Posts

Showing posts from October, 2015

Awas! Racun Hati~ Bermula Dari Pandangan

Image
Persoalan : Fitnah  yang paling besar buat lelaki adalah WANITA Mana-mana lelaki tidak akan mampu menggapai nikmat iman dalam erti kata sebenarnya jika fitnah ini telah tersangkut dalam hatinya.. Ibu amat risau memikirkan anak-anak  yang dididik  dengan keimanan masih berharap  ingin ada 'girl friend' seperti  rakan mereka  dari sekolah harian biasa... Mungkin  ini di antara  hikmahnya Allah terbangkan ibu dari  Johor  ke  Perlis..Wallahu alam.. Alhamdulillah..Allah  yang aturkan  peranan ibu sebagai Muhajirin di MATRI melengkapi sekadar  apa yang ibu mampu secara sukarela dengan sokongan  para Ansor yang telah mengharungi susah payah merintis memantap dan mengukuhkan sistem tarbiyah Islamiyah lebih  30 tahun lamanya...Kadang kala terasa  malu kerana tidak berpeluang merasai kesusahan para Murabbi  di peringkat  awal menubuhkan MATRI.. Justeru   itu memang  ibu tidak berani hendak memandai-mandai  campur tangan, kecuali pihak Matri yang menawarkan  tugas  mengikut keperlua

Fakta Islam yang disembunyikan....

Image
Zaman keemasan Islam telah  merintis  ilmu pengetahuan moden  yang kita  guna pada hari ini. Merekalah yang membangkitkan  kesedaran orang Eropah agar keluar dari zaman kegelapan...

Menjemput Rezeki Penuh Barokah

Image
Menjelang hari Asyura..teringat  cucu ibu bernama  Musthofa  Maher  dilahirkan  pada 10 Muharam 1436 Hijrah..Kini genap umurnya setahun Semalam mendengar input berkaitan menjemput rezeki dari langit melalui Istighfar, bertaubat, bersujud dan bersedekah.. ditambah lagi  dengan mendengar You tube di bawah. Alhamdulillah, barulah  faham apabila selalu diingatkan bahawa  rezeki, jodoh  dan  ajal memang sudah Allah aturkan..usah  kita  'stress' memikirkan  rezeki, jodoh dan ajal. Allah  akan cukupkan rezeki dan  berikan jodoh terbaik  jika  kita ikhlas memperhambakan  diri hanya sanya kepada-NYA. Menunggu ajal yang akan tiba bila-bila  masa, bersedialah dalam keadaan memurnikan Tauhid yang diredhai-NYA.     Dua hari sebelum itu terbaca buku tafsir tentang intipati surah Dhuha dari Quran Energizing..sangat menarik tentang hakikat 'kekayaan' adalah kaya hati, jiwa 100% bergantung harap hanya kepada Allah dan tidak mengharap walau sedikitpun kepada makhluk. Kaya  ata

1437 Hijrah..Move On Cari Redha Allah

Image
Sebelum 1 Hijrah 1436 yang baru berlalu , ibu mohon agar Allah kurniakan Tahun Harmoni.. Alhamdulillah  sepanjang tahun Hijrah 1436, Allah kurniakan  rasa tenang, damai dan harmoni walaupun dunia sedang mengalami  pelbagai kegawatan, khususnya kegawatan akidah, kegawatan ibadah dan kegawatan akhlak. Semua  kegawatan ini timbul  berpunca daripada tidak wujudnya kesatuan akidah, kesatuan fikrah dan kesatuan amal di kalangan pemimpin Islam di dunia. Murabbi ibu berpesan " inilah hasil atau natijah apabila Islam diperintah. Kepala pemerintah ambil Islam ikut apa yang depa suka..yang mana depa  tak suka, tidak dilaksanakan . Insya allah  segala kegawatan ini akan pulih apabila Islam memerintah diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, Islam memerintah negara kita bahkan dunia seluruhnya sebagai rahmatan lil alamin" Hari ini 1 Muharam, impian ibu sempena tahun 1437 Hijrah, sekurang-kurangnya dapat menjadi burung ciak memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim ..dapat menyumbang

KEKELIRUAN UMAT DAN JEREBU PEMIKIRAN

Image
Dua minggu mutakhir  ini  seluruh Malaysia kecuali Kelantan isytihar  cuti  sekolah kerana  keadaan jerebu semakin teruk termasuk di Perlis. Kali pertama  di hujung tanah air juga diserang jerebu.. alam berkata-kata kepada manusia.. Ada yang persoalkan kenapa  Kelantan tidak dilanda  jerebu? Allah izin tepat pada masanya sebelum itu  MB Kelantan ingin membawa usul undang-undang Islam ke Parlimen buat kali ketiga..walaupun kali pertama dan kedua  tidak diedahkan oleh pemimpin  yang mengaku  dirinya Islam..Isu ini berlaku selepas 4 peguam yang mengaku  diri  sebagai Muslim tetapi tergamak menyaman TGHA kerana isu  seperti di atas. Sedangkan TGHA berusaha dan ingin  mendauatkan undang-undang Allah di bumi Malaysia... Mengaku Muslim tetapi masih tidak yakin dengan undang-undang  yang pasti akan  menyelamatkan dirinya, ahli keluarga, masayarakat bahkan seluruh alam  di dunia  dan akhirat.. Benar kata Mufti Perlis...mereka  melihat sesuatu isu  ikut  cermin diri masing-masing..