Posts

Showing posts from July, 2015

'AQIDAH STATE' vs 'Nation State'

Image
Maksudnya; " Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." ( An-Nisaa' 4:115 ) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark Majoriti  umat Islam  begitu mudah mengakui menjadi pengikut nabi Muhammad SAW namun dari lintasan hati, cara berfikir, cara bercakap dan bertindak amat jauh dari akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Masih ramai manusia tidak  mengenal nabi Muhamad kerana dakwah Islam belum sampai kepada mereka, namun akhlak mereka amat baik, lebih baik dari kita yang dilahirkan dalam keluarga Islam. Mereka tercari-cari kebenaran. Apabila Islam sa

Anugerah Terindah....

Image
1 Syawal 1436 Hijrah..Hari ini dalam sejarah ibu rasa amat bersyukur dan  terhibur dengan gabungan dua keluarga  setelah hampir dua tahun hidup kesepian... Buat kali pertama ibu dapat solat  sunat hari Raya Aidil Fitri di MATRI.. Suasana serba baru bagi ibu dan ceria.. Allahu Akbar, Walillaah il Hamd.. Alhamdulillah selepas sesi bergambar bersama keluarga, ibu terbaca komen anak bungsu kami dalam status FBnya..."tahun lepas kehilangan seorang, tahun ini dapat ganti 5 orang". Gambar tanpa keluarga anak sulung (kurang 7 ahli keluarga ) ~  beraya bersama mertuanya.. Awalnya ibu tidak terfikir..cuma mampu merafakkan kesyukuran rasa bahagia kerana  Allah amat permudahkan anak menantu baru bersama 11 cucu  menerima ibu sebagai ibu  dan tok ibu baru mereka . tidak rasa terasing malah macam sudah kenal lama..Segalanya Allah yang satukan hati kami.. Sudah lewat malam baru terfikir, kalau bagi anak bujang kami, ahli keluarganya bertambah 5, beliau sungguh bahagia. Sewa

Kajian Tafsir Al Quran: Tafsir Surat Al Qodar Ayat 4 - Ustadz Abdullah Z...

Image
Insya Allah tidak  lama lagi kita semua akan dikunjungi oleh VVIP  Ramadhan. dengan berkah-NYA. Nantikanlah  dengan penuh ceria dan harap agar tetamu istimewa itu sudi mengunjungi kita semua.. Fahami dahulu tafsir Al-Qadr berikut;; Jangan lupa senaraikan doa-doa berikut dalam senarai  doa kalian: Mohon Allah SWT  beri hidayah dan taufiq-NYA kepada semua pemimpin Islam  sedunia serta satukan hati-hati mereka  . Kesatuan ini amat penting dalam proses   untuk mendaulatkan Deen Allah di muka bumi dan dalam masa yang sama membela semua  umat Islam di dunia dan sebagai rahmatan lil alamin...