Posts

Showing posts from February, 2016

Suburkan Fitrah ~ Amanah Dari Allah

Image
Alhamdulillah..syukur ke hadrat  Allah SWT, apa yang disemai, Insya Allah akhirnya hasil tuaiannya lebih baik.  Allah anugerahkan bantuan untuk team work di Johor.. Ibu sebagai Muhajirin  hanya sekadar membantu memberi input kepada  pendidik Taska sekitar Perlis  dianjurkan oleh Taska Impian Wawasan UiTM , Arau Perlis. Semalam  merupakan slot kedua, Perkembangan Bahasa, Komunikasi  dan Literasi Awal. Slot pertama  telah selesai dilaksanakan hujung  bulan Januari berkaitan Perkembangan Sosio emosi, sahsiah dan kerohanian. Dalam proses membantu  di zon utara, sahibah zon tengah membantu Smartop Subur Fitrah di zon selatan. Alhamdulillah, begitu cantik apa yang Allah aturkan. Imaginasi menaiki  private  jet  mengelilingi  syurga Keunikan pendidikan awal kanak-kanak akan terserlah apabila  jiwa  para  pendidiknya mendapat  input  yang berkualiti, bersih daripada  gangguan psikologi Barat  yang menyesatkan. Berpaksikan akidah Tauhid, Insya Allah 10-20 tahun akan datang, program fitra

Begini Seharusnya Sistem Pendidikan Kita

Image
Hanya Orang Mukmin Yang Mampu Mengamankan Dunia Selama ini , Allah izin memang rasa sudah tertipu  dengan pendidikan sekular. Sepanjang  berada  dalam sistem pendidikan sekular  yang didaulatkan oleh  Kementerian Pendidikan seluruh dunia termasuk Malaysia baru kini sedar bahawa sistem itu  sia-sia belaka. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita  yang jahil tentang  hakikat  tipu daya ini.. Murabbiku masih istiqomah mengulas muqadimmah 'fizilal al Qur'an' sejak  hujung tahun 2015 dalam usrah gabungan setiap minggu,  walaupun tahun 1970-80an sudah dihidangkan oleh UDMZ. .Ini menunjukkan betapa pentingnya  kita  ditubi selalu dengan kefahaman dan kesedaran tentang mesej yang ingin disampaikan oleh As Syahid  Syed Qutb yang lebih memahami tipu daya  sekular  yang menyerang  semua sendi pendidikan dunia dalam rangka ingin menyesatkan umat Islam di bumi ini. Semoga  usaha  kecil dan kerdil ini  dapat  mengajak diri, ahli keluarga, masyarakat dan dunia seluruhnya kem

Wariskan Kepimpinan Rasulullah Kepada Generasi Baru kita...

Image
Subhanallah..di bawah kepimpinan  Saidina  Umar al Khattab, setiap  bayi dilahirkan  akan mendapat 100 dirham. Semua  ibu tunggal terutama isteri-isteri Rasulullah SAW dibiayai tidak kurang  dari 12,000 Dirham setahun.. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya  mengutamakan kebajikan rakyat..bukan seperti  hari ini rakyat ditekan dan ditindas untuk menjaga kebajikan pemimpin. Murabbi ibu me mahamkan...Rezeki ini milik Allah. Allah berikan kepada siapa yang dikehendakki dan akan menarik semula pada bi la-bila  masa. Zaman para sahabat, tabiieen  dan salafus  soleh dahulu, mewah kerana  mereka sentiasa  bersyukur dan menjaga syariat  Allah..Siapa  yang bersyukur, Allah tambah rezeki..Siapa  yang bertaubat, Allah tambah rezeki.. Malays ia suatu ketika  dahulu memang serba serbi mewah di bawah kepimpinan  YAB Tun Razak hinggalah YAB Abdullah Ahmad  Badawi..Kini serba serbi dicatu..nilai  mata wang jatuh merudum.. Letih kita  tunjuk jari telunjuk kepada  mereka  yan

قال الله & قال رسولPembangun Peradaban Tauhid

Image
Alhamdulillah , Allah izin  melalui Hijrah memang  terlalu banyak manfaatnya untuk Deen dan membina peradaban yang diredhai-Nya. Pentingnya kita ikut  visi Rasulullah SAW  dan para sahabat, mereka  berhijrah  bukan kerana  takut dibunuh atau masalah kepentingan diri, masalah dunia dan lain-lain. Segala-galanya bermula dari niat harapkan keredhaan Allah semata-mata..jika kita berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka kita akan dapat  redha Allah dan Rasul..Insya Allah. Jika niat  kerana yang lain, rugilah hijrah itu walaupun  mendapat  wanita dan dunia yang diinginkan itu. (Hadis pertamaa dalam buku hadis 40).  Baginda dan para sahabat  berhijrah  untuk menjawab  persoalan TAUHID bukan  kerana situasi  yang memaksa. Jika bukan kerana  cinta  kepada  Allah SWT,  hawa nafsu  akan tetap  mengongkong mencintai masa lalu dan tidak berani meninggalkan kisah lama.. maka tidak akan berlakulah proses hijrah. Yakin takdir  Allah mengatasi segala-galanya bahawa berlakunya hijrah ini  adalah ARAH