Posts

Showing posts from May, 2015

Usrah Baitul Dakwah 2

Image
Murabbiku berpesan; "'Hari ini ada amal tetapi tiada hisab...hari esok (kiamat) adalah hari hisab, tiada lagi peluang beramal... Alangkah amannya dunia jika semua manusia yakin dengan adanya yaumul hisab..hari di mana segala amal dikira di padang Mahsyar... Dengan keimanan  kepada hari Akhirat, tiada manusia  yang berani  menindas dan menzalimi orang lain bahkan tersebarnya kasih sayang kerana  Allah seluas-luasnya. Justeru itu betapa pentingnya  kita semua  mengikut  ajaran ar Rasul. Apa yang Rasul ketahui dan kita tidak ketahui?  Sehingga  jika kita mengetahui apa yang Rasul ketahui kita akan sedikit tertawa  dan banyak menangis.... Sabda Rasulullah  SAW yang bermaksud; "Syurga dan neraka ditampakkan kepadaku, maka aku tidak melihat kebaikan dan keburukan  seperti hari ini. Seandainya kamu mengetahui apa yang  aku ketahui, kamu benar-benar akan sedikit tertawa  dan banyak menangis" Anas bin Malik ra.~ Perawi hadis  ini mengatakan; "Tidaklah ada satu ha

Hikmah Sempena UIang Tahun Isra' Mikraj

Image
Jumaat, 26 Rejab 1346 Hijrah, MATRI dikunjungi oleh bekas paderi  bernama  Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam  yang pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun. Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Sejak menganut Islam pada 4 September 1978,  beliau lebih mesra dipanggil Ustaz Ayub Abdul Rahman kini  berusia sekitar 60an..  Beliau  adalah tokoh yang  paling layak membandingkan  ajaran Kristian dan  Islam kerana amat mengetahui  isi dan selok belok kitab Injil  bahkan sehebat itu juga pengetahuan dan amalannya kini terhadap Islam, tidak ada sesiapa dapat mempertikaikan ketokohannya ala 'Ahmad Deedat' alaf baru. Syukur, Allah selamatkannya kerana terdetik di hatinya  untuk menolong orang Islam masuk syurga.  Hasrat  hati ingin sangat  mendengar sendiri

Usrah Baitul Dakwah 1

Image
Tazkirah selepas Maghrib Petua Mengekalkan Kebahagiaan atau Kejayaan  merujuk Hadis Nabi SAW   Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: " Sesungguhnya telah berjaya seseorang itu yang beriman dengan ikhlas, menjadikan hatinya suci (dari syirik dan kekufuran) ucapannya jujur dan benar, jiwanya tenang (orang yang banyak berzikir dan melaksanakan segala perintah Allah akan mendapat ketenangan), baik budi pekertinya, menjadikan telinganya mendengar (nasihat) dan matanya melihat kepada kebenaran. (HR Musnad Ahmad) 7 sifat orang yang Berjaya   1. Beriman  dengan ikhlas 2. Hatinya sentiasa disucikan 3. Lidah dan lisannya benar tidak berdusta 4. Jiwanya  sentiasa tenteram dan tenang  mengingati Allah 5. Istiqomah berakhlak mulia 6. Suka mendengar  nasihat 7. Matanya sentiasa cenderung melihat kebenaran   7 Sifat ini akan membawa  kebahagiaan  berpanjangan, insyaAllah. Lebih bahagia  lagi jika seseorang  itu suka bersedekah;

Menggilap Potensi 8 ~ TAJARRUD

Image
Selasa malam Rabu, rutin mingguan mendengar  Daurah @ pengisian ilmu daripada syuyukh UOS dan UHO  dalam rangka  'murajaah'@ mengulang kaji kupasan Arkanul baiah pertama Al Fahmu , kini masuk usul ke-18. Para syabab selalunya sibuk merujuk buku mengulangkaji apabila menghadapi peperiksaan.. Para syuyukh yang ibu perhatikan, mereka sentiasa  merujuk pelbagai buku ulamak muktabar  dalam bahasa Arab, diterjemah terus dan salin dalam bahasa  Melayu untuk dikongsi dengan anak didik. Setiap hari buat persiapan bagai menghadapi peperiksaan besar..iaitu kerja dakwah dan tarbiyah yang perlu kita  jadikan  darah daging  dalam kehidupan.   Menariknya usul ke-18, Imam Hasan Al Bana  menjelaskan; "Islam telah memuliakan peranan akal dan memberi galakkan supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam  setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari mukminin dan sekiranya dia menju

Harumanis Iman

Image
Musim mempelam harumanis sudah bermula di Perlis. Ramai yang mengeluh kerana harganya melambung  hingga RM32 sekilogram, gara-gara dipajak oleh pencinta  Harumanis dari luar Perlis. Sebelum Harumanis dikenali harganya hanya RM5 sekilogram, kemudian menjadi RM12, seterusnya meningkat ke RM18. Kini Jabatan Pertanian Perlis sudah tetapkan RM21-RM32 sekilogram mengikut gred buahnya. Harga  ini melambung  apabila Raja Perlis  dan Mufti mempromosinya lebih-lebih lagi pengeluarannya  dalam tempoh yang  singkat (selama sebulan sahaja) antara penghujung  bulan April hingga hujung bulan Mei. Tambahan bulan Mei pula Perlis  meraikan hari Keputeraan Rajanya, maka ramailah pembesar dari luar telah menempah mempelam Harumanis menjadi buah tangan untuk keluarga  di lokaliti masing-masing. Mungkin harganya dikira berpatutan kerana kos penjagaannya agak tinggi, permintaannya  terlalu banyak sedangkan pengeluarannya  tidak tertampung. Mereka yang menempah terpaksa tunggu ikut giliran siapa tempah dul