Jiwa Girang Jika Kita Mentauhidkan Allah SWT

Minggu lepas, selepas bermusafir Johor, Melaka & Bangi girang rasa jiwa  kerana dapat bersilaturahim dengan ahli keluarga  dan sahabat handai sekitar Johor. Sampai di Tunjung, mungkin kurang  rehat, graf girang merudum jatuh laju. Astaghfirullah al Azim. Muhasabah diri, berbincang dengan suami dan anak kandung, apa yang tidak kena?. Bila jiwa  diracuni, mulalah mencari faktor-faktor luaran sebagai mangsa ''melepas diri'. Ibu segera  beristighfar mohon petunjuk dari Allah, apa yang tidak kena dengan jiwa ini.
Subhanallah, jawapan daripada Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang,  Allah izin  ibu  terlupa  membaca  doa  yang  bagaikan 'nyawa' sepanjang  ibu mendapat tarbiyyah. Sering ingatkan  orang lain, diri sendiri boleh lupa dek sibuknya   bermusafir. Jom ajak-ajaklah orang lain  selamatkan diri kita dengan perbanyakkaan  doa  berikut;
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَ عَلَى طَاعَتِكَ

"Wahai yang membolak-balikkan ‘qalbu’, tetapkanlah ‘qalbu’ku di atas ‘deen’-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu."

Hampir seminggu ibu proses  jiwa  ingin melupuskan segala  gangguang fikiran dan cuba bersangka baik sengan semua kejadian dan terus melayan dengan baik semua mereka  yang berurusan dan tanpa urusan dengan  ibu. Maafkan... maafkan... maafkan dan serahkan segalanya  kepada Allah uruskan keputusan-Nya. Hiburan bagi ibu apabila  tempahan Buku Kaunseling Rabbani  sentiasa  bertambah, bahkan ada yang telah bank ini harga tempahan. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana kurniakan rezeki  yang tidak disangka-sangka. 
Peluang  Bedah Buku Di Johor


Tempahan 'Bedah Buku' juga terpaksa dihadkan setakat Johor  dan Pulau Pinang sahaja dahulu  kerana sebelum Ramadhan  hendak  berkunjung ke negara  jiran, Insya Allah. 
Semoga Allah  permudahkan  aktiviti  Bedah  Buku  diteruskan selepas Ramadhan nanti. Insya allah. 

Dalam kesedihan dan kesibukan, ibu tidak berani membatalkan halaqah staff Matri. Ibu teruskan juga dengan niat sekurang-kurangnya dapat  merawat  jiwa sendiri  di sampig berkongsi  dengan mereka  yang hadir. Allah izin salah seorang yang hadir diserang Migrane yang serius. Majlis ilmu menjadi taman syurga dan klinik merawat dan belajar  tapping SEFT (Spiritual Emotuinal Freedom Technique). Dalam rawatan itu sentiasa  mengulang  perkataan/ kalimah 'ikhlas dan pasrah' menerima  ujian dari Allah SWT. Serahkan kesembuhan hanya kepada Allah, kita ikhitar semaksimanya. Alhamdulillah selepas  halaqah semua ceria. 
                                    Penyampaiannya seiras  input  Kaunseling Rabbani


Dua minggu  berturut-turut dua kali turun ke  Johor, menerima jemputan keluarga Doktor pakar Tulang, sahabat karib suami. keluarganya  minta  suami membuat penyampaian ceramah santai. Mereka  mengumpulkan semua jiran dan sanak saudara  mendengar  penyampaian suami 'Kewajipan Berdakwah'. Turut  hadir sahibah ISMA yang karib  dengan ibu suatu ketika  dahulu. Doktor pakar sahibah bagi pihak ibu menghadiahinya  Buku kaunseling Rabbani yang sudah ditempah. Ya Allah semuanya Engkau yang permudahkan..Terima kasih ya Allah..."

Ziarah ke Simpang Renggam, Allah izin selepas  suami membuat penyampaian  'Menjadi Ahli Ibadah di abad 21," urusetia beri  kesempatan ibu 'bedah buku' Kaunseling Rabbani secara ringkas.  Memang ibu  berdoa kepada Allah agar  semua yang mendengar  turut  merasai dan Allah kurniakan syuur untuk bangkit  memenangkan Deen Allah di muka bumi ini. Sungguhpun usaha ini nampak kerdil, namun jika dilaksanakan secara kolektif, sistem jahiliyah dengan  sendirinya  akan runtuh. Subhanallah, ada sahibah karib mengalir air mata mendengar  'talk' ibu dan tidak kurang yang  ucap Tahniah kerana menurutnya ibu sudah  berani bercakap di hadapan khalayak lelaki, sedangkan dirinya berani dengan mansyarakat lelaki  tetapi belum  dengan sahabat lelaki. Berani ini kena minta  pada Allah. Lagipun memang sudah kena berlatih dari sekarang sebab  sudah  niat  me'WAKAF'kan diri  untuk memenangkan Deen Allah SWT selagi  hayat  dikandung badan. Alhamdulillah Allah pulihkan kembali, jiwa menjadi girang jika sentiasa meluruskan niat untuk mentauhidkan Allah SWT.

Dalam perjalanan ke Majlis Walimatul Urus anak abang  di Kelana Jaya, mendapat  whatsApp  dari sahibah veteran di Johor "Terima kasih kerana  masih menyayangi  kami sekeluarga..." hampir  menitis  air mata  kami membacanya. Masya Allah. Ya Allah ampunilah  aku, jika  ada jiwa-jiwa  yang terluka sepanjang  kami  bersama mereka, rawatilah jiwa mereka, seperti mana  jiwaku Engkau  rawati kerana  ingin sentiasa  Mentauhidkan-MU...amiin ya Rabbal alamin

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil