Awas! Racun Hati~ Bermula Dari Pandangan

Persoalan :
Fitnah  yang paling besar buat lelaki adalah WANITA
Mana-mana lelaki tidak akan mampu menggapai nikmat iman dalam erti kata sebenarnya jika fitnah ini telah tersangkut dalam hatinya.. Ibu amat risau memikirkan anak-anak  yang dididik  dengan keimanan masih berharap  ingin ada 'girl friend' seperti  rakan mereka  dari sekolah harian biasa... Mungkin  ini di antara  hikmahnya Allah terbangkan ibu dari  Johor  ke  Perlis..Wallahu alam..

Alhamdulillah..Allah  yang aturkan  peranan ibu sebagai Muhajirin di MATRI melengkapi sekadar  apa yang ibu mampu secara sukarela dengan sokongan  para Ansor yang telah mengharungi susah payah merintis memantap dan mengukuhkan sistem tarbiyah Islamiyah lebih  30 tahun lamanya...Kadang kala terasa  malu kerana tidak berpeluang merasai kesusahan para Murabbi  di peringkat  awal menubuhkan MATRI.. Justeru   itu memang  ibu tidak berani hendak memandai-mandai  campur tangan, kecuali pihak Matri yang menawarkan  tugas  mengikut keperluan semasa..
Amat terharu rasanya memenuhi permintaan putera-putera  tingkatan 5 ingin mendengar ibu berkongsi sumber inspirasi  seperti mana  ibu  memenuhi permintaan para puteri  tingkatan 5 di asrama Puteri untuk menangani  ketidak stabilan emosi menjelang peperiksaan  SPM  minggu  hadapan..

Siang sebelum beri ceramah, Allah izin berpeluang merawat seorang  ibu tunggal jatuh hati dengan anak didiknya, sukar untuk melupakannya hingga  menangis. Petangnya kepala ibu 'pusing' hingga  muntah seperti ada gangguan 'marah' memisahkan mereka 'bercinta' tanpa  nikah. Ibu serahkan urusan kepada Allah yang maha mengetahui  urusan ghaib..Wallahu alam

Ini di antara 'maksiat' yang syaitan nampakkan indah hingga lupa diri...Isu  menjaga  pandangan menjadi fokus  utama agar jiwa anak-anak tidak diracuni dengan panahan mata dari golongan yang bukan mahramnya.. Bahkan trend ada 'boy friend' dan 'girl friend' yang merupakan 'perangkap musuh/syaitan'  telah membumi dan menjadi budaya dalam masyarakat , apa tah lagi amat sukar untuk  dibenteras. 

Syukur  Alhamdulillah bekalan IMAN yang bertakhta  di jiwa  putera puteri MATRI amat memudahkan tugas ibu menyedarkan mereka  agar melupakan budaya 'couple'  yang merosakkan iman. Mereka  telah dididik dengan jiwa 'Dengar dan patuh'. Nilai kalian amat  mahal di sisi Allah..amat sukar  mencari  remaja sepatuh  ini dalam reality sekarang.. Bermulalah kisah ibu jatuh cinta  dengan sistem pendidikan di Matri.. Mereka telah dididk  ibarat tanah gembur, sentiasa sedia menerima  baja dan siraman air untuk terus subur..

Amat jauh bezanya ketika  ibu berhadapan dengan murid-murid  di KPM..ibarat  mencurah air  di daun keladi..namun tidak dinafikan, tidak sampai  10%  yang menghargai..mungkin  mereka adalah anak-anak  yang mendapat didikan Islam dari rumah masing-masing.


Ibu perasan isu pandangan ini amat penting  ketika mengadakan  sesi inspirasi   untuk putera puteri Tingkatan 3 (berasingan). Rupa-rupanya ada di antara  mereka baru tersedar bahawa tidak menjaga  pandangan itu adalah 'DOSA'.  Fokus ini adalah ilham daripada tadarus  Quran setiap  minggu sebelum halaqah, membaca  surah An Nur yang amat penting bagi kaum wanita.. Kami terbaca  tafsir Ibn Katsir yang menyatakan panahan mata  itu bagai  racun merosakkan hati...Justeru itu amat benarlah   Allah SWT  berfirman :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". 
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” [QS. An-Nuur : 30-31].
Ibnu Katsir berkata : Ini adalah perintah dari Allah ’azza wa jalla kepada hamba-hamba-Nya mukminin untuk menundukkan pandangan-pandangan mereka dari perkara-perkara yang diharamkan bagi mereka. Mereka tidak memandang kecuali pada apa yang diperbolehkan bagi mereka dan untuk menundukkan pandangan dari yang diharamkan, apabila kebetulan memandang kepada yang haram tanpa disengaja maka langsung memalingkan pandangannya secepat mungkin”
Al-Hafidh Abu Bakr Al-Amiriy rahimahullah berkata ketika menafsirkan ayat {قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ”Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya”.
Begitu juga  Allah  berfirman untuk kaum wanita  mukminah:
 {وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

”Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” - sebagai penekanan dalam masalah pandangan dan sebagai kehati-hatian dalam menjaga kemaluan dari zina dan bahaya yang lain, dan agar orang tidak salah pfham bahawa perintah itu khusus bagi laki-laki saja.

Ibnul-Qayyim Al jauzi mengingatkan :”Allah memerintahkan Nabi-Nya shallallaahu ’alaihi wasallam agar memerintahkan kaum mukminin untuk menundukkan pandangan mereka, menjaga kemaluan mereka, dan memberitahukan kepada mereka bahawa Allah menyaksikan amal-amal mereka. Allah berfirman :
يَعْلَمُ خَائِنَةَ الأعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ
”Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati”[QS. Ghaafir : 19].
Hampir semua  punca kegawatan akhlak bermula dari salah guna pandangan. Maka Allah menjadikan perintah menundukkan pandangan lebih dahulu daripada menjaga kemaluan.
Ibnul-Qayyim berkata pula :”Ketika menundukkan pandangan itu adalah inti untuk menjaga kemaluan, maka Allah memulai penyebutannya dengan menundukkan pandangan, dan kerana pengharamannya adalah pengharaman wasilah/perantara (untuk menuju maksiat) sehingga kadang dibolehkan kerana adanya maslahat yang lebih besar, dan kadang diharamkan apabila dikhawatirkan adanya kerosakan yang tidak ada padanya maslahat yang lebih besar daripada kerosakan tersebut." 
Maka Allah tidak memerintahkan untuk menundukkan pandangan secara mutlak, tetapi memerintahkan untuk menundukkan sebahagian saja. Adapun menjaga kemaluan, maka tetap wajib dalam setiap keadaan, dan tidak diperbolehkan kecuali dengan haknya. Oleh sebab itu, Allah mengumumkan perintah untuk menjaganya dan Allah telah menjadikan mata sebagai cermin hati. Apabila seorang hamba itu menundukkan pandangannya, maka hatinya akan menundukkan syahwat dan keinginan-keinginannya.
Salah guna pandangan mengundang masalah kerana "Dari  mata  turun ke hati dan meransang kemaluan"..maka  bermulalah  bibit-bibit  "Zina" (zina mata, zina hati, zina tangan dan seumpamanya)...Inilah dosa  yang tidak disedari oleh para remaja Islam hari ini..di antara  punca yang menyebabkan hati rasa resah gelisah..emosi  tidak stabil hingga melemahkan Iman.
Tips yang dibekalkan untuk menangani emosi dengan TAQWA  adalah  Mengukuhkan Tauhid..hanya Allah yang dicintai dan dirindui. 
Setiap kelas  Inspirasi  ibu  lebih  berfokus kepada  VISI membina peradaban  dan rumah kita di syurga.  Jika benar  cintakan Allah..laksanakan segala  perintahnya dan jauhi segala larangan-NYA. 
Dalam masa yang sama 'anak-anak'  perlu mujahadah  menghancur  dan menguburkan  segala  Syirik seperti  menduakan Allah  dengan segala  keinginan  hawa nafsu (keinginan kepada  wanita bukan muhrim, takhta dan harta)..Fokus  dapat  'A' dalam penghayatan Akidah, Ibadah  dan Akhlak..Insya Allah, Allah akan kurniakan A dalam semua subjek dalam PT3  dan SPM... Natijah adalah milik Allah..Jika  tidak dapat, kalian tidak akan kecewa  kerana telah usahakan A dalam Akidah, Ibadah  dan Akhlak..ini lebih bernilai di sisi Allah untuk mendapat syurga-NYA
Ya  Allah ganjarilah pengorbanan anak-anak MATRI ini dengan rezeki ilmu bermanfaat , iman yang mantap serta  harta yang berlimpah ruah untuk diinfak kelak.. Insya Allah  merekalah nanti akan meneruskan tugas  sebagai perjurit  akidah kelak.. Aamiin

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil