Menggilap Potensi 5 ~ At-Thadiyah (Pengorbanan)

 

 

A007 

     Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.  (Surah Muhammad:7)

Kita semua sudah  sedia maklum  bahawa da'wah  memiliki  'marhalah' atau  tahap-tahap dan setiap tahap  memiliki karakter  yang unik dan tersendiri.  Ketika  ini, da'wah telah memasuki tahap  'Mihwar Dauli', di mana diperlukan peringkat  yang sesuai agar mihwar  ini   akan  terlaksana dengan baik dan lancar. Semakin bertambah tahap, bertambah pula tanggung jawab terhadap da'wah, kerana semakin berat  cabaran  dan ujian yang  bakal dihadapi. 

Apabila  cabaran  yang dihadapi semakin berat, maka  di sinilah  amat  perlunya  pengorbanan (Tadhiyah) yang tinggi daripada  para pendukungnya, iaitu para Da'i Ilallah.  Justeru itu Imam As syahid  Hasan al-Bana  menyusun  Rukun bai’ah ke-5   adalah  At-tadhiyah.  

“segala sesuatu yang tidak  mampu  diraih semuanya, maka jangan ditinggalkan semuanya”

 

 

”Semakin besar kemanfaatan atas pengorbanan  seseorang, maka  semakin dekat  dia dengan Allah SWT”. Banyak orang  sudah berkorban, namun manfaat dari pengorbanan tersebut  amatlah  kecil, sebaliknya banyak menimbulkan masalah. Maka sebab itulah  rukun ini disusun ikut urutan   ke-5, kerana  tidak mungkin seseorang  itu mampu  berkorban tanpa ilmu yang melandasi kemanfaatan pengorbanan tersebut. Selepas faham perlu juga hayati  secara jelas konsep ikhlas, amal dan jihad.


 

Sama-sama kita ambil ibrah  daripada  pengorbanan Imam AsSyahid Hasan Al Banna yang menggadai nyawa demi iman dan ukhuwwah generasi  selepasnya, di mana beliau meninggal dunia selepas  ditembak oleh regim Thaghut yang tidak ingin melihat Islam tertegak. Pada ketika  itu, konspirasi 'thaghut' memaksa hospital menolak agar beliau tidak dirawat, maka, beliau meninggal dunia dalam keadaan dizalimi tanpa sebarang rawatan.Sia-siakah kematiannya?

Tidak!  Hingga hari ini, walaupun sudah  ribuan Ikhwanul Muslimin dizalimi bahkan dibunuh, namun jutaan lagi  anak muda  yang menyambut 'baton larian'  atau bendera perjuangan hingga  ke titisan darah terakhir.. Mereka  kelak akan ber'alumni' di syurga. Insya Allah


 

As Syahid Syed Qutb, ketika dalam penjara ditawarkan, 

”Jika kamu mahu minta maaf, mengatakan bahawa undang-undang Islam tidak perlu diterapkan”.

Beliau berkata,”bagaimana mungkin jidad yang sentiasa tunduk , jari yang selalu tunduk ketika bersyahadah,  menolak Islam?”. Akhirnya beliau terkorban di tiang gantung. 

Beliau  adalah penulis 'Fii Dzilalil Qur’an. Suatu ketika  kitab itu habis  dibakar. Tetapi beliau amat optimis, ”Sesungguhnya Allah menetapkan pembicaraan orang beriman”. Sebahagian besar penterjemahan Fii Dzillalil Qur'an dilakukan setelah kematiannya. Abdullah bin Azzam memberikan tafsiran, ”Inilah ucapan kaum muslim, meskipun sudah berkalang tanah, ada saja orang yang menyimpan dan mencetak

Motivasi ini menjadi sumber inspirasinya bahawa ”Jihad yang digariskan adalah jihad Islam” dan itu mengobarkan semangat, dan  akhirnya  negeri Afganistan dibebaskan  dari cengkaman Russia.

Fahami Maksud  Tadhiyah

At Tadhiyah memiliki akar kata yang sama dengan Udhiyah (berkorban dalam   Aidil  Adha)  iaitu 'Dhahha Yudhahhi'  yang  bermaksud  berqorban / berkorban . 

Peristiwa ini bermula ketika  Nabi Ibrahim menetapkan Allah sebagai kekasihnya, dan Allah menguji Ibrahim dengan tidak dapat anak, dari Sarah. Lalu, atas permintaan sarah, Ibrahim diminta menikah dengan Hajar, yang akhirnya dikurniakan Isma’il, yang timbul rasa cinta teramat besar kepada anak tersebut. Maka diujilah nabi Ibrahim agar menghantar isterinya hajar dan anak mereka Ismail ke bumi kering kontang di Makkah  dan diuji lagi  setelah bermimpi menyembelih anaknya. Awalnya mimpi itu  dianggap mainan tidur, tapi kerana berulang, maka disampaikan mimpi ini kepada anaknya. Anaknya akur untuk disembelih jika itu adalah perintah dari Allah. Lalu, nabi Ibrahim membawa anaknya, dan ketika beliau ingin menyembelih leher anaknya, kemudian Allah ganti dengan seekor Qibas yang besar, yang itulah disembelih oleh nabi Ibrahim.


At-tadhiyah yang dimaksud bukanlah yang bersifat  sementara, tetapi yang berkesinambungan hingga berpihak untuk  kemenangan Islam. Rasul menyebutkan kedudukan nabi Ibrahim, ”Wahai Abu Bakar, sekiranya aku boleh menjadikan seorang kekasih yang sangat dicintai, maka aku akan menjadikan engkau sebagai kekasihku. Akan tetapi Allah telah menjadikan aku sebagai kekasih-Nya, maka aku tidak akan menjadikan engkau wahai Abu Bakar, kekasihku” - Kekasih di sini bukan yang dikelirukan oleh filem-filem Barat, tetapi  adalah orang yang dicintai di mana  kedekatan dalam perjuangan demi kemenangan Islam.


 

Pengertian Tadhiyah : Mengorbankan harta, jiwa, waktu, kehidupan, dan segalanya demi mencapai tujuan. Tujuan yang dimaksud adalah  menegakkan kalimah  ALLAH.


Dalam surat At Taubah 24 Allah SWT  berfirman  yang bermaksud, 
”Katakanlah kepada orang beriman, jika kiranya ibu bapa, anak, saudara, isteri, keluarga, harta, perdagangan, tempat tinggal lebih kalian redhai berbanding Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perkaranya  kepada kalian.,..”


Kita  perlu faham tentang pengorbanan ini, agar tidak dikalahkan oleh umat lain. Yang perlu kita ketahui adalah  tidak ada fikiran di umat lain selain untuk menghancurkan Islam. Maka, kalau umat Islam cuai, leka dan lalai, maka  mereka akan dilanda   badai dan bencana. Tidak ada umat islam yang menjadi minoriti, kecuali mereka akan tertindas. Tapi, jika sebaliknya, umat minoriti adalah umat lain, mereka (umat lain) pasti  dijamin aman, tidak dibinasakan oleh umat Islam. Ketika di Sepanyol umat Islam menjadi minoriti yang terjadi adalah pemusnahan pasar, gedung ilmu  dan seumpamanya.


Maka, meninggalkan jihad dan pengorbanan adalah petanda awal datangnya  bencana  melanda  kaum muslimin. Jika umat Islam terus lena dan tidak meningkatkan kualiti diri, keluarga dan masyarakat, maka tunggulah saat kehancurannya.


Pengorbanan yang diharapkan adalah yang memberikan manfaat. Maka, mengorbankan harta, jiwa, waktu untuk mencapai tujuan mulia  ini  amatlah  dituntut . ”Setinggi-tingginya pengorbanan adalah pengorbanan jiwa" barulah kita dapat merasakan nikmatnya Islam.

Orang pertama yang mengorbankan dirinya untuk Islam adalah seorang wanita iaitu Sumayyah, syahidah  pertama yang disula dari dubur hingga ke kepala oleh jahiliyah Makkah. Bahkan  sebelumnya, pada zaman Nabi Musa,  Mashitah, tukang sisir rambut, yang dilempar ke dalam minyak mendidih. Kisah lain adalah tentang Ashabul Ukhdud, yang seluruh masyarakat dilemparkan ke dalam parit api jika tidak mahu menyembah raja.  Berbanding mereka yang terdahulu, besarkah ujian yang kita hadapi??

Pengorbanan yang mereka sumbangkan amat  luar biasa berbanding kita. Ini adalah peristiwa yang berulang, pada orang-orang yang mengorbankan jiwanya.


Contoh Pengorbanan Harta

Ketika  perang Tabuk juga  dikenal dengan pasukan yang merana.
Mengapa?
Kerana orang Rom mengumumkan perang, menentang Islam yang  jumlahnya kecil.Ketika  itu keadaan panas terik, banyak orang tidak mahu keluar dengan pelbagai  alasan. Di antaranya Dzhaid bin Khaish,  munafik, yang tidak mahu ikut serta  berperang, berkata, ”Izin  kerana tidak tahan melihat wanita, daripada jatuh kena fitnah wanita orang Rom”. Maka pada ketika Rasulullah  mengumpulkan Bani Atta, maka datanglah Uthman bin Affan dengan seluruh barang dagangannya, dan berebutlah pedagang dari Madinah menawar untanya. Tapi apa? Uthman mahunya unta ditawar 700kali ganda. Mana ada yang mampu?

Sebenarnya  Ada!  Allah SWT  mengumpamakan orang yang berinfak itu ibarat sebiji gandum, 1 menjadi 700. maka ia datang kepada Rasul, dengan membawa harta tersebut, dan dihamparkan kepada Rasul, dan mengatakan ”Tidak akan ada yang menggoyahkan keimanan Uthman setelah apa yang dilakukan  ketika  ini”.

Kemudian  datang pula  Abu Bakar As Siddiq  yang meninfak  semua hartanya. Apa yang ditinggalkan untuk keluarganya?,
Jawabnya  ”Allah dan rasul yang ku tinggalkan untuk mereka...”


 Utbah bin Amir, orang Mesir, memiliki semangat luar biasa, ingin ikut jihad dalam Perang Tabuk. Ditanya ”Kamu punya apa?”. Jawabnya  ”saya tidak punya apa-apa,..”,. Disarankan ”kamu tidak boleh ikut”. Rayunya  ”Ya Allah, saya di dunia miskin, jangan sampai di akhirat juga dalam keadaan seperti ini, miskin di dunia, akhirat.”.
Tahukah anda  apa yang Utbah Bin Amir infakkan? ”HARGA diri saya, saya rela dicaci, dsb,”. Dengan izin Allah, Rasulullah akhirnya menerima, “sesungguhnya, malam tadi engkau telah berinfak, maka engkau boleh turut Perang Tabuk”


Lalu? Apa yang harus kita berikan sebagai pengorbanan kita? 

PENGORBANAN disesuaikan dengan yang diperlukan, agar manfaatnya memberi kesan yang besar untuk islam. Bagi kita, semangat belajar, memanfaatkan waktu, maka berikan apa yang boleh  kita berikan dari waktu dan kemampuan  yang  kita ada semaksimanya.


Perngorbanan itu harus punya ilmu, dan kemudian mentarbiyah pengorbanan besar tersebut, dari hal yang kecil.Semua perkara ibadah tak akan boleh menjadi sempurna, tanpa latihan.

 

Setiap  Da'i yang  inginkan tegaknya  nilai-nilai  da'wah  yang  diredhai Allah, maka   tadhiyah menjadi suatu hal yang  tidak boleh  dikecualikan. Bentuk-bentuk At tadhiyah yang dapat dilakukan seperti 

1. Mengurangkan  waktu tidur / istirehat;

2. Menyelesaikan target-target peribadi seperti tilawah 1 Juz / hari, hafazan, mendekati masyarakat  dan seumpamanya

3. Menambah khazanah keilmuan dengan membaca buku/sumber-sumber informasi, menghadiri majlis-majlis ilmu, pertemuan dengan  masyarakat dan seumpamanya;

 

4. Mula  kurangkan  perbelanjaan  untuk keperluan peribadi dan lebih  fokus melebihkan atau  memperbesar dana-dana untuk keperluan da'wah;

 

5. Sentiasa meluangkan  masa  untuk melakukan aktiviti  da'wah, bila  dan di manapun  kita berada.

 




 
 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil