Jiwa Yang Dahagakan Ilmu

"Kak, boleh tolong ganti...Ustazah...ke Pulau Pinang kerana saudaranya kematian, tak dapat hadir beri tazkirah,.. depa harap sangat ada yang boleh isi kekosongan ini," rayu  Ustazah Aminah, jiran ibu yang amat ibu faham kesibukannya mengajar bahasa Arab di Matri di samping mendidik anak yang ramai tanpa suami (suaminya jauh  mengajar di USIM). Seperti menerima pinangan 2 tahun yang lalu, ibu tidak mampu menolak, terasa di dalam qalbu ini Allah Maha menyaksikan dan Maha mengetahui segala alasan yang palsu. Ketika  ditanya memanglah sibuk dengan mengedit buku terbaru dan buat persiapan untuk ceramah Persona (anak gadis sekolah menengah) pada hari esoknya. Sebak juga rasa, jika ibu tolak, ustazah jiran ibu itu terpaksa pergi sedangkan tugasnya  bertimbun-timbun di sekolah dan di rumah. Tiada  alasan yang dapat  ibu berikan, ibu cuba bantu apa yang terdaya.

Wakil kaum ibu yang sungguh berharap itu khabarnya  adalah seorang suri rumah tangga, pernah bekerja  di rumah orang, suaminya  pemandu bas sekolah. Memang pembantu rumah kami kenal dan ikut majlis ilmu di rumah tersebut setiap minggu. Hanya  sebuah rumah kampung yang memiliki ruang tamu yang luas. Rumahnya yang jauh di pedalaman  kawasan bendang, Hampir  30 orang kaum ibu sudah berkumpul dan solat Asar  berjemaah sekali, dengarnya ada juga pegawai, guru  dan pansyarah.Ketika ibu sampai, mereka sedang  menghabiskan bacaan Al-Mathurat. Terasa malu pula mereka panggil ibu 'ustazah.'

 Pesan suami, cakap sebiji-sebiji sebab orang kampung, kena  cakap ikut level mereka juga, jangan ikut level universiti. Ibu serah kepada Allah nak pilih tajuk, agak buntu juga jadi bidan terjun. Allah izin terlorong, membaca  kisah 4 wanita  penghulu syurga. Kisah Asiah isteri Firaun, Maryam ibu Nabi Isa, Saidatina Khadijah dan puterinya Fatimah.Apabila  membaca kisah hebat keempat-empat wanita teladan dan buat penyampaian, ibu sendiri  dapat belajar semula dan mendapat hikmah di sebalik kehebatan wanita yang dijamin syurga  ini. Pentingnya kaum ibu menjaga lisan agar kata-kata yang baik itu menjadi doa. Imbas kembali doa  Asiah " Ya Allah binalah sebuah istana untukku di sisiMu dalam syurga"
Isteri Imran doakan agar anak dalam kandungannya dinazarkan menjadi pengabdi yang taat, dan zuriat keturunannya terselamat dari gangguan syaitan. Saidatina Khadijah terkenal dengan pengorbnannya mendukun dakwah Rasulullah...anaknya Fatimah diajar tidak bergantung kepada pembantu sebaliknya Rasulullah ajar banyak bertasbih, bertahmid dan bertakbir..

Selepas selesai majlis, mereka  menjamu  kuih muih dan buah-buahan bahkan bekalkan bawa balik rumah. Subhanallah terharu rasa, Perubahan zaman tidak mengguggat budaya murni masyarakat kampung ini yang menjadi insan yang mencintai Allah dan rasul. Ibu tabik kepada 4 orang ustazah muda yang bergilir-gilir mengambil tugas mengajar di masjid tidak jauh dari kampung itu. Memang ibu tidak pernah minta namun takdir Allah mengatasi segala-galanya walaupun ibu bukanlah ustazah.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil