Sentuhan Qalbu IDM (2)

Alhamdulillah, selepas  solat  Jumaat mendapat respon dari ibu yang sudah membaca IDM "Alhamdulillah...teruja sangat baca novel tu... terasa macam mula-mula mendapat fikrah dulu" Ukhti Rogayah, salah guru cemerlang  merespons positif hasil bacaannya. 

Ya Allah, terima kasih...ilham dari-MU menyentuh jiwa pembaca agar merasai nikmat dengan Islam dan Iman. Semua nikmat itu adalah kurniaan-MU dan anugerah-MU ke dalam qalbu insan yang Engkau kasihi. 

Apabila ditanya emak atau anak yang membaca. Jawabnya "Mak yang baca dulu"
Subhanallah, rasa bahagia sangat  mengikuti perkembangan ibu-ibu yang amat peka memilih  bahan bacaan  untuk anak masing-masing semata-mata  untuk menyelamatkan akidahnya  agar tidak rosak.
Terusik rasa mengenangkan  saat awal  mendapat  fikrah, sungguh membahagiakan, semoga bahagia itu Allah kekalkan dalam jiwa kita semua. Insya Allah.

Petang, menziarahi besan, mendapat khabar telah hadiahkan satu novel kepada  anak lelaki  bungsu adiknya seorang doktor  di Shah Alam. Alhamdulillah tidak sangka Cikgu turut membacanya sudah masuk  bab ke -3. Syukur setakat  ini  amat positif respon diterima. Sedang  menunggu respon pihak lelaki pula  untuk penambahbaikkan cetakan kedua. 

Dua hari berturut-turut  menerima tempahan dan syarikat pencetak tak menang tangan untuk pos ke destinasi yang diminta, di Perak, Kelantan/Terengganu, Johor dan Wilayah Persekutuan. TEringat  date line nak  terbitkan  Kaunseling  Rabbani semakin dekat, perlukan tumpuan sepenuh masa. 

Rasa tidak larat hendak uruskan pemasaran  Novel IDM, lalu minta pandangan menantu, Mudah-mudahan laratlah menantu ibu  dapat fokus dalam tugas barunya sebagai Perunding Pemasaran Strategik. Segala  yang Allah atur  sentiasa indah  dan  tidak pernah  salah. Ibu amat yakin, jika  fokus kita untuk Akhirat, Allah akan permudahkan segala  urusan kita di dunia  ini walaupun dalam bidang  yang tidak disangka-sangka. Fokus  kejar Akhirat, dunia  akan mengejar kita  sampai tidak menang tangan. :etak dunia  hanya di tangan dan kaki bukan di jiwa. 


Sedutan  Bab 3
Sesungguhnya, kisah Khalid al Walid, yang ayah ceritakan kepadanya itu, kini menjadi sumber inspirasinya. Hebatnya Khalid al Walid hingga Maher tidak terasa akan kehilangan jawatan pentingnya  di sekolah. Sebagai  salah seorang panglima Islam, terbukti Khalid al Walid  amat digeruni oleh musuh dan dihormati oleh para sahabatnya. 

Dapat Maher bayangkan akan ketangkasan Khalid al walid  yang berbadan tegap dan sasa. Tidak hairanlah mengapa beliau selalu dipilih oleh Rasulullah SAW untuk mengetuai tentera Islam. Setiap misi peperangan yang diketuainya pasti menang. 

 Insan hebat ini, sejak masuk Islam sentiasa ada kerendahan hati untuk ditegur oleh Rasulullah agar perbaiki kelemahan diri. Semasa zaman khalifah Abu Bakar As Siddiq, Khalid al Walid  pernah ditegur agar tidak mengulangi menunaikan Haji ketika mengetuai misi peperangan. Beliau meminta maaf dan akur dengan teguran itu. Maher  juga ingin menjadi sepertinya  rela ditegur untuk  meningkatkan kualiti  dirinya, jika memang benar dirinya bersalah.  
‘Tidak hina jika ditegur, bahkan mulia di sisi Allah SWT.’ Maher meyakinkan dirinya sendiri. 




Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil