Hajji ~ Perhimpunan Kesatuan Roh Umat Islam

Tahniah kepada semua  tetamu Allah musim Haji 1437. kami doakan semoga Allah kurniakan kalian Haji yang mabrur  dan doa yang makbul dan dipermudahkan segala urusan di Tanah Suci.

Seharusnya para jemaah haji perlu memanfaatkan perhimpunan 3 juta umat Islam ini untuk menghasilkan Gerak Gempur Dakwah Sedunia. Dakwah adalah hadiah Allah SWT untuk orang beriman menjana kesatuan dan kekuatan umat Islam sedunia hingga digeruni oleh musuh-musuh Islam. Bagi pemimpin-pemimpin umat Islam, inilah peluang yang harus dimanfaatkan untuk mereka fikir, renung dan bincangkan kesatuan akidah ummat menjadi paksi kesatuan pemikiran dan kesatuan amal.  Kekuatan umat amat perlu dijana semasa perhimpunan agung ini. Insya Allah  semoga roh-roh yang baru menunaikan ibadah haji pulang ke tanah air masing-masing dengan kekuatan akidah yang jelas, berjiwa suci tanpa sebarang prasangka, memiliki pemikiran yang terfokus  harapkan redha Allah dan menjana  Ukhuwwahfillah  yang tinggi serta menjalin  kesatuan yang jitu.

Selepas Subuh, Allah izin sempat kami ziarahi  pasangan tetamu Allah di musim Haji 1437 Hijrah, anak menantu  Murabbi kami, bagai anak kami sendiri. Mereka berdua  ditawarkan quota VIP Mufti Perlis. Amat terkejut mereka keluarkan belanja hanya RM20,000 seorang. Alhamdulillah memang rezeki mereka berkat pengorbanan di jalan Allah SWT. 


Paling  menyenangkan, Allah izin Kedudukan penginapan ke Masjidil Haram hanya 300meter. Rezeki insan  yang banyak  berkorban dana untuk jemaah walaupun usianya masih muda.  Semoga di  hujung usia kami kelak Allah kurniakan  husnul khotimah di bumi nabi...Insya Allah. Ini doaku selamanya. Segala urusan itu kuserahkan sepenuhnya kepada-MU yang Allah...Aamiin ya Rabbal alamin. Di  mana  dan bagaimana keadaan kematian , Allah beri peluang kita memilihnya tetapi keputusannya milik Allah. Waktunya hanya Allah  yang maha mengetahuinya masa yang paling tepat...

Kejutan demi kejutan berita kematian Allah SWT ingatkan kepada kita semua bahawa  amat dekatnya kematian  dengan diri kita.
Bermula dengan kematian anak sulung sahabat kami di Johor. Mengimbas kembali kenangan lama ibu berkenalan dengan ibunya ketika pembukaan 'mini market' Simpang Rengam sekitar tahun 1990. Anak sulungnya yang berusia 26 tahun itu memancing bersama rakannya. Bot yang dinaikinya tenggelam dan Almarhum tidak dapat diselamatkan. Jenazahnya tidak ditemui hinggalah tengah hari esoknya. Semoga Allah himpunkan rohnya bersama roh para solehin.
Hari Jumaat yang lalu terkejut  mendapat whatsapp   berita  seorang murid perempuan Tahun 6, Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah (SRATI) meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tanpa sebarang sebab. Dua minggu sebelum itu, Ibu sempat masuk ke kelasnya berikan sentuhan akhir inspirasi. Kelihatan anak gadis ini amat excited.  Setelah post mortem, pihak hospital sahkan tiada apa-apa masalah pada organ tubuhnya. Subhanallah, meninggal memang sudah ajal. Ajal  adalah hak Allah, Allah akan pilih sesiapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa sebarang  amaran. Ya Allah kurniakanlah kami semua  Husnul Khotimah.

Amat menyedihkan semua  warga SRATI, hanya dua hari menjelang  UPSR. Menurut ibunya anaknya tidak sempat mencipta sejarah mendapat  6A namun sebelum menghembuskan nafas terakhir dia mengucapkan dua kalimah syahadah. Inilah permulaan perjalanan anaknya menuju syurga.  Dalam buku notanya banyak gambarajah tentang kematian. Subhanallaah...sekecil ini sudah memikirkan kehidupan selepas  mati.

Pada  hari yang sama kami dikunjungi oleh rombongan Siswa dan Siswi dari Mesir dan Jordan hingga  ke petang, tidak sempat  hendak ziarah jenazah yang merupakan permata  syurga  buat  ibu dan ayahnya jika mereka redha menerima kehilangan anak sulung.


Ahad baru-baru ini  ada perbincangan tetang buku  Fathy Yakan

ماذا  يعني  انتماي للاسلام 

Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam? 

Pentingnnya  kita semua bergabung idea dan tenaga untuk mendaulatkan sistem Islam dan melemahkan sistem jahiliyah. seperti saranan Al-Ustaz Dr. Fathi Yakan dalam bukunya. Ustaz Fathy Yakan tekah menjadi contoh yang wajar kita  ikuti. Rupa-rupanya keturunannya berasal daripada bangsa Turki, dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Utara Lubnan. Isterinya bernama Dr. Muna Haddad, dikurniakan lima orang anak, 4 perempuan, 1 lelaki dan 20 orang cucu. Tokoh karismatik gerakan Islam ini telah menghasilkan puluhan buku-buku dakwah yang mencerahkan langit kebangkitan Islam dengan pelita ilmu dan cahaya kebenaran.

Selain tulisan-tulisan yang dicurahkan ke dalam lembaran-lembaran kitab, seminar dan syarahan, beliau bersama isterinya turut menubuhkan universiti di Lubnan iaitu Jami’ah Al-Jinan. Falsafah pembangunan universiti tersebut adalah untuk membentuk graduan Muslim yang hidup bermasyarakat berteraskan akhlak yang luhur. Antara fakulti-fakulti yang ditawarkan di universiti tersebut adalah fakulti perguruan, media dan teknologi, mekanikal dan kejuruteraan, sains dan farmasi... Inilah perjuangan, perlu berkorban apa sahaja  demi mencapai redha Allah. Inilah perjuangan kami selama-lamanya

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil