Posts

Showing posts from June, 2015

Semoga Ketulusan Doa Semua Islam Akan Menguasai Seluruh Dunia

Image

Ramadhan BulanYang Terbaik..Doa dan Persembahkan Ibadah yang Terbaik

Image

Objektif Ramadhan Kareem

Image
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Marhaban Ya  Ramadhan Semoga Ramadhan kali ini lebih baik buat kita semua berbanding Ramadhan yang lalu. Mudah-mudahan kita semua  tidak akan terlepas peluang-peluang berinfaq dan wakafkan diri untuk mempersembahkan ibadah yang terbaik semata-mata harapkan Redha Allah dan  meraih anugerah  'TAQWA' di sisi-NYA.  Sabtu, 12  JUN 2015 Alhamdulillah, Allah izin ibu berpeluang ikut serta  majlis taaruf bersama wakil  wanita    tujuh NGO termasuk Perkim di Putra Palace, Kangar Perlis dianjurkan oleh wanita  'I' PERLIS. Syukur Allah beri peluang ibu menyaksikan sendiri perjalanan sejauhmana 'adil' dan prihatinnya peranan mereka yang diberi amanah oleh IM alami melayani kami sebagai anak didik mereka di Malaysia. Setelah menyaksikan sendiri barulah ibu faham kenapa masih terdengar rasa tidak selesa di kalangan mereka yang di'abai'kan peranan mereka sebagai Murabbi dan 'syuyukh' dalam IM di Malaysia.  Jika benar

Fahamilah Tujuan Hidup Sebenar

Image
Di dalam Al-Qur’an, Allah SWT mengisahkan doa para malaikat pemikul ‘Arsy dan para malaikat di sekitar ‘Arsy untuk orang-orang mukmin di bumi. Mereka berdoa, رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (7) رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (8) وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (9) “ Ya Rabb kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala! Ya Rabb kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa  mereka, isteri-isteri mereka, dan anak ketur