Posts

Showing posts from March, 2015

Cinta Abadi Hanya Dari Allah

Image
Pengalaman Dr Mustafa As Siba'i dalam bukunya 'Belajar dari Pengalaman' berkongsi rasa hatinya  apabila dirinya  amat suka kepada  Allah; "Jika Dia membuatmu  selalu  rindu kepada-Nya dan sentiasa menyukai-Nya, maka sesungguhnya Dia telah mencintaimu" Beginilah  juga, pastinya  pengalaman atau tajribah yang telah dilalui  oleh para sahabat , tabiin , salafus soleh , ulamak-ulamak muktabar dan jiwa-jiwa  yang ikhlas memperhambakan diri hanya sanya kepada  Allah SWT  hingga akhir zaman.. .. Secebis  cerita cucu Rasulullah SAW yang  cerdas... Sewaktu masih kecil , Husain  bertanya  kepada ayahnya, Sayidina Ali ra: "Apakah ayah mencintai Allah?" Ali ra menjawab, "Ya". Lalu Husain bertanya lagi: "Apakah ayah mencintai atuk  dari Ibu?" Ali ra kembali menjawab, "Ya". Husain bertanya lagi: "Apakah ayah mencintai  ibuku?" Ayahnya terus  menjawab,"Ya". Husain kecil kembali bertanya: "Apaka

Agar Silaturrahim Berkekalan

Image
Syukur Alhamdulillah, Allah anugerahkan ahli keluarga yang sering ingatkan dengan penuh cinta dan kasih sayang. Hati-hati apabila bercakap kerana fikiran dan jiwa manusia memang berbeza tafsirannya, mengikut nilai yang menguasai, samada ikut  Iman atau hawa nafsu. Dari Iman akan mengukuhkan ukhuwwah. Dari hawa nafsu akan timbulkan pecah belah.. Keselamatan diri dan baitul dakwah lebih terjamin jika sentiasa  memohon dari Allah SWT dan akui bahawa  diri ini tidak mampu melainkan dengan izin Allah jua yang beri kekuatan agar tidak melayan fitnah yang berpunca dari salah faham. Yang penting mohon Allah perbaguskan niat kita setiap detik dan ketika hanya untuk-NYA.. Jika silap bertaubat kerana  Allah amat mencintai orang yang bertaubat.. Kecilkan semua masalah dan BESARkan Allah dalam kehidupan.. Suburkan iman dan ukhuwwah dengan bersilaturahim jika ada kesempatan.. Medan silaturahim amat banyak , di antaranya melalui program  ziarah, rehlah,  majlis-majlis ilmu dan paling tidak ist

Kematian Yang Menggamit Rasa

Image
Maahad Tahfiz Al Aqsa melahirkan Huffaz istimewa.. http://www.haluan.org.my/v5/index.php/berita-haluan/119-haluan-selangor/1619-tahfiz-al-aqsa-hasrat-lahirkan-huffaz-istimewa Laman webnya http://www.alaqsatahfiz.com/ Al Fatehah..berita amat menyayat hati, Maahad Tahfiz ini kehilangan Mudhirahnya..Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun. Mudhirah yang dirahmati dan diredhai Allah, Allah menjemput kembali ke Rahmat-Nya di usia masih muda. Jasa beliau amat besar dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz al Aqsa Salam takziah ibu tujukan kepada seluruh ahli keluarga al marhumah khususnya suami dan anak-anak. Semoga keredhaan dan kesabaran kalian menerima kehilangan ini  akan membahagiakannya di alam roh..Aamiin Nostalgia bersamanya walaupun seketika  tetapi amat bermakna untuk kita yang masih hidup meneruskan perjuangannya seikhlas hati. . "Kak..OK ke ana jadi MC tadi?"..Terngiang suaranya seolah-olah mohon restu , doa dan moral support agar konvensyen yang dianjurkan oleh Ha

Pembentukan Generasi Pewaris

Image
Sungguhpun hampir 3 bulan anak-anak  dididik di sekolah, namun pencemaran akidah masih tetap berlaku di luar sekolah. Suasana dan latar belakang pendidikan  keluarga, suasana masyarakat dan media massa sangat mempengaruhi.. Ultraman, Power Rangers dan seumpamanya sangat menawan hati anak-anak dan amat sukar dibanteras jika hanya guru sahaja yang bekerja keras mendidik anak-anak. Ibu bapa dan masyarakat sekitar juga harus berperanan memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa "hanya Allah Rabb Saya" . Dari Allah sahaja sumber segala kekuatan dan kekuasaan seluruh langit dan bumi.. Kenangan bersama gaya bebas anak-anak..Kukenang kalian dalam doaku Ya Allah berilah bantuan MU mengiringi keikhlasan guru-guru mendidik generasi pewaris agar mengenal dan mencintai MU lebih dari segala-galanya... Aamiin Didikan Islamic  integrated perlu libatkan ibu bapa  dan  komuniti  setempat

'Team Work' Yang Mantap~ Insya Allah

Image
Alhamdulillah  tahun harmoni ini Allah izin ada saja  kejutan  yang menceriakan  hati  banyak pihak yang sudah lama menanti keputusan ini. Allah sebaik-baik pengatur  dan pengurus  kehidupan. Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil 'azhim... Pemangku Mudhirah bersama teamwork yang dibimbing oleh team LAP Tugas di Taska dan Tadika  sudah hampir selesai dan 'baton' larian sudahpun diserahkan kepada   generasi  pewaris yang berpotensi meneruskan motto Little  'Abd Programme iaitu "Pembelajaran bermula di Hati".   Pemangku mudhirah (lepasan Matri~ menyambung pengajian peringkat  ijazah pengurusan perniagaan di UKM) dibantu oleh dua pengurus berpengalaman membentuk  'team work' yang mantap. Insya Allah mereka mampu lakukan gerak gempur memenangi hati ibu bapa sekitar Ledang. Semoga  team work  ini  akan sentiasa  menceriakan pihak ALP  agar terus berikan moral support dan doa secara istiqomah untuk membangunkan Pre School yang berpotensi memenan