Posts

Showing posts from February, 2017

Agar Mata Rantai Tarbiyah Islamiyah Tidak Terputus

Image
Alhamdulillah, dengan izin Allah jua  ibu baru selesai edit yg  terakhir  setelah hampir  dua tahun mengandungkan intipati 'Kaunseling Rabbani.' Pelbagai cara Allah permudahkan  setelah meminta pandangan dua pakar kaunselor  dan dua pakar  psiaktri. Alhamdulillah banyak sudut  dapat  diperbaiki. Allah izin ibu dibantu dan dipermudahkan  mendapatkan kata aluan salah seorang daripada presiden NGO. Insya Allah buku ini milik ummah dan perlu digerakkan  dalam satu team yang mantap untuk mengaktifkan serta memperkasakan  Halaqah di setiap sudut dan ceruk penjuru masyarakat seluruh dunia. Hidupkan halaqah (ijaz rakaiz) merupakan mata rantai kita warisi  daripada Rasulullah SAW. Tanpa  halaqah maka akan terputuslah mata rantai tersebut dan kita mudah disambar oleh jahiliyah. Setelah mendapat respon dari pakar-pakar baru ibu tersedar  bahawa  kaunseling Rabbani  itu adalah Tarbiyyah Islamiyah itu sendiri  yang kita warisi  daripada generasi  awal iaitu Generasi Al-Qur'an y

Nostalgia 12 Febuari?

Image
Nostalgia 12 Febuari perlu disedari  oleh semua  pendidik,  agar semua ahli keluarga sentiasa  mengambil berat apa yang telah berlaku pada 12 Febuari  68 tahun  yang lalu. Pada 12 Februari 1949 masyarakat Islam  kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam.Pemergiannya merupakan titik bertolak kebangkitan umat Islam kerana beliau telah dibunuh dengan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang bertopeng Raja Farok, pengusasa Mesir ketika itu. Dalam usia semuda ini, beliau telah mewariskan satu gerakan ( harakah ) yang bersambung mata rantainya dengan dakwah dan tarbiyyah Rasulullah SAW. Kepada  para ibu bapa muda, sediakanlah suasana untuk anak-anak seperti mana  ibu bapa Hassan Al bana berusaha menyediakannnya. Abaikan kemewahan hidup, utamakan majlis-majlis ilmu yang menjadi taman-taman syurga bagi jiwa anak-anak. Imam Hassan Al Banna lahir  pada Oktober 1906 di Al Mahmudiya terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mes

Jiwa Yang Dahagakan Ilmu

"Kak, boleh tolong ganti...Ustazah...ke Pulau Pinang kerana saudaranya kematian, tak dapat hadir beri tazkirah,.. depa harap sangat ada yang boleh isi kekosongan ini," rayu  Ustazah Aminah, jiran ibu yang amat ibu faham kesibukannya mengajar bahasa Arab di Matri di samping mendidik anak yang ramai tanpa suami (suaminya jauh  mengajar di USIM). Seperti menerima pinangan 2 tahun yang lalu, ibu tidak mampu menolak, terasa di dalam qalbu ini Allah Maha menyaksikan dan Maha mengetahui segala alasan yang palsu. Ketika  ditanya memanglah sibuk dengan mengedit buku terbaru dan buat persiapan untuk ceramah Persona (anak gadis sekolah menengah) pada hari esoknya. Sebak juga rasa, jika ibu tolak, ustazah jiran ibu itu terpaksa pergi sedangkan tugasnya  bertimbun-timbun di sekolah dan di rumah. Tiada  alasan yang dapat  ibu berikan, ibu cuba bantu apa yang terdaya. Wakil kaum ibu yang sungguh berharap itu khabarnya  adalah seorang suri rumah tangga, pernah bekerja  di rumah orang, suam