Posts

Showing posts from December, 2016

Sentuhan Kasih Jiwa Anak Kita

Image
Melihat tajuk di buku sahaja sudah terasa indahnya  isi kandungan buku yang baru  kami terima melalui  Pos Laju. Mendapat diskaun 50% dari harga asal  yang harganya kadang menjangkau hingga RM100 (berkulit tebal). Pesan kepada kakak minta tolong  beli dua naskah, satu untuk rujukan guru-guru di Tadika dan Taska, satu lagi simpan untuk anak yang akan balik dari Tanah Suci. Sebelum itu, rupa-rupanya  ada kenalan telah tolong belikan dua naskah dan dipos laju. Satu untuk anak menantu serumah dan satu lagi untuk kegunaan buat persiapan untuk ceramah di salah sebuah SMK di Kedah  yang minta  ibu berikan input kepada ibu bapa. Tajuk ini sungguh  menyentuh perasaan. 'Sentuhan Kasih Jiwa Anak Kita'  menggunakan kaedah Rasulullah SAW dipermudahkan  oleh  Dr  Muhammad Muhammad Badri, penulis  buku dengan 10 teknik 'HUMAN TOUCH.' Membaca buku setebal 896 halaman terasa bagaikan  menghadapi peperiksaan. Inilah hakikat hidup yang sebenarnya, sentiasa diuji sejauhmana keikhlasan ki

Kaunseling Rabbani Akan Muncul Januari 2017~ Insya Allah

Image
Alhamdulillah, peluang  bermusafir bersama anak menantu dari Perlis  ke KL kemudian  bersilaturahim  dengan anak kandung yang akan membawa  jemaah menunaikan umrah. Allah permudahkan pertemuan di sebuah homestay  di mana  tuannya amat  humble (bekas  pegawai Imigresen ) yang baru bersara . Homestay yang berhampiran dengan KLIA, memudahkan ibu memasak seperti selalu. Dalam perjalanan menuju home stay seorang  wanita menelefon mohon dikaunseling  agar  dapat keluar dari perangkap yang  menyukarkan kehidupannya. Sedang membaca 'waze' mrmudahkan destinasi kami, amat sukar membantunya ketika itu. Sempat dia meluahkan tekanan yang dialaminya. Sudah ramai saya ustaz dan kaunselor  saya jumpa, namun gangguan itu masih lagi ada.... Dalam keadaan tidak selesa, ibu cuma dapat berpesan, nanti  selepas jam 5 hubungi saya lagi, tetapi sebelum itu  puan usahalah memohon ampun kepada Allah. Berdoa mohon kepada Allah tunjukkan jalan keluar "Ya  Allah  apalah dosa-dosa  saya yang menyebabk

Cucu-Cucu Hero mulai minat membaca. Alhamdulillah

Image
Alhamdulillahi Robbil Alamin. Terkesima seketika  mendengar  anak sulung  bercerita anak 'Hero'nya  yang keempat yang  baru berusia  9 tahun  mulai  minat membaca. Tiap-tiap malam  sebelum tidur  baca satu bab novel IDM, hampir separuh novel sudah dibacanya. Maklumlah  ada gambar  pemain bola sepak sedang  solat  berjemaah di padang. Anak ketiga  pulang  ke Tunjung, kami dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang selepas mengambil  novel yang telah ditempah dari pencetak. Alahai kasihannya, tidak menang tangan mereka  hendak 'binding'. Ya Allah permudahkanlah segala urusan mereka. Permintaan yang menempah  semakin bertambah, semoga mereka sabar menanti giliran mendapatnya. Semua nak kejar dalam cuti sekolah agar anak-anak dapat  fokus menghayati  cerita  yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan sebagai seorang  hamba  dan pengabdi yang taat kepada Allah SWT. Perlis, Pulau Pinang , Kedah dan Perak paling rancak membuat tempahan serentak dengan program JDK,

Sentuhan Qalbu IDM (2)

Image
Alhamdulillah, selepas  solat  Jumaat mendapat respon dari ibu yang sudah membaca IDM "Alhamdulillah...teruja sangat baca novel tu... terasa macam mula-mula mendapat fikrah dulu" Ukhti Rogayah, salah guru cemerlang  merespons positif hasil bacaannya.  Ya Allah, terima kasih...ilham dari-MU menyentuh jiwa pembaca agar merasai nikmat dengan Islam dan Iman. Semua nikmat itu adalah kurniaan-MU dan anugerah-MU ke dalam qalbu insan yang Engkau kasihi.  Apabila ditanya emak atau anak yang membaca. Jawabnya "Mak yang baca dulu" Subhanallah, rasa bahagia sangat  mengikuti perkembangan ibu-ibu yang amat peka memilih  bahan bacaan  untuk anak masing-masing semata-mata  untuk menyelamatkan akidahnya  agar tidak rosak. Terusik rasa mengenangkan  saat awal  mendapat  fikrah, sungguh membahagiakan, semoga bahagia itu Allah kekalkan dalam jiwa kita semua. Insya Allah. Petang, menziarahi besan, mendapat khabar telah hadiahkan satu novel kepada  anak lelaki  bungsu a

Sentuhan Qalbu IDM ~ Perspektif Pembaca Puteri

Image
Dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang hari Isnin lalu dapat  berjumpa seorang  anak gadis  10 tahun, dengan wajah ceria menegur selepas  solat Zohor. Manis wajahnya. Ibunya maklumkan tentang persekolahan anaknya terpaksa dipindahkan dari sekolah yang diminati semata-mata  tak larat naik tangga kerana  ada masalah  jantung. Subhanallah. Lihat wajah cerianya memang macam tak ada sakit. Doktor pakar ingatkan perlu ada langkah berjaga-jaga. Syukurlah anak gadis  itu mendapat sekolah  Tahfiz  yang lebih baik. Sebelum mereka berlalu  pulang  sempat  ibu hadiahkan satu novel  Istiqomah Daripada Maher. Ibunya  follow up melalui whats app menyatakan  anaknya suka sangat membaca novel. Singgah minum di warungpun bawa novel tersebut. Tidurpun lewat. Mujurlah  cuti sekolah. Teringat semasa  ibu kecil dulu, punyalah malas nak membaca. Apabila  dapat  senaskah novel, boleh  baca sampai habis dalammasa  satu hari...Dari novel ibu belajar rajin membaca sampai sekarang. Cuma  di usia emas  ini

Alhamdulillah, Promosi IDM Semakin Rancak

Image
Benarlah janji Allah dalam surah Muhammad  dengan firman-Nya; Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Semoga semuanya  untuk ummah. Insya Allah, mudah-mudahan sedikit  sebanyak  novel ini memberi  inspirasi akan terbentuk  generasi Rabbani..Aamiin Setakat ini, ada ibu-ibu yang sudah membacanya terinspirasi; "kalau Maher sekecil itu boleh, mengapa  tidak  aku yang sudah berusia ini...." Maknanya  novel ini bukan hanya untuk kanak-kanak, tetapi  juga  untuk kaum ibu belajar  bagaimana  ibu bapa dan guru-guru  Maher berusaha semaksimanya mendidik  Maher  ceria  dengan ujian  yang dihadapinya kerana Allah. Berikut  adalah  sedutan dari bab 1 Bab 1 : Kita Dari Syurgakah?  “Cikgu, saya mohon... tolonglah...” rayu Maher seperti nyawanya berada di hujung tanduk.   Cikgu  Elias tidak menjawab. Sebaliknya, mata guru disiplin  Sekol

Silahturrahim & Evaluasi Pasca Aksi Damai 212 | Ust. Bachtiar Nasir

Image

Novel Kanak-Kanak Yang Penuh Inspirasi

Image
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah  semalam promosi di Perlis, sambutan  di luar dugaan... Nenek-nenek juga membeli untuk cucu-cucunya. Subhanallah, sayang sungguh  mereka  kepada  generasi pewaris mereka agar tidak dirosakkan oleh  gejala dan racun-racun jahiliyah yang bertebaran melalui  3F ( Food, Fashion & Fun) dan  5S (Screen, Song, Sport, Sex & Smoke) yang semakin berleluasa di muka  bumi ini. Untuk promosi  hari  ini  sahaja RM 11.00 ( ambil sendiri)  dan  RM13.00  siap pos...Tempahan  diterima hingga  jam 12.00 tengah malam.... Tempah shj dulu. Novelnya akan dapat  minggu depan. Insya Allah Mulai  hari esok RM15.00  siap  pos Sila  hubungi  wakil-wakil kami  yang berdekatan Puan Sofiyah : 019-4745861  ( Johor ) Puan Dahniar : 012-5170384 ( Perak ) Puan Sarrifah : 019-4103158 ( Perlis ) Datin Norini   : 019-2156457 (Selangor & Putra Jaya) Puan Wahida  : 019-4328064 ( Pulau Pinang ) Puan Mazlina : 013-3913136 ( Kuala Lumpur) Puan Nor

Pelancaran Novel Islami & Tarbawi Untuk Ummah

Image
DEDIKASI Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.  Alhamdulillah, hanya dengan izin, penyusunan  dan pertolongan Allah SWT sahaja, novel tarbawi ini dapat dilancarkan dan  dapat dimanfaatkan dalam proses untuk membina  generasi muda berakhlak mulia, semulia akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.   Selawat dan salam buat murabbi agung, Rasulullah SAW, kaum keluarga, para sahabat, tabiien, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar  serta jiwa-jiwa yang ikhlas hingga akhir zaman.  ‘Jazakumullahu khairan kathira’ ditujukan khusus  kepada  suami yang sangat penyabar menemani serta lima anak menantu  dan 13  cucu yang amat ibu harapkan doa kalian. Alhamdulillah ahli keluarga kurniaan dan anugerah  Allah yang  sentiasa husnul zhon (bersangka  baik) masih lagi  dalam proses untuk mengenali, memahami, memotivasi bahkan  menjadi  sumber inspirasi  kepada ibu beroleh ketenangan dan terus  dapat menulis tanpa mengenal erti  jemu. Semoga  usaha ini menj

Gangguan ???

Astaghfirullah  al'azim... Astaghfirullah al'Azim... Astaghfirullah al'Azim... Pasti ada teguran dari Allah, tiba-tiba sakit perut sebelum sempat menutup majlis sudah berkejaran ke tandas. Apa tidaknya siang sebelum program hadiri  3 jemputan khenduri kahwin..makan rojak dan  buah-buahan lebih sangat. Amat terasa  tajuk yang diberikan berat untuk remaja  mendengarnya. 'Remaja Rabbani dan Masa Depan Islam'. Suami berikan pandangan, untuk remaja sebaik-baiknya  berikan input  yang santai. Sayangnya  masa yang diberikan untuk buat persiapan hanya 2 hari, tak sempat hendak mencari bahan. Teruskan  dengan slide yang ada berkaitan tajuk itu ketika bersama remaja terpilih di Changloon. Amat menghairankan, keluar  dari tandas tiba-tiba  seperti 'robot'...  Tidak kenal lagi semua urusetia puteri  yang menjemput, terus  menonong  masuk kereta. Suami yang menunggu selepas  istirehat bertaaruf bersama urusetia putera  amat hairan melihat wajah ibu tida

LIHAT Dan "MENANGISLAH" || Aksi Bela ISLAM III Bagaikan Di "TANAH SUCI M...

Image
Subhanallah, Allah yag menyatukan mereka dalam Aksi Bela Islam di Kota Jakarta....