Di Ambang Kemerdekaan Kurniaan Allah SWT

Masyarakat  kita  kini rosak kerana budaya pembohongan dan penipuan telah membumi dari peringkat pra sekolah, tadika, sekolah rendah , sekolah menengah , university dan semua  institusi khususnya institusi politik. Rasa  tidak selamat menghantui kehidupan. 'Kepala Negara'  yang mengkhianati amanah rakyat, para professional dan pemikir  yang mengkhianati  syura  ulamak bahkan ulamak  Su yang memenangkan kebatilan menjadi penanda aras betapa  lemahnya Iman  dan  betapa gawatnya  akhlak mereka  yang amat merugikan semua pihak, khususnya  diri sendiri..

Seorang pelajar  tingkatan 6 meluahkan rasa hati setelah mendengar input " Cinta  yang Membawa Ke Syurga"..
"sebenarnya  kami faham dan memang hendak sangat merasai nikmat  cinta Allah  dan Rasul sebagai cinta  utama  dalam kehidupan. Masalahnya  'syuur' itu  hilang apabila  kita berada  dalam keluarga dan masyarakat yang mengagungkan cinta sesama  manusia.."..Semua ini bermula  kesan  daripada  sistem Islam tidak mentadbir kehidupan manusia, tetapi hanya ditadbir secara serpihan.

Ibu amat bersyukur dan rasa selamat, harmoni dan lega apabila pihak kepimpinan Haluan mengisytihar tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana badan politik, sebaliknya akan terus mendidik dan berbakti mengajak masyarakat memahami Islam sebagai cara hidup yang lengkap..bermula dari proses jiwa dengan manhaj Rabbani... terus menerus  menjana para da'ie  dan da'ieyah professional  di kalangan  generasi  pewaris.. Insya Allah semoga Allah berkati usaha  mulia  ini di sisi-NYA.

Dua hari di Langkawi berbekalkan buku '10 Kekasih Allah' ditulis oleh Ibn Qaiyyim Al-Jauzi memudahkan ibu buat persiapan usrah guru-guru.. Ibn Qaiyyim al Jauzi merujuk surah Al-Ankabut:69 yang bermaksud;
"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari KEREDHAAN KAMI, BENAR-BENAR akan  KAMI   TUNJUKKAN  JALAN-JALAN  KAMI"

Menurut  Ibn Qaiyyim Al-Jauzi, Allah SWT menggantungkan  hidayah-NYA pada  jihad. Jadi manusia  yang paling  sempurna  mendapatkan hidayah-NYA  adalah yang paling besar di dalam  jihad (perjuangan)nya. Dan jihad  yang paling diwajibkan  ialah;

1. Berjihad  atas  diri  sendiri
2. Berjihad  atas  hawa nafsu
3. Berjihad  atas  syaitan
4. Berjihad  atas Dunia
 
Guru-guru yang mendengar input ini tersedar betapa lama mereka larut dalam suasana  kerja sekolah KPM yang serba menekan..hilang rasa  enjoy jadikan kerjaya sebagai medan ibadah dan jihad...Berpunca  dari system Islam  tidak mentadbir  tetapi hanya ditadbir..Sampai  bila????


Syuyukh perlu selalu berada  bersama pemuda  agar menjadi rujukan..
Ibu amat tersentuh  hati mendengar  bekas pelajar  MATRI (student Al-Azhar  sedang bercuti )  memberi ceramah kepimpinan kepada pengawas-pengawas terpilih  sekitar Perlis.
 
Tajuk  ceramahnya  'Pemimpin Berfikir'.
100% penyampaiannya  merujuk Qur'an  Dan Hadis di mana  slide  power pointnya  disediakan oleh team  Latihan Haluan Malaysia. Mereka  memang  sudah  sedia  terdidik oleh Murabbi  yang Rabbani sejak tingkatan 1 dengan Manhaj  Rabbani dan  Persekitaran yang Rabbani. Team Alumni muda  ini  mampu  mengurus selia program  sendiri  dengan penuh disiplin dan  ulasan  yang menarik  hati..
 
Mengulas  'slide' tersedia  dengan persediaan  yang penuh rapi, bukan sekadar  'melepaskan batuk  di tangga'
Di antara  ulasannya  merujuk  Firman  Allah  dalam surah Al-Alaq ayat  14-16   yang bermaksud ;
14. Tidakkah  dia  mengetahui bahawa  Allah  MELIHAT (segala  perbuatannya)?
15. Sekali-kali  tidak!  Sungguh, jika  dia TIDAK  BERHENTI  (berbuat  demikian) nescaya  KAMI  Tarik  ubun-ubunnya  (ke dalam  neraka)
16. (iaitu)  ubun-ubun  orang  yang mendustakan  dan durhaka.
Penceramah  muda  berusia  20an itu  bertanya  peserta-peserta 
"Di mana  letaknya  ubun-ubun?
"Kenapa  ubun-ubun  ditarik  ke Neraka?? .
Memang logik persoalan yang dikemukakan...
Rupa-rupanya  kederhakaan bermula  dari corak  pemikiran yang keluar  dari  bahagian otak  sekitar  ubun-ubun, iaitu  di hadapan kepala  kita...
Sebaik-baiknya  bacalah  kajian  tentang  otak  di bahagian  ubun-ubun di sesawang  http://didik-hatiku.blogspot.com/2013/02/ubun-ubun-orang-yang-berdusta.html


Jika cara  fikir  sudah membelakangkan Allah   dan mengutamakan  logic akal  semata-mata (ikut  cara secular) maka  EGOlah yang menguasai kepimpinan..

Apabila  Ego tinggi secara otomatik Iman melemah , hilang dan futur. Maka akhirnnya tiadalah kerendahan  hati bahkan tiada lagi  ihsan  untuk menjaga  silaturahim  dan maslahat ummah, bahkan sentiasa membawa mudharat demi mudharat...

Hilangnya  IMAN yang memandu kehidupan menghayati Islam secara  syamil , kamil  dan mutakkamil...

Tanpa  IMAN yang benar di kalangan  pemimpin, Islam  hanya  ditadbir  bukan MENTADBIR..

Tanpa  IMAN, hawa nafsu  yang mengurus  kehidupan seharian. Penyakit sombong, takabur, hasad  dengki,  'ujub dan riya' menyusup membatalkan amal...Inilah syirik yang tersembunyi yang menipu daya berlaku dalam kehidupan  kepimpinan umat Islam sekarang.. Mereka termasuk  di dalam perangkap tipu daya  Syaitan dan terjerat  dalam perangkap  musuh-musuh Islam

Terdetik  di hati  dan terlintas  dalam fikiran;


1. "Tidakkan pemimpin-pemimpin Islam  di dunia  yang menipu  dan tertipu sedar akan peringatan ini..ubun-ubun mereka  akan ditarik  ke neraka  kerana  mendustakan  dan derhaka.."


2. Walaupun Malaysia  sudah  diisytiharkan Merdeka  sejak 31  OGOS 1957 namun selagi  Al-Qur'an  dan hadis  tidak mentadbir..hakikat sebenarnya  kita semua  masih belum Merdeka kerana  generasi  pewaris masih mengagungkan system secular, mensyirikkan Allah  dengan mengikut kehendak hawa nafsu.


3. Terima  kasih  ya Allah..di atas  hijrahku yang Engkau  aturkan   dengan sangat mudah ini..


Sesungguhnya  amat  banyak manfaat dan nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku..berfikir  terus  berfikir demi maslahat  ummah  akan datang. Semoga  Engkau Merdekakan kami semua  dari azab-MU..dari azab kubur dari  azab  di Padang Mahsyar dan dari azab  api  Neraka...

Hakikat  Merdeka sebenarnya  adalah  BEBAS dari penghambaan kepada manusia dan dapat  menghambakan  diri kepada  Allah  dalam seluruh aspek kehidupan...

" Ya Allah, berilah kami pertolongan dengan ketaatan kepada-MU dan janganlah Engkau merendahkan kami  dan menghinakan kami  dengan derhaka kepada-MU. Ya  Allah sebar luaskanlah kefahaman Islam yang syamil, kamil dan mutakkammil  ini  membumikan  'rahmatan lil alamin' melalui  janaan  generasi  pewaris  kami yang jelas  fikrahnya hanya  mengharapkan keredhaan-MU"


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil