Semoga Semuanya Dalam Redha Allah

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah yang mengatur urus kehidupan kita seperti yang dikehendakki-NYA bukan seperti yang kita kehendaki. Sebagai seorang hamba  perlu akur ikut skrip yang telah ditetapkan oleh tuannya. Hamba Allah tidak boleh lari dari skrip yang Allah sudah tetapkan terbaik untuknya..maka berbahagialah  dengan  segala  anugerah Allah...
Setelah hujan..timbul pelangi...
Rupa-rupanya  Allah nak beri pelangi...Indahnya kehidupan ini...
Syukur Alhamdulillah  berita terkini sangat mengembirakan anak menantu, kakak-kakak, abang-abang , adik-adik, ipar duai, besan juga beberapa sahabat handai. Bahkan sebahagian besar staff juga menumpang gembira dengan berita terkini. Berkat doa kalian, Allah kurniakan yang lebih baik..Alhamdulillah.  

Paling sebak  abang ibu mendoakan "Allah merahmatimu...." 
Paling kelakar adik bungsu, walaupun agak lewat mendapat  berita ini sungguh membahagiakannya. Alhamdulillah "Sujud syukur..Inilah berita terbaik yang saya pernah dengar..Tahniah kakakku..Novel baru, Cintaku di pintu Syurga.."

Insya Allah  banyak hikmah tersirat di sebalik apa yang Allah tentukan ini..

Rasa  agak terkilan  ada pihak mempersoalkan kenapa? Jauhnya!!

Menerima takdir ini bukan bermakna lari dari tugas yang ada..Semuanya  boleh diatur, dibincang dan dipermudahkan dengan izin Allah SWT.. Apa sahaja yang Allah atur, mohonlah agar semuanya dalam redha-NYA

Berbahagialah dengan Takdir Allah hingga  ke Syurga

Warisilah  kerendahan  hati Rasulullah SAW ketika berdoa;

Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a., bahawa Nabi saw selalu berdoa dengan membaca 
"Ya Allah, ampunilah kesalahan dan kebodohanku, dan juga sikap kelebihanku dalam segala urusanku dan segala yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku dan  kesilapanku (kelakarku)  dan ketidak sengajaanku serta semua yang ada di sisiku. Ya Allah ampunilah dosa yang telah aku lakukan dan yang belum aku lakukan, yang aku lakukan secara sembunyi mahupun yang aku lakukan secara terang-terangan serta segala yang Engkau lebih mengetahui daripadaku . Engkaulah yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri dan Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu"    (HR Muslim, 4896)

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil