KEKELIRUAN UMAT DAN JEREBU PEMIKIRAN
Dua minggu mutakhir ini seluruh Malaysia kecuali Kelantan isytihar cuti sekolah kerana keadaan jerebu semakin teruk termasuk di Perlis. Kali pertama di hujung tanah air juga diserang jerebu.. alam berkata-kata kepada manusia..
Ada yang persoalkan kenapa Kelantan tidak dilanda jerebu?
Allah izin tepat pada masanya sebelum itu MB Kelantan ingin membawa usul undang-undang Islam ke Parlimen buat kali ketiga..walaupun kali pertama dan kedua tidak diedahkan oleh pemimpin yang mengaku dirinya Islam..Isu ini berlaku selepas 4 peguam yang mengaku diri sebagai Muslim tetapi tergamak menyaman TGHA kerana isu seperti di atas. Sedangkan TGHA berusaha dan ingin mendauatkan undang-undang Allah di bumi Malaysia...
Mengaku Muslim tetapi masih tidak yakin dengan undang-undang yang pasti akan menyelamatkan dirinya, ahli keluarga, masayarakat bahkan seluruh alam di dunia dan akhirat..
Benar kata Mufti Perlis...mereka melihat sesuatu isu ikut cermin diri masing-masing.. Setiap hari nampak kekotoran pihak lain..tapaa sedar cermin rumah sendiri tidak pernah dibersihkan..
Benar kata Mufti Perlis...mereka melihat sesuatu isu ikut cermin diri masing-masing.. Setiap hari nampak kekotoran pihak lain..tapaa sedar cermin rumah sendiri tidak pernah dibersihkan..
Tindakan mereka yang anti undang-undang Allah ini diwakili oleh golongan Liberal/ Sekular telah mengelirukan masyarakat Islam, khususnya parti politik yang baru ditubuhkan kerana menyingkirkan diri dari parti Islam yang sudah lama bertapak di bumi Malaysia. Murabbi ibu berikan pandangannya "Lepas puak-puak liberal itu keluar...baru nampak clear matlamat PAS dan mereka yang ingin menghayati Islam yang tulen lebih yakin untuk menyokongnya.."
Dalam banyak keluarga menghadapi kekeliruan dan fikiran berjerebu di kalangan penyokong yang taasub dengan DAP dan PAN. Ada yang berulang-ulang menggunakan bahasa yang tidak sopan menghina golongan ulamak sebagai 'ular dalam semak'. Semoga Allah beri peluang kepadanya untuk bertaubat kerana mempermain dan memperlekehkan golongan 'warisatul anbia'..
Ibu rasa amat bersyukur salah seorang abang dengan tegasnya menegur ahli keluarga yang keliru dengan fikiran yang teruk berjerebu agar membetulkan 'filter iman' masing-masing.
Menurutnya "Soal akidah tidak ada kompromi..suka atau tidak kena tegas.. kena respect ulamak. PAS sudah lama berjuang berdasarkan kepimpinan ulamak..sekurang-kurangnya sudah cuba membuat undang-undang hudud. Ini sebabnya PAS dibenci oleh sekutu-sekutunya dan disabo dari munafik-munafik dalam...itu yang wajib kamu fikir..guna otak" Siap dengan dalil disertakan;
Terus senyap wakil-wakil PAN dalam group wassap keluarga TOP 13. Fikirlah sedalam-dalamnya..kehidupan kita di dunia ini bukannya lama. Silap pilih jalan menjadi kuda tunggangan puak liberal merencatkan perjalanan golongan ulamak menyelamatkan ummah dan generasi pewaris kita dari terus menjadi mangsa penjajahan. Buktinya kes murtad semakin rancak di Malaysia dan Indonesia..di Filipina hanyut terus..ramai umat Islam murtad dikerjakan oleh puak liberal yang merata. Inilah padahnya umat Islam sendiri memperlekehkan golongan ulamak.. Benarlah kajian menyatakan lemahnya umat Islam kerana tidak meningkatkan budaya membaca al -Qur'an..
Mereka sangat lemah dalam 4 aspek berikut;
1. Thinking skill ( hanya fikir kepentingan di dunia tetapi tidak fikir menjangkau keselamatan di akhirat..sepatutnya fokus 'Kejarlah Akhirat tetapi jangan lupa bahagianmu di dunia)
2. Problem solving (gagal atasi masalah kerana terlalu turutkan hawa nafsu, tidak guna iman)
3. Decision making ( keputusan ikut nafsu, tidak syura terlebih dahulu..selepas itu baru istikhorah)
4. Writing skill (malas mencatat membuktikan budaya malas membaca..wallahu alam)
Sebaliknya di Eropah memang ramai orang mempunyai 4 kemahiran di atas mulai berjinak dengan al-Qur'an bahkan ramai perbaiki diri, mereka berbondong-bondong masuk Islam.. Masya Allah..
Comments
Post a Comment