Posts

Showing posts from September, 2016

Harapan Yang Tiada Akhirnya

Image
Masuk bab 8 novel kanak-kanak,  sudah 3 kali  ceritanya  ditolak. Waduh! apa yang tak kena ni..Endingnya  belum ketemu lagi untuk bab 9 dan 10. Bab 8 sudah 'hang' tak nampak jalan keluar. Kalau ikut rasa malas  memang nak ucapkan 'selamat tinggal'. Fikir punya fikir  nak panjangkan umur, agar kisah itu membangkitkan semangat jihad  ilmu di kalangan kanak-kanak akan datang, kena teruskan juga. Berilah mereka harapan...harapan yang tiada akhirnya  demi Islam. Subhanallah, bukan senang nak buat buku yang ada kualiti, diedit oleh editor berpengalaman 30 tahun dari Dewan Bahasa  dan Pustaka. Muhasabah punya muhasabah, rupa-rupanya  bab 8 beberapa kali  ditolak sebab tidak ikut rentak  jiwa kanak-kanak. Hu..hu.. hu...kanak-kanak berjiwa orang tua. Mudahnya memaafkan kezaliman orang lain..Kena  usaha  cari ruang dan peluang  duduk dengan kanak-kanak berumur 12 tahun baru tahu macam mana perasaannya, tak semudah itu  untuk memaafkan kesalahan  orang yang menzaliminya...Begitu

Hajji ~ Perhimpunan Kesatuan Roh Umat Islam

Image
Tahniah kepada semua  tetamu Allah musim Haji 1437. kami doakan semoga Allah kurniakan kalian Haji yang mabrur  dan doa yang makbul dan dipermudahkan segala urusan di Tanah Suci. Seharusnya para jemaah haji perlu memanfaatkan perhimpunan 3 juta umat Islam ini untuk menghasilkan Gerak Gempur Dakwah Sedunia. Dakwah adalah hadiah Allah SWT untuk orang beriman menjana kesatuan dan kekuatan umat Islam sedunia hingga digeruni oleh musuh-musuh Islam. Bagi pemimpin-pemimpin umat Islam, inilah peluang yang harus dimanfaatkan untuk mereka fikir, renung dan bincangkan kesatuan akidah ummat menjadi paksi kesatuan pemikiran dan kesatuan amal.  Kekuatan umat amat perlu dijana semasa perhimpunan agung ini. Insya Allah  semoga roh-roh yang baru menunaikan ibadah haji pulang ke tanah air masing-masing dengan kekuatan akidah yang jelas, berjiwa suci tanpa sebarang prasangka, memiliki pemikiran yang terfokus  harapkan redha Allah dan menjana  Ukhuwwahfillah  yang tinggi serta menjalin  kesatuan yang