Wariskan Kepimpinan Rasulullah Kepada Generasi Baru kita...


Subhanallah..di bawah kepimpinan  Saidina  Umar al Khattab, setiap  bayi dilahirkan  akan mendapat 100 dirham. Semua  ibu tunggal terutama isteri-isteri Rasulullah SAW dibiayai tidak kurang  dari 12,000 Dirham setahun.. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya  mengutamakan kebajikan rakyat..bukan seperti  hari ini rakyat ditekan dan ditindas untuk menjaga kebajikan pemimpin.

Murabbi ibu memahamkan...Rezeki ini milik Allah. Allah berikan kepada siapa yang dikehendakki dan akan menarik semula pada bila-bila  masa. Zaman para sahabat, tabiieen  dan salafus  soleh dahulu, mewah kerana  mereka sentiasa  bersyukur dan menjaga syariat  Allah..Siapa  yang bersyukur, Allah tambah rezeki..Siapa  yang bertaubat, Allah tambah rezeki..

Malaysia suatu ketika  dahulu memang serba serbi mewah di bawah kepimpinan  YAB Tun Razak hinggalah YAB Abdullah Ahmad  Badawi..Kini serba serbi dicatu..nilai  mata wang jatuh merudum.. Letih kita  tunjuk jari telunjuk kepada  mereka  yang mentadbir Malaysia. Lebih baik kita  letak telunjuk kepada diri sendiri...Tanya  diri sejauhmanakah diri sendiri telah membantu kebangkitan Islam?

Perbaiki  diri, perbaiki keluarga, perbaiki masyarakat ikut  sistem Allah. Hidup  menyalahkan antara satu sama  lain bukanlah akhlak Islam..
Masing-masing  perbaiki diri dan masyarakat sekitarnya hingga berubah kerana  inilah kerja Islam..membawa perubahan di mana sahaja kita berada..Barulah rezeki akan datang  mencurah-curah. Insya Allah  
 
Zaman di mana  Jahiliyah mencengkam kehidupan kita dengan Ekonomi kapitalis perlulah kita semua umat Islam  hadapi  dengan banyak TAUBAT..Syukur  dan sabar. Kuatkan IMAN untuk membina generasi  baru  yang  akan menggantikan mereka . Bukan harta  menjadi matlamat kita..Matlamat kita  adalah Allah. الله غايتنا (Allah Matlamat Kita) menjadi  hala tuju  semua  amal  syar'ie   yang   kita  laksanakan  serta  bezakannya  daripada  keperluan  hidup. Keperluan hidup seperti rumah, makan minum, pakaian dan seumpamanya  bukanlah matlamat  hidup kita.

Dalam minggu ini ibu amat terhibur  membuat persiapan untuk program akan datang di samping mengedit semula  manuskrip mengikut saranan editor terpilih.. Seronok kerana dapat memahami konsep input, output  dan outcome seperti  ustaz  Bachtiar  Nasir sarankan  untuk perkembangan Islam masa  akan datang. Ilmu juga  rezeki dari Allah adalah untuk disebarkan kepada  masyarakat..

Ustaz  Budi juga menyarankan kita  'cuba' keluar  dari zaman  jahiliyah  yang serba mencengkam sekarang, fokus  belajar  dari  generasi  al-Qur'an  yang Unik di zaman lampau  dan buat persiapan  untuk mewujudkan kembali khilafah Islamiyah  pada  masa akan datang.  Hadirkan diri kita menjadi di antara  penyumbang Khilafah Islamiyah dengan menyediakan rijal ummah sejak  mereka masih  di awal usia. Kanak-kanak  hari ini  perlu dibekalkan  kekuatan IMAN agar mereka  kelak  yang akan memimpin  generasi mengikut  sistem Allah SWT.  

Masya Allah..terima kasih ya  Allah. Alhamdulillah

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil