Posts

Showing posts from April, 2015

Menggilap Potensi 6 : TAAT

Image
  Sahabat/Sahibah, marilah bersama  kita bersatu hati  untuk tundukkan  ego  dan patuhlah kepada kepimpinan beriman dan bertaqwa demi memenangkan kebenaran dan menguburkan segala kebatilan! Sehubungan dengan  tajuk di atas, Ibu ingin berkongsi kisah yang pernah didengar semasa  zaman Sheikh Abdul Kadir Jailani, seorang  wali Allah, guru yang mursyid di mana semua sheikh atau murabbi sezaman ingin berbai'ah dengannya. Hanya ada seorang sahaja sheikh yang tidak ingin berbaiah dengannya kerana mempertahankan egonya. Sheikh itu bermimpi menyembah berhala. Pada keesokkan paginya sheikh tersebut membawa semua anak muridnya ke suatu tempat dan mengetuk pintu lalu keluarlah seorang  wanita  cantik hingga menawan hati sheikh tersebut. Melihatkan terlalu ramai yang mengikut, maka wanita itu menutup pintu. Murid-murid sheikh itu memujuknya agar pulang namun sheikh itu tidak mahu kerana terlalu cinta kepada  wanita cantik itu. Semua  muridnya pulang setelah gagal memujuk gurunya untuk pula

Menggilap Potensi 5 ~ At-Thadiyah (Pengorbanan)

Image
           Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu .  (Surah Muhammad:7) Kita semua sudah  sedia maklum  bahawa da'wah  memiliki  'marhalah' atau  tahap-tahap dan setiap tahap  memiliki karakter  yang unik dan tersendiri.  Ketika  ini, da'wah telah memasuki tahap  'Mihwar Dauli', di mana diperlukan peringkat  yang sesuai agar mihwar  ini   akan  terlaksana dengan baik dan lancar. Semakin bertambah tahap, bertambah pula tanggung jawab terhadap da'wah, kerana semakin berat  cabaran  dan ujian yang  bakal dihadapi.  Apabila  cabaran  yang dihadapi semakin berat, maka  di sinilah  amat  perlunya  pengorbanan (Tadhiyah) yang tinggi daripada  para pendukungnya, iaitu para Da'i Ilallah.  Justeru itu Imam As syahid  Hasan al-Bana  menyusun   Rukun bai’ah ke-5   adalah  At-tadhiyah.   “segala sesuatu yang tidak  mampu  diraih semuany

Menggilap Potensi 4~ JIHAD

Image
Ketika membaca  Arkanul baiah ke-4  oleh  Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib ibu tertarik dengan pandangan luas As Syahid Syed Qutb.    Pengarang Fi Zilalil Quran menyebut:                “Sesungguhnya manusia yang paling bersemangat dan maju ke  depan, kadang-kadang adalah orang yang paling pengecut dan mundur apabila berhadapan dengan sesuatu peristiwa. Bahkan ini mungkin boleh dijadikan kaedah. Ini adalah kerana terlalu bersemangat dan maju kedepan kebiasaannya berpunca dari tidak tahu menilai hakikat sesuatu tugas, bukannya berpunca dari sifat berani dan tahan lasak. Ianya juga berpunca dari sikap tidak tahan menanggung kesempitan dan derita, lalu sifat tidak sabar  itu mendorongnya bergerak ke hadapan untuk mengalahkan musuh tanpa menilai kekuatan dan ketahanan diri sendiri. Jadi apabila mereka berhadapan dengan realiti dan mendapati bahawa tugas itu lebih berat dari yang disangka, mereka menjadi saf yang pertama mundur dan tumbang.  Tetapi orang yang tahan lasak dan tidak