Posts

Showing posts from March, 2016

Besarnya Jasa Pengasuh Ahli Syurga

Image
Usia bayi dan  kanak-kanak  mulai  0 hingga  4  tahun merupakan tempoh yang amat menarik dan menakjubkan jika memanfaatkannya sebagai peluang membina generasi pewaris yang kukuh akidah tauhidnya. Ketika ini  qalbu bagai sponge, mudah menyerap dan  amat peka dan sensitif syuurnya serta cerdas ISEQ (Intelek, spiritual dan emosi) menerima apa saja  corak ransangan  yang diberikan. Ketika menyampaikan kuliah,  slot ke-3 Bengkel Asuhan Taska Tarbawi menyentuh tajuk yang amat penting iaitu Perkembangan Deria/Sensori dan Pemahaman Dunia Persekitaran, baru ibu tersedar betapa besarnya jasa mereka  yang berurusan  dengan 'ahli-ahli syurga', khususnya kaum ibu sepenuh masa serta pengusaha dan pendidik Taska (Taman Asuhan kanak-Kanak). Jika ibu diberi peluang membuat penilaian antara  pendidik Taska, Tadika , sekolah Rendah dan sekolah Menengah serta  pensyarah IPT (Institut Pengajian Tinggi),  golongan manakah  yang layak diberikan penghargaan??  Bagi ibu, yang Allah izin 20 tahun b

Tempat Yang Jatuh Lagi Dikenang...

Image
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Musafir kami ke Johor terserentak dengan  tiga program penting di Matri iaitu program Pewaris (putera puteri Tingkatan 4, sekolah Haluan seluruh Malaysia), PLM (perhimpunan Lepasan Matri) dan mesyuarat bulanan di mana sepatutnya suami perlu ada  bersama. Tiket Fire Fly telah kami tempah seawal dua bulan sebelum program ini diputuskan diadakan di Matri. Kami ke Johor untuk memenuhi permintaan Haluan Johor, menemui bakal besan untuk menghantar 'tanda jadi nikah' dan program taska dan silaturahim di Tangkak. Pakej 4 in 1~ termasuk silaturahim Insya Allah. Rasa bersalah juga apabila di saat akhir mendapat maklumat program kami 'clash'  dengan program-program penting  ini. Alhamdulillah  suami meyakinkan timbalan mudir  dan guru-guru Matri sudah biasa melaksanakan tugas-tugas ini dengan sebaik-baiknya setiap  tahun. Jazakumullahu khairan kathira .... Lega  rasanya..Alhamdulillah Memang terharu rasa hati, apabila 

Api Tauhid Penghancur Kebatilan

Image
Kelazatan membaca wajib kita suburkan kerana kalimah pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW adalah IQRA....Bacalah. Mundurnya umat Islam sejak zaman penjajahan berpunca dari lemahnya  minat membaca, lemah berfikir hanya menjadi  pak turut, ikut sahaja arus perubahan semasa yang meracuni dan merosakkan akidah..Budaya membaca amat perlu disemarakkan dalam masyarakat Islam khususnya kerana sebarangan perubahan menuju kematangan bermula dengan ilmu. Tanpa membaca, tidak berlaku proses berfikir. Tanpa berfikir bagaimana mungkin akan mendapat ilmu.  Allah izin ibu berpeluang ikut serta ALP Smartop pre school bermusafir ke 15th Islamic Book Fair  di Jakarta...kami berada di sana pada hari Khamis dan Jumaat, penghujung 5-6 Mac tidak digalakkan berada di sana kerana terlalu ramai pengunjung dan keadaan jalan raya lumrahnya memang  macet. Demi menggalakkan budaya  membaca , ibu amat menyarankan setiap ahli keluarga 'set'kan hari keluarga  dibuat  serentak dengan Islamic  Book fai