin solat taubat setiap hari..membersihkan hati dari sebarang pra sangka kepada Allah.
Qiamulail menjadi rutin harian, sesi berkomunikasi mengadu segala masalah kepada  Allah agar DIA tangani dan selesaikan mengikut kehendak-NYA bukan ikut kehendak kita.

Sikap redha lahir dari jiwa yang tidak boleh renggang  dari al-Qur'an. Dalam keadaan serba lemah  dan sudah berusia sekalipun  kita perlu kuatkan azam  untuk menghafal dan faham firman Allah. Usahakan satu hari satu ayat..tak boleh hafal satu minggu ulang satu ayatpun adalah jihad  kerana  ada usaha.. Allah menilai usaha kita bukan natijah. Biarpun mengulang hafal setiap ayat beribu-ribu kali tapi tak mampu menghafal tidak menjadi masalah. Mudah-mudahan  redha  Allah sentiasa mengiringi mereka yang berusaha...

Biar sedikit dan pendek- pendek tetapi berterusan, sedikit-sedikit lama- lama jadi bukit kalau ikut peribahasa Melayu kita mencerminkan sikap istiqomah dalam melakukan aktiviti yang diredhai Allah. Selama ini tanpa sedar kita telah tertipu dengan bisikan-bisikan syaitan menjadikan alasan sibuk, sudah berumur dan tidak kuat ingatan untuk tidak menghafaz ayat-ayat suci al Quran.
Allah izin dua seminar yang berbeza mendidik ibu fokus kepada budaya menguatkan ingatan diri dan anak didik..Yang penting perlu berusaha perbaiki diri terlebih dahulu dengan niat yang betul bukan sekadar angan-angan.. Umur sudah separuh abadpun perlu lebih kuatkan azam untuk menghafal. Natijah milik Allah, yang penting usaha dan  ikhtiar semaksima mungkin hanya mengharapkan keredhaan Allah, Insya Allah, pasti Allah permudahkan jalan-jalan Hidayah-NYA. Pesan Ustaz Syafiie yang perkenalkan kaedah Huffaz sejak tahun 1990an semasa Seminar Huffaz di perpustakaan Awam Shah Alam pada hari Sabtu 7 Febuari 2015. Setiap aktiviti menghafal mulakan dengan taawuz agar syaitan tidak berpeluang menggoda untuk melemahkan semangat kita.

Al Quran perlu diletakkan di hati dengan cara menghafal dengan penuh kefahaman mengikut methode yang betul. Beliau sebelum ini 'buta al Quran' ketika sambung belajar di kota London..Teguran rakannya dijadikan cabaran untuk menguasai alQuran dengan penuh sedar dan faham. Alhamdulillah ketika usianya 30 tahun beliau dapat menghafal 30 juzu alQuran dan semua 12 orang anaknya juga menghafaz Quran menggunakan methode yang telah diguna pakai sendiri memang berkesan menguatkan ingatan..dan kini methode itu semakin luas tersebar di kalangan pencinta al Qur'an seluruh tanah air melalui  Excel Q Mind Consultant.

Jazakillahu khairan kathira kakak saya Datin Noraini menjadi upline menggalakkan kami barisan guru SmarTop menghafal guna kaedah yang amat berkesan ini..semoga ganjaran berganda lebih 700 Multi Level Marketing pahala (  MLM ) menantimu di syurga..

Hari ini, 8 Febuari Allah izin ibu dapat peluang belajar dari rakan sekuliah ketika ambil Diploma Pendidikan di UIA  tahun 1990. Puan Hjh Eliani adalah Founder  dan  Pengasas 'Bacalah Anakku dan 'Easy Read' menggunakan kaedah phonic. Pecutan  membaca di kalangan  kanak-kanak  awal usia sebelum 4 tahun perlu dibudayakan dengan penuh ceria  agar mereka  membesar dengan suasana mencintai ilmu dan  minat membaca yang mendalam..Seminar ini .turut dihadiri oleh menantu, anak saudara dan seorang guru yang dedikasi.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil