Posts

Showing posts from January, 2016

Bahagia itu Kurniaan.. Matlamat kita Ubudiyyah

Image
Alhamdulillah..Syukur  Allah سبحانه و تعالى     kurniakan kelapangan dan ketenangan menuntut teruskan tugas ubuddiyah dan khalifahnya di bumi yang fana ini.. Prepare bahan untuk pengasuh Taska 'Perkembangan kerohanian, emosi  dan sahsiah sebagai teras kepada  5 lagi perkembangan kanak-kanak yang lain. Apabila  merujuk modul Permata, amat mendukacitakan..aspek kerohanian diletakkan yang terakhir, manakala akal di tempat  yang pertama. Masya Allah, di mana peranan Qalbu??? di situlah yang Allah سبحانه و تعالى         sentiasa  menatap. Kesedihan yang tidak perlu ditangisi lagi  tetapi amat perlu diperbetulkan  sebelum ajal menjemput.. "Ya Allah kurniakanlah kepadaku para ansor  yang minat dalam bidang ini..tidak terdaya aku melainkan dengan izin-Mu jua.."                           Apa itu Bahagia??? Allah سبحانه و تعالى     izin timbul sedikit kemusykilan apabila ibu share  input 'Dhuha Time' siang  tadi. Walaupun  mendapat respon  positif daripada 

Pengajian At-Tafaqquh Fi Ad-Deen

Image
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِيْ الدِّيْنِ “Barangsiapa dikehendaki baginya kebaikan oleh Allah, Maka Dia akan memberikan pemahaman agama kepadanya.” Al Fatehah buat  almarhumah  mak cik Aminah Port Dickson, seorang  ibu yang rajin ikuti pengajian ilmu  dan amat prihatin ketika ibu diuji sekitar tahun 2013.Pesanan beliau "Belajar nak, sambung belajar. Besar manfaatnya kalau sambung belajar.." . Subhanallah.. kata-kata hikmat ini tetap terlekat di kalbu, tapi sayangnya  ibu mendapat berita  kematiannya agak lewat, namun doa buatnya tetap berterusan..Insya Allah. Salam takziah buat  ahli keluarganya  khususnya adinda Masrina Mustafa dan suaminya Hasnul Ghazali.  Suatu ketika sekitar tahun 2014 ibu pernah menitiskan air mata  mengingat pesanannya mencari peluang agar dapat melanjutkan kelas pengajian Deeniyah.. Hanya mengharap dapat peluang, tetapi tidak tahulah bila  Allah سبحانه و تعالى   akan makbulkan hasrat tersebut..Pengalaman menjadi pelajar  memang

Anak-Anak Kelaparan Kasih Sayang.

Image
Dalam minggu orientasi tingkatan 1 di Matri minggu lepas kami menerima undangan bersama  dalam majlis penutup Minggu orientasi. Selepas  selesai, kami berpeluang  makan bersama  anak-anak dalam satu talam, Seorang  guru atau ibu bapa dan 4-5 orang murid. Kelihatan anak-anak ceria  mendapat  kasih 'ibu' dan 'ayah' di Matri.  Dalam group Whats App ibu ucapkan tahniah.. "Tahniah  kepada urusetia  yang aturkan program tadi. Puteri-puteri kenyang dapat kasih ibu, putera-putera juga ada yang kenyang  dapat kasih 'ayah' sebab dapat  makan bersama depa. Alhamdulillah  semoga berterusan, Insya Allah" Semua persoalan  bermula di qalbu. Maintain 'qalbun Salim ' Realiti  kesibukan ibu ayah mencari  nafkah hari ini mengundang 'kelaparan'  di qalbu anak-anak, apa lagi kini disibukkan  dengan  budaya  menghadap 'gadjet' sepanjang masa  di mana-mana sekalipun. Anak-anak mengalami syndrome kekurangan perhatian dan kasih

Semoga Dikurniakan Secantik-Cantik Takdir

Image
          Segala puji bagi Allah سبحانه و تعالى , kerana dengan taufiq-Nya sahaja semua visi dan misi   kita akan dapat direalisasikan. Dialah sebaik-baik pengatur kehidupan di bumi ini dari zaman berzaman. Segala takdir-Nya sentiasa indah dan tidak pernah salah bagi mereka   yang sentiasa mensyukuri segala nikmat dan bersabar menerima segala ujian dari-Nya. Selawat dan salam kita tujukan kepada kaunselor agung, Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ      , kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas memperhambakan dirinya hanyasanya kepada Allah SWT hingga   hari   Kiamat. Semoga Allah anugerahkan  kita  semua  sebaik-baik Takdir, Insya Allah   Alhamdulillaah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah  kerana  hanya  dengan izin dan pertolongan-Nya jua ibu  dapat siapkan buku kaunseling yang diimpikan selama ini. Allah  beri  peluang  dapat  hidangkan kajian, pengalaman dan ren