Sentuhan Kasih...Mohon Pertolongan Allah sentuh jiwa mereka

Ibu amat bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan  setakat ini. Semoga nikmat  kemanisan iman ini semakin bertambah untuk  disebarkan melalui sentuhan kasih dalam kelas dan program guru. Insya Allah. Jauh beza nikmat  Allah kurniakan  jika  kita 'reach out'  memanfaatkan hasil penulisan dengan niat untuk melahirkan 'Khairul Ummah'. Anak-anak  hari ini adalah pemimpin  generasi akan datang.
Setelah sekian lama meninggalkan profesion guru, minggu lepas  ibu berpeluang masuk kelas menggantikan  guru  yang pergi kursus  di Bangi, Selangor. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Sebelum memulakan sesi mentor-mentee Allah izin tergerak bertanya perasaan anak-anak samada  seronok, sedih, marah , geram, atau bosan. Biasalah, anak-anak tingkatan 1 majoritinya  beremosi negatif seperti 'bosan'dan sedih kerana kali pertama berjauhan dari keluarga. Berbeza dengan pelajar  tingkatan 4 dan 5 lebih ramai yang seronok dalam jihad ilmu. Namun amat pelik pelajar lelaki lebih ramai beremosi negatif walaupun sudah masuk tingkatan 5, mungkin mereka belum ada kemahiran untuk menangani 'stress' berbanding  dengan perempuan mudah meluahkan stress  dengan air matanya..

Wah! Alhamdulillah memang seronok kalau berpeluang buat kajian ni...Insya Allah.
Cuma segelintir pelajar lelaki yang sedemikian rupa, lebih-lebih lagi  yang belum faham kenapa  ayah dan ibunya pilih sekolah Matri  untuknya. Ramai  yang sudah bersedia  menjadi 'qawwamun ala nisa' (pembela  ibunya dan kaum wanita amnya)
Ketika sembang  santai menceritakan tentang Kerajaan Jasad ada  raja (qalbu), wazir (akal), polis (Iman) , rakyat @pekerja ( semua panca indera dan anggota badan) dan 'gangster' atau budak nakal  adalah hawa nafsu. Secara spontan  beberapa pelajar menunjuk ke arah belakang dan sebut 'tu gangster'.
"Aaaa, lihat jari   masing-masing, berapa jari  yang tunjuk diri sendiri. Kamu tunjuk kawan, satu telunjuk..lihat betul-betul 4  jari lagi tunjuk diri sendiri," tanpa nada marah.  Memang ibu berdoa dan harapkan sangat  Allah sentuh  jiwa mereka  dengan penuh kasih agar mereka mampu melihat diri masing-masing. Paling tersentuh hati ibu, tergenang air mata pelajar  yang  dituduh sebagai 'gangster.' Selepas  itu dia sentiasa  fokus mengikuti setiap aktiviti dengan penuh minat. Subhanallah, pelajar ini perlukan pembelaan. Allah izin ketika itu kami sedang  bincangkan  hadis  tentang  'menutup aib' Allah akan menutup aib kita di Akhirat nanti.
Air mata kerana Allah mampu tundukkan EGO


Sebelum Asar Allah aturkan ibu jalankan perkongsian 'Sentuhan Kasih Jiwa  Anak Didik  Kita'  bersama  guru-guru Sek Ren Agama Tarbiyah Islamiyah (SRATI). Petua  untuk menjayakan sentuhan kasih ini adalah  banyak doa  dan jangan marah. Terkedu beberapa orang guru  yang sudah biasa  guna 'marah' sebagai senjata untuk memenangi  hati  murid. Ibu perasan melalui  air muka, memang ada yang rasa tidak puas hati, namun ibu tidak salahkan mereka sebab sudah menjadi budaya  hidupnya. Ibu tinggalkan  bahan bacaan untuk mereka baca dan fikir sendiri sebelum sesi perjumpaan  minggu hadapan..

Tahniah  kepada  semua  guru dan pelajar Khassah Matri, terpilih sebagai sekolah terbaik dalam STAM (Sijil Tinggi Agama  Malaysia), 4  pelajar  dapat  mumtaz (terbaik atau A++) salah seorang daripadanya  mendapat 10 mumtaz (semua  mata pelajaran dalam aliran bahasa Arab). Subhanallah.
Salah seorang  puteri STAM  yang ikuti  ahli halaqah  ibu  hanya dapat  Jaiyyid  Jidan, berterus terang bahawa  dirinya  tidak pernah menyesal  berhijrah  dari Kelantan masuk  Matri  kerana  paling  berharga buat dirinya  adalah Tarbiyyah yang menyerab dalam dirinya  menjadikan kehidupannya  lebih bermakna berbanding  sebelumnya. Ibu ucapkan tahniah  kepada  ibunya melalui whats app 'kesan tarbiyah ibu dan ayahnya di rumah'.
Ibunya menjawab 'lebih kuat kesannya hasil tarbiyah di Matri'
Justeru itu  ibu tidak hairan, masih ada beberapa  teman karib dari Johor  Bahru masih  memilih  Matri untuk anak-anaknya walaupun jauh nun di utara...Bahkan amat mengharukan apabila  ada  puteri  bungsu  dari Batu Pahat dengan rela hati minta dihantar  belajar  di Matri kerana ingin menyerap Tarbiyyah sepanjang berada  di Matri seperti kakak dan abangnya  yang lain.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar...
La hau la wala  quwatta illa billah

Mabruq  kepada semua  warga Matri, walaupun menerima pelajar  yang ditolak  oleh sekolah-sekolah lain, namun warga  Matri mampu mendidik mereka  menjadi  bakal  pemimpin ummah di masa akan datang.  

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil