Kematian Yang Menggamit Rasa

Maahad Tahfiz Al Aqsa melahirkan Huffaz istimewa..


Al Fatehah..berita amat menyayat hati, Maahad Tahfiz ini kehilangan Mudhirahnya..Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun. Mudhirah yang dirahmati dan diredhai Allah, Allah menjemput kembali ke Rahmat-Nya di usia masih muda. Jasa beliau amat besar dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz al Aqsa
Salam takziah ibu tujukan kepada seluruh ahli keluarga al marhumah khususnya suami dan anak-anak. Semoga keredhaan dan kesabaran kalian menerima kehilangan ini  akan membahagiakannya di alam roh..Aamiin
Nostalgia bersamanya walaupun seketika  tetapi amat bermakna untuk kita yang masih hidup meneruskan perjuangannya seikhlas hati..

"Kak..OK ke ana jadi MC tadi?"..Terngiang suaranya seolah-olah mohon restu , doa dan moral support agar konvensyen yang dianjurkan oleh Haluanita di Masjid Putra Jaya  bertambah hidup dan ceria..
"Alhamdulillah...bagus sangat! teruskan, mudah-mudahan jadi contoh kepada generasi muda hari ini, agar  mereka semua  berani macam Huda..Insya Allah" Ibu tepuk bahunya  sebelum beliau meneruskan tugasnya sebagai MC seterusnya....

Hari Sabtu malam Ahad sebelum jam 11 malam mendapat mesej dalam group whats app dan telegram "Salam, ustazah Huda telah kembali ke Rahmatullah pada jam 9.25 malam..zaujah Dr Syed Haleem..
Semoga Allah himpunkan rohnya bersama Roh para Syuhada dan  Allah beri kesabaran kepada ahli keluarganya"
Dr Syed Haleem adalah pengerusi Haluan Palestine  bertugas di Klinik sendiri di Seksyen 7 Shah Alam.. Anak-anaknya masih bersekolah lagi..
Dalam keadaan uzur diuji denga sakit  psoarasis (sakit kulit) sejak 17 tahun yang lalu, beliau tetap gigih dan  kuat semangat merintis,  menubuhkan dan menghidupkan Maahad Tahfiz  Al Aqsa di Jalan Kebun Klang..
Subhanallah, dalam usia muda diuji dengan kesakitan, masih sempat tinggalkan amal jariah yang bakal mengalirkan pahala walaupun beliau kini sudah diistirehatkan di alam barzakh..

Semasa almarhumah menjadi ahli panel Konvensyen Haluanita, kalau tidak silap pada  tahun 2012, ibu masih ingat pesanannya.. "Anak-anak bukan sahaja perlukan pendidikan Islam yang berkualiti, mereka juga amat perlukan doa daripada  kedua ibu bapanya..doa ini bagaikan perisai yang melindungi anak-anak dari terjebak dalam jurang kehancuran.."

Kini  amat terasa kehilangan Ustazah Syarifah Nurul Huda..

Ya Allah, himpunkanlah roh ukhti Huda bersama roh para syuhada, solehin dan siddiqin dan gantikanlah beliau dengan lahirnya  lebih ramai lagi jiwa-jiwa segigih beliau untuk meneruskan perjuangan yang  murni ini.....
Almarhumah Huda, pemergianmu amat menggamit rasa..
Kematian  memang  tidak mengenal usia
Syurga buatmu di atas keredhaan suami dan anak-anakmu yang soleh dan solehah, sahabat handai, saudara  mara  yang  terus menerus mendoakanmu..

Kita yang masih hidup, teruskanlah perjuangan seikhlas almarhumah.
Sakit, ramai anak dan sibuk bukan alasan untuk kita  lari dari jihad dakwah dan tarbiyah  menegakkan  Deen Allah di muka bumi ini. Manfaatkanlah sisa-sisa umur yang Allah pinjamkan ini dengan pelbagai nikmat yang ada untuk mencari Redha Nya mencapai visi di akhirat,.
Firman Allah SWT :
"A029
"Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata. (Surah  An  Najm : 29)

Tafsir  Fi Zilal al- Quran tentang ayat di atas  oleh Syed Qutb
Maka tidaklah sekali-kali dihitung kepada seseorang manusia, kecuali dari hasil amal dan usahanya sendiri, tidaklah bertambah atasnya sesuatu (pahala) dari amal yang bukan dari amalnya sendiri, dan tidaklah berkurang sedikitpun sesuatu darinya untuk orang lain (tetap, tidak mengalami perubahan). Kehidupan dunia ini adalah kesempatan bagi dirinya untuk berbuat amal dan berusaha sebaik mungkin. Dan apabila telah mati, maka kesempatan untuk berbuat dan beramal tidak berguna lagi, dan terputuslah amal perbuatannya. Kecuali hanya apa yang sesuai dengan keterangan "nash" padanya dari hadits Rasulullah SAW, seperti sabda beliau ; "Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal :

1. Dari anak yang soleh yang mendoakannya 
2. Sedekah Jariyah yang dilakukan selama di dunia,
3. Ilmu yang bermanfa'at padanya dan bagi orang lain

Layarilah laman web Maahad Tahfiz al Aqsa di mana ustazah Huda adalah mudhirahnya..Amal jariah yang tidak putus membekalkan ganjaran pahala buatnya di alam barzakh..Semoga bahagialah  rohmu  di sana.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum . Ana sharifah fatimah , anak arwah . Maaf , ana perasan terdapat kesilapan dalam tulisan di atas. Buat pengetahuan semua , sakit kulit arwah ummi BUKAN berpunca dari gangguan buah pinggang , jantung dan paru-paru . Ketiga-tiga gangguan tersebut baru terjadi tahun lepas akibat kelemahan pihak hospital walhal arwah ummi sudah menghidap penyakit psoriasis sejak ana dalam kandungan beliau, iaitu pada tahun 1997 . Sudah 18 tahun . Mohon info di atas dibetulkan .

    ReplyDelete
  3. Jazakillahu khairan kathira anaknda Zahra. Skjp lg ana betulkan. Maaf di atas kesilapan info..semoga Allah ampunkan dosa2 kita semua dan menyusul almarhumah dalam keadaan husnul khotimah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil