Pentingnya Doa Memohon Keampunan

Semoga  kita semua  beroleh  keberkatan  Lailatul Qadr

1. Perbetulkan niat  untuk  cari redha Allah
2. Perbaiki  cara  berdoa  untuk  ikut  sunnah Rasulullah SAW
Contohnya  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika berbuka membaca,
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah, dan pahala telah ditetapkan  Insya Allah” 
(HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam– sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau radhiyallahu ‘anha berkata, “Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab, “Katakanlah:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ  تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih)
Syukur Alhamdulillah , Allah takdirkan kami dapat belajar lagi walaupun usia sudah di ambang  senja..Peluang  ini sudah lama dinantikan iaitu  untuk cuba   memahami  bahasa  Arab al-Qur'an. Ibu mohon izin dikecualikan dari program penting di Matri dengan niat untuk berkongsi  ilmu ini dengan warga Matri kelak, khususnya  generasi pewaris ummah akan datang.Insya Allah . Teringin sangat  ibu hendak ikuti program  ini walaupun jauh. Lebih-lebih lagi penganjur  tidak menetapkan bayaran, sebaliknya  menawarkan  bayaran  " Seikhlas  qalbu" .  Pelik bunyinya  kan?  Subhanallah ...di luar jangkaan, memang ramai yang hadir termasuk kaum bapa.



Ramadhan Mendidik Qalbu/ Jantung  ~ organ terpenting sebagai Raja  
Sebelum ini sering  terlintas dalam qalbu keinginan untuk memahami Al-Qur'an. Ingin merasai kemanisan membaca al-Qur'an seperti mana sahabat  generasi awal memahaminya, apabila membaca  Qur'an , qalbu  mereka rasa bergetar  hingga  menitiskan air mata kerana syukur atau takut kepada  azab Allah SWT. Dari qalbu  paing lembut, Insya Allah  mampu   melahirkan semangat  cinta untuk memenuhi segala  perintah Allah SWT tanpa   soal..

Saidina Umar al Khattab ra  pernah mendengar  Abdullah Ibn Mas'ud  berdoa  seperti berikut:
"Ya  Allah ketika  Engkau  menuntunku aku mengikuti, ketika Engkau  menyuruhku aku  mentaati, Ini adalah waktu sahur maka ampunilah  aku"
Apabila Saidina  bertanya  tentang  doa  yang diungkapkan, lalu abdullah Ibn Mas'ud  menjawab:
"Sesungguhnya  Yaakub  mengakhirkan doa  untuk  anak-anaknya  hingga waktu  sahur" iaitu  ketika dia mengatakan " Aku akan memohonkan  ampunan bagimu kepada  Tuhanku" 
Dan Allah SWT  juga berfirman  yang bermaksud : "...dan orang-orang   yang memohon  ampunan  pada waktu  sebelum  fajar"  ~  halaman 492 Amazing  al-Qur'an  Karya  Bestari

Rasulullah  SAW pernah berpesan kepada Saidina  Umar ra. dan Saidina Ali ra  agar  mencari  Uwais  Al Qarni setelah kewafatan baginda kelak.  Uwais adalah  seorang yang tidak dikenali di dunia sebaliknya doanya sentiasa  diaminkan oleh penduduk di langit, khususnya para malaikat..Uwais pernah ke Madinah  ingin bertemu Rasulullah SAW  namun ditakdirkan Allah tidak dapat bertemu  kerana krtika itu  baginda Rasulullah SAW  berada di medan jihad. Namun beliau tidak boleh menunggu kerana  teringatkan pesan ibunya  yang buta  dan lumpuh  agar segera  kembali ke Yaman . Subhanallah betapa baik sangka Uwais kepada Allah SWT, antara  dua situasi  menjaga ibu yang sakit  dan peluang ingin bertemu Rasulullah SAW yang amat dicintai dan dirindui. Beliau tidak serba salah kerana  amat faham  kedudukannya sebagai anak  adalah  mengutamakan  ibunya.. Pernah  ibunya  bertanya "apa yang kamu doakan ketika  menunaikan haji ?"  Jawabnya "Saya hanya  berdoa semoga  ibu akan masuk syurga". Subhanallah, lihatlah bagaimana  hebatnya  jiwa dan qalbu Uwais yang sebersih itu lebih mengutamakan ibunya, utamakan ibunya, utamakan ibunya..mengikut pesan Rasulullah SAW agar anak-anak berbakti kepada  ibunya 3 kali ganda berbanding  berbakti kepada  ayahnya. Ada hadis  sahih  tentang ini..

Kedua-dua  sahabat Rasulullah SAW bertanya untuk apa  bertemu Uwais?
"Mohon kepadanya agar  mendoakan kamu, semoga  Allah SWT ampunkan segala dosa-dosa  kamu"

Bayangkanlah,  dua sahabat Rasulullah  yang hebat ini, Umar ra  adalah  bapa mertua baginda, manakala  Ali ra  adalah menantu kesayangannya, dipesan agar mohon didoakan oleh Uwais al Qarni, seorang tabieen  yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW tetapi tidak berpeluang bertemu baginda yang sangat dicintainya..
Semoga  di 10 akhir Ramadhan ini, sama-samalah kita  saling mendoakan orang lain agar Allah ampunkan dosa-dosa  mereka sepertimana  kita ingin Allah ampunkan dosa-dosa kita, kedua  ibu bapa kita  dan semua ahli keluarga kita.

"Ya Allah, bersihkanlah   setiap sudut qalbu kami dari sifat mementingkan diri sendiri, Ampunilah kami, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami dan guru-guru kami dalam Deen dan orang-orang yang memberi nasihat baik kepada  kami dan orang-orang yang mengajar kami dengan berdoa dan seterusnya sekelian kaum Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat. Ya  Allah ampunilah dosa-dosa  kami dan rahmatilah kami dan redhailah  (apa sahaja  amalan kami ) dan terimalah  (permohonan-permohonan)  kami dan tempatkanlah  kami di syurga dan bebaskan kami dari neraka
Ya  Allah  Berilah petunjuk kepada  semua manusia  untuk menuju pintu-MU. Bebaskanlah semua  mukmin di dunia  ini daripada tawanan syaitan. Ini adalah permohonanku selama-selamanya dan urusan itu terserah  sepenuhnya kepada-MU"




Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil