Destinasi Kehidupan Kita ( 2 )

Isnin, 13 Jun

 Dalam group wassap ibu terbaca rintihan seorang kakak sulung yang sedang mengalami 'pra trauma' sejak   adik lelaki kesayangannya  dikenalipasti  sakit kepala kerana ada  'tumor otak'. Menurutnya,  doktor memaklumkan bahawa risiko pembedahan amat tinggi kerana 25% bahagian otak telah diserang..Mungkin adiknya  akan meninggal dunia atau koma selepas  pembedahan kerana  tumor  itu sangat aktif.

 Semua adik beradiknya semakin sedih menerima berita ini. Ibunya  meninggal dunia  setelah  melahirkannya  di usia masih muda kerana mengalami  penyakit yang sama  iaitu  'tumor otak'. 
"Beginikah sakit mak dulu?" tanya si adik  yang sedang sakit kepada  kakak-kakaknya...
"kasihan emak"..Remaja lelaki berusia 16 tahun kini dapat  merasai sendiri bagaimana  ibunya  berjuang berhadapan dengan 'tumor otak' ketika melahirkannya dalam keadaan menahan sakit berganda-ganda.Semoga  syurga  buat ibunya  yang bersabar..

Keluarga  ini  memang kasihan..adik beradik membesar tanpa nafkah dari  ayah sejak ayahnya berkahwin lagi dengan wanita  yang tidak mahu menerima kehadiran anak-anak tiri yang ramai. Kesilapan memilih isteri, ayahnya diuji dengan  hutang keliling pinggang dan selalu mengemis  ihsan anak-anak agar tolong bayarkan hutangnya, walaupun bekerja sebagai kaki tangan kerajaan. Proses tarbiyah dilaluinya bersama almarhum isterinya dulu 'hanyut' dipukul ombak cinta dunia diurus atur oleh wanita pilihannya. Wallahu alam. 

Alhamdulillah  di hujung usianya selepas 'putus jodoh' barulah ayahnya  dapat selalu bersama keluarga asal, bahkan menemani  selalu  anak lelaki bungsunya di hospital. Alhamdulillah  anak-anak yang terdidik kesan tarbiyah Islam tidak pernah berdendam, bahkan menerima  dengan baik kehadiran ayah seadanya. Semoga Allah menerima taubatnya. Aamiin
Sebelum ini mereka  membesar dengan kegigihan kakak-kakaknya istiqomah menjalani proses  tarbiyah di samping sahibah-sahibah sekitar  Tunjung  khususnya di SRATI  menjadi ibu-ibu mereka..  Tanpa orang tua dalam rumah, mereka  tidak pernah kurang mendapat kasih sahabat. Ketika inilah, pentingnya proses tarbiyyah, berbekalkan iman dan ukhuwwah kita  tidak akan pernah merasa kurang kasih adik beradik dan kasih sahabat yang sama-sama menjalani proses tarbiyah Islamiyah harakiyah. 

Mungkin beginilah perasaan yang pernah ibu rasai suatu ketika dahulu, walaupun dalam keadaan ujian yang berbeza. Adik beradik sentiasa 'back up', menjaga dan mengawasi di samping sahabat sahibah sering  mengambil berat..Hidup ini terasa indah berbekal iman dan ukhuwwah  walaupun dilanda  badai ...
Syeikh Musthofa  Masyhur menjelaskan 
التربية  ليس كل شئ  ولكنها أساس كل شئ
 
Tarbiyah itu bukanlah segala-galanya tetapi tarbiyah  adalah  ASAS  bagi  segala-galanya
 
Tajuk ini amat penting sepanjang Ramadhan tahun ini kerana ketika inilah seharusnya  kita menjalani proses tarbiyah seikhlasnya, tundukkan qalbu dan melembutkan jiwa agar  kita turut merasai kesusahan yang dirasai oleh orang lain. Kita  harus  menjadi soleh dan musleh..

Soleh untuk diri kita  mendapat keredhaan Allah..
Musleh agar diri kita sentiasa bermanfaat  untuk orang lain. Syuur ini akan memperkayakan kita  dengan banyak memberi, bukan sekadar  menerima. Nak tahu kaya miskinnya kita, Insya Allah di akhirat nanti. Di dunia  ini kaya bukanlah matlamat, tetapi hanyalah wasilah seperti yang telah dilakukan oleh Saidatina Khadijah membantu dakwah Rasulullah SAW.  Barulah kaya itu ada ertinya untuk dakwah Islam dan masa depan ummah. Apalah ertinya  kaya  jika  mengundang  kemurkaan Allah SWT kerana  mementingkan diri dan keluarga semata-mata. 

Apabila  mendapat  berita   sedih di atas, air mata  tidak dapat dibendung lagi.. ramai  yang mengucap Inalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Itu hanya pandangan doktor perubatan dan memang tidak wajar profesional ini menentukan andaiannya sebelum berusaha semaksimanya. Wallahu alam. Pasti ada tujuannya, mungkin harap ahli keluarga bersedia dan  'pasrah' menerima kemungkinan-kemungkinan tersebut.. ajal maut hanya  Allah yang Maha Tahu..kita tidak seharusnya mengalah. Perlu usaha  semaksimanya dan natijah serah kepada Allah. 
Ibu respon  " Semoga Allah kurniakan keajaiban berkat  doa ikhlas ahli keluarga, sahabat dan sahibah semua..Ya  Allah kabulkanlah  doa kami"
Air mata menitis lagi..memandangkan anak muda ini terlalu soleh dan musleh..banyak membantu program-program remaja yang dianjurkan oleh Haluan Perlis.
"Boleh tawassul  dengan kebaikannya, Jamaah amat perlukannya  untuk masa depan ummah"
"Lepas solat doa, lepas baca Qur'an doa..." Ibu terlupa taip sekali selepas  bersedekah  doa..khusus untuk pesakit.

Ketika ini memang  nikmat  kita bermunajat kepada Allah SWT antara  raja' dan khauf ..semoga doa-doa kami Allah perkenankan  untuk survive nyawa insan yang amat dikasihi oleh semua kerana kesolehan dan kemuslehannya.. Semoga  Allah makbulkan doa kami semua untuk kesembuhannya.
 
Remaja yang sakit  selalu  bergotong royong ketika walimatul urus 
 

 Mendapat berita  dari Hospital, 

Alhamdulillah, di samping  memotivasi kakak-kakaknya pelawat mendapati pesakit sentiasa redha dengan ketetapan Allah ta’ala, bersabar serta berprasangka baik kepada Allah bahawa ketetapan Allah itu pasti baik. 

 

Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,

    عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له
    “Sungguh menakjubkan perkara seorang mukmin. Semua perkara (yang menimpanya) adalah kebaikan baginya dan tidaklah hal ini terjadi kecuali hanya pada diri seorang mukmin. Jika dia tertimpa kebahagiaan dia bersyukur maka hal ini adalah baik baginya. Dan jika tertimpa musibah dia bersabar maka itu juga baik baginya.” (HR. Muslim)
    Nabi shallallahu’alaihi wasallam juga bersabda,

    لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله عز و جل
    “Janganlah salah seorang di  antara kalian mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik kepada Allah Ta’ala”. 
      
    Sepanjang Ramadhan  ini berusahalah  meletakkan diri antara rasa khauf (takut) dan raja’(harap). Takut akan azab Allah kerana dosa-dosanya dan harapan mendapatkan rahmat-Nya.
    Dari Anas radhiallahu’anhu bahwasanya Nabi shallallahu’alaihai wasallam suatu ketika menjenguk seorang pemuda yang sedang  nazak. Kemudian beliau bertanya kepadanya, “Bagaimana keadaanmu?”
    Pemuda tersebut menjawab, “Demi Allah wahai Rasulullah aku sangat mengharapkan rahmat Allah namun aku juga takut akan dosa-dosaku .”

    Maka Nabi shallallahu’alaihi wasallam bersabda, “Tidaklah terkumpul pada hati seorang hamba perasaan seperti ini (menggabungkan rasa khauf dan raja’) kecuali Allah akan beri apa yang ia harapkan dan Allah amankan dia dari apa yang ia takutkan.”

     Sekalipun sakit yang dideritanya bertambah parah akan tetapi tetap tidak diperbolehkan untuk mengharapkan kematian berdasarkan hadits Ummul fadhl radhiallahu’anha,
    Bahawasanya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam masuk menemui mereka sementara itu Abbas, bapa saudara Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam sedang mengeluh, diapun berharap segera mati kemudian Rasulullah shallallahu’alai wasallam berkata,
    ‘Wahai Pak cikku! Janganlah engkau mengharap kematian. Kerana sesungguhnya jika engkau adalah orang yang memiliki banyak kebaikan dan (waktu kematianmu) diakhirkan maka kebaikanmu akan bertambah dan itu lebih baik bagimu. Begitu juga sebaliknya, jika engkau orang yang banyak keburukannya dan (waktu kematianmu) diakhirkan maka engkau  masih boleh  bertaubat darinya maka ini juga baik bagimu. Maka janganlah sekali-kali engkau mengharapkan kematian’

    Imam Bukhari, Muslim, dan Baihaqi dan selain mereka telah mengeluarkan hadits dari Anas secara marfu’ di  antaranya berbunyi, “Jika seseorang terpaksa untuk melakuakannya maka hendaknya ia berkata,
    اللَّهُمَّ أَحْيِنِى مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِى، وَتَوَفَّنِى إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِى
    ‘Ya Allah, hidupkanlah aku (panjangkan usiaku), jika hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku’

    Setakat 'post' ini siap, proses pembedahan selesai jam 6 petang semalam. sampai setakat  ini, jam 11.42 hari Rabu, 15 Jun, pesakit masih belum sedar. Semoga  Allah berikan keputusan terbaik dan paling ajaib buat anak muda yang soleh dan musleh ini..Aamiin

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil