Tak Mahu Kahwin...?

Sebaik sahaja selesai program perkongsian dengan dua Murabiyyah bersama  haluansiswi yang bertamrin malam tadi, ada sesi soal jawab. Tergelitik sedikit jiwa ini apabila ada soalan :
"Ibu, boleh tak kalau kami tak mahu kahwin sebab takut dimadu"? Sisa waktu  yang ada amat singkat bagi ibu menjawabnya. Semoga Allah beri kelapangan anak-anak membaca post ini.  Insya Allah.

Anak-anak yang dikasihi semua, soal rezeki, jodoh dan ajal  sudah  Allah aturkan sejak kita  di Luh Mahfuz lagi. Apalah dayanya  kita hendak atur apa yang sudah Allah aturkan... tanggungjawab  kita hanya  buat persiapan serapi-rapinya memantapkan  aqidah tauhid  agar iman kita tidak bergoncang walau diuji sekuat mana sekalipun...
Berdasarkan pengalaman, peringkat  awal, memanglah amat pedih hidup bermadu jika kita ikut apa yang kita  mahu. Kepedihan itu akan padam dengan sendirinya apabila  kita kuatkan tekad hanya harapkan redha  Allah. Sesungguhnya  kebahagiaan kita  terletak sejauhmana  kita mengukuhkan akidah kita. Jika  akidah kita kukuh, serahkan 100% kehidupan kita biar Allah  yang aturkan, bukan kita yang atur. Baru datangnya redha-Nya, jiwa rasa sejuk, tenang dan damai walaupun dimadu mahupun dicerai. Ujian itu  tidak memberi sebarang kesan negatif kepada kita. Bahkan perlu maniskan segala kepahitan itu dengan Iman. Hidup perlu diteruskan kerana perjalanan kita masih jauh iaitu harapkan Syurga-Nya  di Akhirat.

Wanita  yang paling  bahagia di dunia  ini adalah Wanita  yang Allah kurniakan tekat jiwa  ingin mewarisi akhlak wanita  langit. Siapakah  wanita  langit itu?
Dengarlah  you tube berikut, amat baik bahan didikannya:


Teman Murabiyah mengulas sedikit sesungguhnya Allah kurniakan ujian kepada  hambanya  yang mampu. Mengadulah kepada-Nya  jika rasa tidak mampu samada  dijauhi ujian yang tidak mampu atau dikurniakan kekuatan dan kesabaran jika tetap diuji...
Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahawa Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya (Al-Baqarah: 286) adalah penjelasan yang menguatkan prinsip tersebut. Pembebanan adalah perkara yang menyulitkan. Kerana itu harus berbanding lurus dengan kemampuan. Imam Qurtuby berkata, “Allah menggariskan bahawa Dia tidak akan membebani hambanya –sejak ayat ini diturunkan– dengan amalan-amalan hati atau anggota badan, sesuai dengan kemampuan orang tersebut. Dengan demikian umat Islam terangkat kesulitannya. Artinya, Allah tidak membebani apa-apa yang terlintas dalam perasaan dan tercetus dalam hati." Subhanallah, Maha Suci Allah yang Maha mengetahui segala lintasan  hati kita...

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil