Posts

Showing posts from January, 2017

Sentuhan Kasih...Mohon Pertolongan Allah sentuh jiwa mereka

Image
Ibu amat bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan  setakat ini. Semoga nikmat  kemanisan iman ini semakin bertambah untuk  disebarkan melalui sentuhan kasih dalam kelas dan program guru. Insya Allah. Jauh beza nikmat  Allah kurniakan  jika  kita 'reach out'  memanfaatkan hasil penulisan dengan niat untuk melahirkan 'Khairul Ummah'. Anak-anak  hari ini adalah pemimpin  generasi akan datang. Setelah sekian lama meninggalkan profesion guru, minggu lepas  ibu berpeluang masuk kelas menggantikan  guru  yang pergi kursus  di Bangi, Selangor. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sebelum memulakan sesi mentor-mentee Allah izin tergerak bertanya perasaan anak-anak samada  seronok, sedih, marah , geram, atau bosan. Biasalah, anak-anak tingkatan 1 majoritinya  beremosi negatif seperti 'bosan'dan sedih kerana kali pertama berjauhan dari keluarga. Berbeza dengan pelajar  tingkatan 4 dan 5 lebih ramai yang seronok dalam jihad ilmu. Nam

Ust. Budi Ashari, Lc - Bagaimana Ulama Menjadikan Sejarah Sebagai Panduan

Image
Teladan kita  adalah manusia  yang terbaik yang Allah  hadirkan di muka bumi ini iaitu Murabbi  agung Rasulullah SAW. Tapi bagaimana  kita hendak share  seerah jika manusia  pandang negatif terhadap sejarah? Jangan sekali-kali kita lafazkan  zaman ini berbeza dan seerah  tidak sesuai untuk zaman ini... Berhati-hati  dengan sisipan musuh-musuh Islam dalam buku-buku sejarah Islam. Bacalah seerah nabawiyyah  daripada  penulisnya. kenali siapa penulisnya.