Posts

Showing posts from August, 2015

Di Ambang Kemerdekaan Kurniaan Allah SWT

Image
Masyarakat  kita  kini rosak kerana budaya pembohongan dan penipuan telah membumi dari peringkat pra sekolah, tadika, sekolah rendah , sekolah menengah , university dan semua  institusi khususnya institusi politik. Rasa  tidak selamat menghantui kehidupan. 'Kepala Negara'  yang mengkhianati amanah rakyat, para professional dan pemikir  yang mengkhianati  syura  ulamak bahkan ulamak  Su yang memenangkan kebatilan menjadi penanda aras betapa  lemahnya Iman  dan  betapa gawatnya  akhlak mereka  yang amat merugikan semua pihak, khususnya  diri sendiri.. Seorang pelajar  tingkatan 6 meluahkan rasa hati setelah mendengar input " Cinta  yang Membawa Ke Syurga".. "sebenarnya  kami faham dan memang hendak sangat merasai nikmat  cinta Allah  dan Rasul sebagai cinta  utama  dalam kehidupan. Masalahnya  'syuur' itu  hilang apabila  kita berada  dalam keluarga dan masyarakat yang mengagungkan cinta sesama  manusia.."..Semua ini bermula  kesan  daripada  siste

Infaq Diri Untuk Deen Allah

Image
Hidup ini indah jika terdidik dengan fikrah madrasah Rasulullah SAW, Insya Allah apabila tersedia  manhaj Rabbani, ada murabbi  dan persekitaran yang tarbawi akan  selamatlah  dari  sebarang penyimpangan dengan izin Allah SWT. Matlamat dunia sering mengganggu perjalanan proses  tarbiyyah yang tulen. Tiga 'ta', harta, takhta dan wanita merupakan penghalang  yang sering merencatkan tarbiyyah jika tidak ditangani dengan proses yang betul.. Murabbi ibu berpesan selalu, usah harapkan natijah yang cepat, jalani dahulu proses yang tulen dengan niat yang suci  dan matlamat yang jelas hanya  mengharapkan keredhaan Allah semata-mata..Insya Allah, natijahnya tidak pernah mengecewakan.. Yang Allah  hendak nilai  bukan natijahnya  tetapi prosesnya ikut tahap demi tahap... Jangan harapkan apa-apa kedudukan seperti  yang berlaku dalam masyarakat kini, berpecah belah kerana rebutkan kepimpinan, rebut kedudukan, rebut  harta dan wanita... Jika benar kita ikhlas, fokus dahulu menjalani

Matri Perlis 2010 - Video Korporat Part 1/2

Image

UOHS : FI ZILAL QURAN ( Mukadimah)

Image
Hidup di bawah naungan Al-Qur'an adalah satu nikmat..hanya   dirasai oleh mereka   yang melalui nikmat   itu..iaitu mereka yang selalu berdamping dengan al-Qur'an, mendalami dan memahami   isi kandungan al qur'an. Kita   perlu bersyukur   kerana berada di bawah   naungan..menjauhkan kita   dari musibah, selamat dari syirik   dan kekufuran, dapat beriman, dapat menjalankan ajaran Al-Qur'an dan sunnah nabi. ini merupakan   nikmat   yang amat   bernilai   dan tidak boleh   tukar   dengan wang   ringgit.. hanya dapat dirasai oleh mereka   yang Semoga   panjang   umur   dalam iman dan panjang umur   dalam beribadah   bukan dalam bala' dan musibah. Nikmat Allah   angkat   kemuliaan dengan memberkati   umur kita. Walaupun umur pendek setakat   30 tahun tapi berkat. Allah sucikan lagi diri dan hati   dengan Al-Quran. Syed   Qutb berkata "Alhamdulillah Allah telah menghidupkan saya di bawah naungan al-Qur'an " beliau   syahid   di sekitar umur   59 t

Menanti Dunia Lain Penuh Kegembiraan

Image
Belum sampai sebulan, tiga kali Allah izin kami berulang alik ke  Zon Tengah, Sungguh! kalau Allah tidak izinkan memang kami tidak mampu..Tetapi kerana -NYA, Allah kurniakan kami kekuatan untuk terus melangkah dan melangkah...hingga akhir hayat..Insya Allah Kali ketiga melangkau jauh sedikit hingga  ke  Tangkak,Johor, ziarah  awal (hanya seketika)  kerana kami  tidak dapat turut  sama memeriahkan Sambutan Hari Raya SmarTop Subur Fitrah Integrated Pre School. Majlis itu pada tarikh yang sama ibu perlu temani  suami berada di sekitar  Bangi.  Tahniah kepada ALP SmarTop. khususnya Dato' dan Datin kerana dapat  rezeki bersilaturahim dengan usahawan  'Chinese Muslim'  yang baik hati..Mudah-mudahan banyak membantu perkembangan tarbiyyah  sekitar Tangkak..Alhamdulillah. Abang ibu sempat mengulas ketidak stabilan politik negara...Nilai mata wang RM jatuh menjunam...Saranannya "elok ramai-ramai kerja luar negeri , Singapura ke, Brunei ke..10 tahun lagi bila ekonomi d

Allah Selamatkan ISLAM

Image
Bangganya mereka mengistyhar duit berjumlah RM2.6 billion itu yang dimasukkan dalam akaun peribadinya itu adalah derma bukan rasuah.. Rakyat mula naik meluat kecuali pegampu-pengampu sekelilingnya sanggup sama menipu hanya mengharapkan habuan dari hamba Allah yang tidak sedar diri. Seolah-olah dunia ini miliknya..dia boleh buat apa sahaja yang dia suka asalkan kepentingannya tidak  terjejas... "Ya Allah, hanya doa yang mampu kupanjatkan pada setiap masa semoga kezaliman ini  segera berakhir.. Gantilah dengan pemimpin bertaqwa dengan apa cara sekalipun yang Engkau izinkan" Ulasan  dan komen di bawah ini lahir dari keperihatinan hati ibu terhadap PAS walaupun  ibu bukanlah ahli yang aktif..Kalau Allah takdirkan idea ibu bermanfaat dapat bantu menegakkan kebenaran melalui PAS, ibu serahkan kepada  Allah SWT urusan itu sepenuhnya. Insya Allah  akan lahir  ribuan Ashabul  Kahfi bakal  membantu PAS. Dalam kegawatan dalam UMNO, ada " setandan pisang"  dalam PA

Ust. Salim A. Fillah - Empat Janji Allah SWT Kepada Manusia

Image

BERDAMAILAH DI ATAS KESATUAN AQIDAH

Image
Alhamdulillah, Sabtu, 1 Ogos  bersamaan dengan 16 Syawal ibu berpeluang ikuti 'Hari Keluarga Haluan Perlis' diadakan di Dataran Terinai, bersebelahan dengan IPTIP..Pemandangannya cukup indah..           Hari Keluarga   Haluan Perlis Ibu tertarik  dengan kata aluan Pengerusi Haluan Perlis; "Kini  kita berada di kawasan tinggi dan akan nampak betapa cantiknya  ciptaan Allah di bawah sana. Sewajarnya  kita perlu rasa izzah dan tinggi dengan Iman dan Islam yang kita junjung selama ini. Kita bersatupun di atas kesatuan yang cukup tinggi nilainya  di sisi Allah iaitu kesatuan atas dasar Akidah yang murni." Terselit  pesanan AS syahid  Syed Qutb rahimahullah; Sesungguhnya  jika  hidup ini dijalankan di bawah naungan Al-Qur'an, dari tempat yang tinggi anda akan melihat jahiliyyah sedang melanda muka bumi ini, konsentrasi pemeluknya yang kecil dan kerdil. Anda juga akan hairan melihat pengetahuan, konsep hidup dan focus (hidup) para penganut jahiliyah i