Nostalgia 12 Febuari?

Nostalgia 12 Febuari perlu disedari  oleh semua  pendidik,  agar semua ahli keluarga sentiasa  mengambil berat apa yang telah berlaku pada 12 Febuari  68 tahun  yang lalu. Pada 12 Februari 1949 masyarakat Islam  kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam.Pemergiannya merupakan titik bertolak kebangkitan umat Islam kerana beliau telah dibunuh dengan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang bertopeng Raja Farok, pengusasa Mesir ketika itu. Dalam usia semuda ini, beliau telah mewariskan satu gerakan ( harakah ) yang bersambung mata rantainya dengan dakwah dan tarbiyyah Rasulullah SAW.

Kepada  para ibu bapa muda, sediakanlah suasana untuk anak-anak seperti mana  ibu bapa Hassan Al bana berusaha menyediakannnya. Abaikan kemewahan hidup, utamakan majlis-majlis ilmu yang menjadi taman-taman syurga bagi jiwa anak-anak. Imam Hassan Al Banna lahir  pada Oktober 1906 di Al Mahmudiya terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Keluarganya merupakan Ulama yang dihormati dan amat komited dengan ajaran Islam membesarkannya dalam suasana  yang merendah diri dan  serba sederhana. 


Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam,berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menyenangkan. Minatnya membaiki jam di desa al Mahmudiya dijadikan kerjaya  untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan. Ayahnya, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Latar belakang keluarga  dan  perbincangan bersama keluarganya  memberi kesan yang mendalam kepada  pembinaan  pemikiran, wawasan dan perwatakannya. 

Hassan al Banna mewarisi ketokohan, keilmuan dan keperibadian ayahnya. Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran seawal usia dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas. 

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke seluruh pelusuk negeri, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.. Mereka menubuhkan Ikhwan Muslim Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun

                        Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah. Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua. Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. 


             Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh. Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang tersusun rapi dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Inilah rantaian yang kukuh yang perlu kita  dan  anak didik kita  menjadi mata rantai yang bersambung dengan tarbiyyah Rasulullah SAW. Ibu berdoa semoga Allah kurniakan semua anak cucu faqeehu fideen agar mereka  juga  turut  sama berjuang memikirkan masa depan Ummah. Dakwah dan tarbiyah merupakan  kerjaya  utama  mereka selagi hayat dikandung badan. 

Kini anggota Ikhwan masih berkembang malah mencapai jumlah jutaan Muslim seluruh dunia. Merekalah kelak akan membangunkan negara  Islam yang amat  ditakuti oleh musuh-musuh Islam. Segala kekuatan itu hanya dari Allah. 12 Febuari merupakan tarikh keramat  bagi semua umat Islam teruskan perjuangan yang telah dirintis oleh beliau. Alangkah bahagianya roh Imam Hasan Al Bana, setiap individu  yang menyambung  tugasnya  memberikan ganjaran kebaikan untuknya  di alam Barzakh. Alan Barzakh kita  bagaimana pula?



Baru sebentar tadi anak bungsu kami ingatkan ulang tahun pertama pertunangan mereka. Mereka terlepas pandang semalam 12 Febuari. Dikeluarkan gambar ibu terpacak tengah  ketika mereka bertemu kasih di Jalan Suakasih. Sekadar untuk mengelakkan fitnah terikut-ikut  budaya  masyarakat sekarang yang sering menjadikan majlis  pertunangan sebagai  lesen untuk ber'couple'. 


Mak Pacak di Majlis Pertunangan 12.02.16

Syukur, Alhamdulillah  sejak 1 Mei 2016 hubungan mereka sudah halal, kini  menanti mendapat  cucu yang ke 14 & 15 sebelum hujung tahun ini. Insya Allah, semoga Allah permudahkan urusan kelahiran cucu-cucu yang soleh dan solehah bakal mengambil alih tugas kami yang berada di ambang kematian.
Ya Allah sayangilah cucuku ini, Jadikanlah dia pemimpin  ummah akan datang


Baru ibu teringat pada tarikh yang sama tahun 2012, majlis walimatul urus  Mubarak dan Sofiyah diadakan di Batu Pahat. Nostalgia 12 Febuari berulang. 

Semalam, hari Ahad, kami berpeluang  hadiri majlis  walimatul urus dua  anak lelaki abang di seksyen 11 pada 12 Febuari 2017 perkahwinan  Ahmad  Azahari  (Ayi) dan adik lelakinya  Amai.  11 Febuari, sehari sebelum itu kami hadiri walimatul urus  anak adik bungsu di seksyen 19. Perkahwinan Wan Ahmad Izat  dengan bakal doktor perubatan, sama tempat  belajar dari Universiti Al-Azhar Mesir. Alhamdulillah, Allah permudahkan kami dapat hadiri 3 majlis sekali jalan. Diharap untuk majlis anak-anak saudara akan datang, mudahkanlah seperti ini, maklumlah sudahlah kami jauh di utara, faktor usia juga perlu diambil kira.  

Syukur Allah permudahkan kami menginap di homestay anak abang  di Accapella seksyen 13. Berpeluanglah cucu-cucu bermandi manda  di Swimming pool. Paling menarik dapat  melepaskan rindu bersama  cucu hero tok ibu bernama Maher. Memang seronok berlawan cakap dengannya, petah menyusun ayat bagai orang berdebat. Harapan ibu, semoga cucu-cucu kami semua akan mewarisi kehebatan karisme tokoh yang terbilang iaitu Imam As Syahid  Hasan Al Bana


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil