Menggilap Potensi 8 ~ TAJARRUD

Selasa malam Rabu, rutin mingguan mendengar  Daurah @ pengisian ilmu daripada syuyukh UOS dan UHO  dalam rangka  'murajaah'@ mengulang kaji kupasan Arkanul baiah pertama Al Fahmu , kini masuk usul ke-18. Para syabab selalunya sibuk merujuk buku mengulangkaji apabila menghadapi peperiksaan.. Para syuyukh yang ibu perhatikan, mereka sentiasa  merujuk pelbagai buku ulamak muktabar  dalam bahasa Arab, diterjemah terus dan salin dalam bahasa  Melayu untuk dikongsi dengan anak didik. Setiap hari buat persiapan bagai menghadapi peperiksaan besar..iaitu kerja dakwah dan tarbiyah yang perlu kita  jadikan  darah daging  dalam kehidupan.

 
Menariknya usul ke-18, Imam Hasan Al Bana  menjelaskan;
"Islam telah memuliakan peranan akal dan memberi galakkan supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam  setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari mukminin dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya."
 
Subhanallah besarnya peranan kita untuk mengajak diri, keluarga  dan masyarakat seluruhnya menyepadukan semua ilmu dalam acuan ubudiyyah, mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ibn Qaiyyim menjelaskan "sesungguhnya asas binaan ilmu adalah berdasarkan  kepada maslahat  bagi manusia  di dunia  dan akhirat"

Syukur Alhamdulillah kerana  Allah pilih kita semua mewarisi hikmah yang ditemui oleh Imam As Syahid  Hasan Al-Banaa. Beliau  telah menelaah dan meletakan sepuluh rukun baiah yang kesemua rukun baiah ini diwarisi dari sirah Nabawiyah, di mana Nabi  Muhammad SAW dan para sahabat  ketika  itu  amat komited mengamalkan 10 gilapan potensi ini  walaupun mengalami  jatuh bangun perjuangan  dan keteguhan demi  mengejar keredhaan  Allah dalam beramal dan berperang. Dengan 10  arkanul baiah ini,  keyakinan mereka semakin kuat dan teguh dalam perjuangan dan sentiasa mendapat  pertolongan Allah SWT.
Allah swt berfirman 

“ (iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: "Tuhan Kami hanyalah Allah". dan Sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,”  (QS, Al-Hajj :40)

Di antara arkanul baiah yang dimaksudkan adalah :
1.    Al-Fahm (pemahaman)
2.    Al-Ikhlas
3.    Al-Amal
4.    Al-Jihad
5.    At-Tadhiyah (Pengorbanan)
6.    Ath-Tha’ah
7.    At-Tsabat (Keteguhan)
8.    At-Tajarrud (Total)
9.    Al-Ukhuwwah (Persaudaraan)
1. At-Tseqah (Kepercayaan)

Rukun Baiah yang ke- 8  adalah Tajarrud
 
Tajarrud menurut bahasa adalah   الجُّرداة sesuatu yang dikuliti atau yang dikelupas dari sesuatu yang lain, التجريد  melepas atau menanggalkan pakaian atau bahasa mudah,   التّجرّد Telanjang,
TAJARRUD menurut Hasan Al-Banaa adalah engkau harus membersihkan dirimu dan pola fikiranmu dari prinsip nilai lain dan pengaruh individu, kerana ia adalah setinggi-tinggi dan selengkap-lengkap fikrah
 
Yang dijelaskan Hasan Al-Banaa berkenaan dengan Tajarrud ini adalah titik tekannya pada fikrah (pemikirian, idealisme) hanya kita penuhi dengan Islam saja. Fikrah kita harus dikosongkan dari pengaruh-pengaruh manusia atau tokoh-tokoh tertentu, dan sibgah kita hanya murni dengan sibghah Allah saja.
 
Makna Tajarrud dalam syariat ialah kita beribadah semata-mata hanya untuk Allah bukan selain-Nya,. Kita bergerak berdakwah, diam, sembunyi, bersendirian atau bersama semuanya hanya kerana Allah, tidak bercampur aduk  dengan hawa nafsu, dunia, kemegahan, dan kekuasaan.
 
Bila  harus kita  mengosongkan fikrah  dari selain Islam?
 
Jawapannya ; ketika kita berikrar bahwa Allah sahaja  Tuhan kita yang berhak disembah dan nabi Muhammad adalah utusan-Nya. Di mana pun kita berada dan sebagai apapun kita berperanan maka  tetaplah Allah sebagai tujuan dan sentiasa  memenuhi  fikiran kita.

Sebagai pendidik  dan  penyampai yang haq, pasti akan selalu dihadapkan dengan pelbagai kesulitan  dalam berdakwah, Allah berfirman :
 
“Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya Kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, Kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara Kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. kecuali Perkataan Ibrahim kepada bapaknya. "Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah". (Ibrahim berkata): "Ya Tuhan Kami hanya kepada Engkaulah Kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah Kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah Kami kembali." (QS, Al-Mumtahanah :4)

Dalam perjuangan kita perlu  yakini sepenuhnya  meskipun terpaksa  berhadapan dengan keluarga sendiri, Seperti dikisahkan Allah di atas ketika Nabi Ibrahim berlepas diri dari kepercayaan kaumnya ketika itu kerana ditentang keras oleh  ayahnya sendiri.  Begitu juga  tajarrud yang dilakukan Nabi Muhammad SAW yang terpaksa berperang dengan bapa-bapa saudaranya iaitu Abu Jahal dan Abu Lahab.
Sifat Tajarrud perlu dimiliki untuk merapatkan saf para pejuang dakwah dalam menyebarkan Islam, sehingga tidak luak langsung dengan  kepentingan dunia.

Di antara makna tajarrud yang disebut dalam kitab Ruknul Tajarrud, karangan Dr. Abd. Halim Mahmud, salah seorang ulama Al-Azhar Mesir.
Tajarrud ialah meninggalkan atau mensucikan
mensucikan hati dari apa-apa selain Allah
menanggalkan apa yang ada di dalam hati dan akal itu dari apa yang selain kebenaran,
melepaskan diri (Al-Bara’) membebaskan diri dari setiap apa yang disembah selain Allah.

Contoh-contoh Tajarrud

Nabi Muhammad SAW,
Ketika Nabi Muhammad SAW, memulai menyebarkan dakwahnya dari rumah Arqam bin Abi Arqam, yang mana setelah itu beliau dikunjungi oleh  bapa saudaranya Abu Talib dan menyuruh beliau meninggalkan  kerja dakwah itu, nabi berkata :
 “wahai bapak saudaraku sekalipun matahari diletakan di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku aku tak akan meninggalkan urusan ini sehingga Allah menzahirkannya, ataupun aku binasa dalam mendapatkannya."

Salman Al-Farisi  ketika berada  dalam zon selesa dengan harta berlimpah  kerana ia adalah anak seorang penguasa  daerah yang penduduknya menganut agama Majusi (penyembah api). Fizikalnya nampak selesa tetapi jiwanya  merana menyebabkan Salman  bersungguh-sungguh mencari kebenaran dengan perpindah randah  ke negeri yang asing. Sempat ia dijadikan hamba  kerana dikhianati oleh orang yang ingin menghantarnya ke Syam. Akhirnya ia dijual pada seorang  Yahudi bani Quraizah yang membawanya ke kota Madinah. Di Madinah Allah takdirkan  Salman Al-Farisi menemui  kebenaran yang ia cari  iaitu bertemu dengan Nabi Muhammad SAW..
 
Berkorban apa sahaja  demi Islam menyebabkan  Salman sanggup  hilang kemewahan hidup demi kebenaran..
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam"
 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil