Posts

Showing posts from November, 2015

Menangani Salah Faham Tentang Poligami

Image
Berita mutakhir yang selama ini didiamkan untuk mengelak silap faham akhirnya dihidu jua mencetuskan pelbagai persepsi yang membimbangkan. Ibu diingatkan memainkan peranan agar  bantu  memberikan penjelasan agar  'berita-berita negatif' tidak  tersebar  hingga  merosakkan amal orang  yang mempersoalkannya.  Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. pernah bersabda,  ‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah dan pada keduanya terdapat kebaikan. Carilah apa saja yang bermanfaat untuk dirimu dan mintalah pertolongan kepada ALlah dan janganlah kamu patah semangat. Apabila musibah yang menimpamu janganlah kamu katakan, ‘seandainya aku melakukan ini dan itu.’ Tetapi ucapkanlah, Qadarallah masyaa fa’ala (demikianlah takdir ALlah, apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan) .’ Sebab kata seandainya dapat membuka pintu masuk syaitan, ” (HR Muslim [2664]). Kebanyakan  kau

GPS TO JANNAH

Image
Perjalanan mencari destinasi yang ingin kami tuju di Alor Star menggunakan Waze  yang telah di 'set up' oleh anak  kami dalam hp ayahnya.. Allah izin kami sampai hampir masuk Zohor. Kami ke masjid dahulu..selesai Zohor mencari juadah masakan kampong berhampiran masjid... Subhanallah Allah izin ada yang menegur amat mengenali suami ibu..Beliau adalah bekas wakil rakyat PAS yang kalah dengan MB Kedah semasa PRU 13 yang lalu. Rezeki dari orang soleh, semoga berkat kesungguhannya belanja kami makan tengah hari itu. Dalam reliti  hidup nafsu nafsi...amat sukar mendapat  anak didik yang perihatin mengenali murabbinya bahkan mengambil berat..Kami doakan kejayaannya terus memimpin ummah pada masa hadapan..InsyaAllah. Semoga bahagia hidupnya di dunia dan akhirat berbekalkan Al Qur'an dan Hadis merupakan dua sumber GPS yang menyelamatkan kita semua dari kesesatan.. Global positioning System ( GPS)  kini amat meluas digunakan bagi memudahkan pemandu cepat sampai ke destinasi  yang