Posts

Showing posts from August, 2016

INSPIRASI HIJRAH

Image
Menjelang  bulan Zul hijjah sepatutnya  diketengahkan  tentang isu  Haji atau Korban. Peliknya ibu memilih  topik hijrah. Hijrah  yang dimaksudkan adalah  hijrah  qalbu, Qalbu itu adalah jantung yang menjadi Raja kerajaan dalam badan kita. Istilah mudah ialah jantung hati atau  hati nurani. Raja ini akan menjadi sihat dan sejahtera apabila bermula dari iman yang mencintai ilmu makrifatulah. Awal agama adalah mengenal Allah. Ilmu yang memberi kefahaman dan kesedaran hasil jiwa yang tunduk mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT.   Hijrah ini perlu sentiasa berterusan dan tiada hentinya melawan  dan tundukkan hawa nafsu. Hanya Iman yang mampu menundukkan hawa nafsu agar sentiasa  mentauhidkan Allah SWT sepanjang masa, ketika dan di mana sahaja kita berada. Jika inginkan hidayah untuk insan tersayang, mohonlah kepada Allah kerana DIA pemilik jiwa dan segala yang ada di langit dan bumi.. Berikut adalah insan yang terpilih yang wajar  dijadikan model untuk kita semua jadikan

Permata Syurga

Image
Alhamdulillah, Allah izin dalam kepuasan berkarya  menyiapkan novel kanak-kanak  dengan bimbingan editor Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau  yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidangnya. Terselit jua rasa duka. Asyik kena betulkan sampai dua tiga kali dalam satu bab. Kadang-kadang terbuka luas  ruang  untuk meninggalkan medan itu. Memikirkan masa hadapan generasi pewaris...gagah-gagahkan   diri  untuk terus mendapat bimbingan hingga  selesai diterbitkan kelak. Insya Allah. Mohon doa  semua pihak. Novel ini mengisah Kembara Suci  seorang kanak-kanak lelaki berumur 12  tahun diuji dengan fitnah oleh guru disiplinnya... Bagaimana dirinya hadapi fitnah menjelang menghadapi peperiksaan UPSR Siapakah  yang  membantunya  agar dibersihkan  daripada  fitnah tersebut? Bagaimana akhirnya dia  amat  bahagia  kerana tidak membenci guru  yang memfitnahnya sebaliknya guru itu belajar darinya menjadi  pengabdi yang taat mentauhidkan Allah  dan menjadi  khalifah memakmurkan alam ini.

Kebangkitan Islam! (An - Nahdhoh)

Image
3 Zulkaedah 1438 Hijrah Sejak minggu kedua Syawal kerja memerah otak, semoga Allah terimanya dan redho walaupun tidak sempurna. Subhanallah, bab memikirkan isi kandungan sesuai dengan jiwa kanak-kanak bukannya mudah ketika usia emas ini. Namun novel kanak-kanak yang tarbawi amat perlu diketengahkan kepada generasi baru agar mereka kelak lebih laju akan bangkit bersama Islam. Jumaat kelmarin, Allah izin sempat bersama seorang pensyarah UUM melawat Maahad Tahfiz Sains Darul Mutaqin di Changloon Kedah untuk memantau aktiviti di sana. Amat menarik, kuliah Dhuha dijalankan serentak dengan program Aulad. Memang perlu programkan aktiviti anak-anak membangunkan jiwa mereka agar mengenal Allah, barulah ada jaminan kebangkitan generasi baru akan lebih laju, berpaksikan aqidah tauhid. Jika Tauhid menjadi akar An Nahdhoh (kebangkitan) Islam, Insya Allah  hala tujunya akan sentiasa  betul dan tidak menyimpang  dari landasan  yang sebenarnya.. Insya Allah.Kita hanya merintis jalan.  Jika tidak